Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Guru Bahasa Melayu Melaksanakan Kajian Pengajaran (Affecting Factors of Readiness Malay Language Teachers to Conducting Lesson Study)

ROHAIDA MAZLAN, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Kajian pengajaran atau Lesson Study merupakan salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen, peranan pentadbir dan opsyen guru bahasa Melayu dengan kesediaan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan kajian pengajaran. Borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian telah diedarkan kepada 253 orang guru bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Data kajian dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen bukan faktor penghalang untuk guru menggunakan pendekatan kajian pengajaran semasa mengajar. Sebaliknya, faktor peranan pentadbir dan opsyen perguruan banyak mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat untuk melaksanakan kajian pengajaran. Rumusannya, kajian pengajaran boleh menjejaskan tumpuan guru Bahasa Melayu dalam pengajarannya jika faktor peranan pentadbir sekolah dan opsyen guru tidak diambil perhatian dalam menjayakan kajian pengajaran.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823