Pembinaan Ujian Tahap Saiz Kosa Kata Arab (The Construction Exam Level Size of Arabic Vocabulary)

HARUN BAHARUDIN, ZAWAWI ISMAIL, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF

Abstract


Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurnian item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri  daripada 30orang pelajar pra universiti di sebuah sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang. Kajian ini memilih untuk melalui proses ujian ketekalan dalaman bagi melihat pekali kebolehpercayaannya iaitu nilai korelasi antara uji dan ulang uji (test retest), nilai alfa Cronbach dan nilai Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi adalah tinggi iaitu 0.84, pekali alfa Cronbach adalah tinggi iaitu 0.89 manakala pekali Cohen Kappa juga tinggi, iaitu 0.95. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Implikasi hasil kajian ini adalah ujian tersebut boleh  digunakan untuk mengenal pasti penguasaan saiz kosa kata Arab sebab ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan.                                     

Kata kunci: Saiz kosa kata, ujian tahap saiz kosa kata Arab, kosa kata Arab.


Among the problems faced by students learning a second language is the mastery of vocabulary. This pilot study is to develop and determine the mastery of Arabic vocabulary. The test developed is to be used to determine the size of Arabic vocabulary. The research methodology involves the development of the test, fine tuning, reliability and validity test. Samples for the research is 30preuniversity students in a religious school in Temerloh, Pahang. This study choses to go through the internal correlation test to find the overall percentage of coefficient reliability between test and retest, alpha Cronbach value and Cohen Kappa value. The findings show that the correlation value is high which 0.84 is, Alpha Cronbach coefficiency is high 0.89 whilst Cohen Kappa coefficiency is also high at 0.95. Validity of content is done through assessment by a panel of experts. The implications of this study is that the test can be used to identify the Arabic language vocabulary size as the test fulfils the psychometric reliability and validity criteria.

Keyword:Vocabulary size, level of Arabic vocabulary size test, Arabic vocabulary


Keywords


Education, Teaching and learning

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


The editors and publisher of Jurnal Pendidikan Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pendidikan Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Pendidikan Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.