Penaakulan Perkadaran Murid Tahun Lima dalam Topik Nisbah dan Kadaran (The Propotional Reasoning of Year Five Pupils in Ratios and Proportional)

FAZURA MOHD NOOR, SHARIFAH NORUL AKMAR SYED ZAMRI, LEONG KWAN EU

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penaakulan perkadaran murid sekolah rendah semasa menyelesaikan masalah berkaitan perkadaran. Kajian kes kualitatif ini melibatkan tujuh murid tahun lima (berumur 11 tahun) yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data kajian yang telah dikumpulkan melalui teknik temu bual klinikal dapat memaparkan strategi dan justifikasi murid secara mendalam bagi setiap aktiviti yang ditunjukkan. Artikel ini hanya membentangkan analisis terhadap respons murid terhadap tugas berkaitan masalah membandingkan nisbah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penaakulan perkadaran murid konsisten dengan tahap yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji lepas yang mana murid sekurang-kurangnya mempunyai tahap penaakulan perkadaran tidak formal, manakala tahap penaakulan perkadaran kuantitatif merupakan tahap tertinggi. Namun dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat respons murid yang tidak boleh dikategorikan dalam mana-mana tahap menyebabkan wujud satu tahap antara tahap penaakulan perkadaran tidak formal dan tahap penaakulan perkadaran kuantitatif. Dapatan kajian ini dapat membekalkan informasi kepada guru matematik sekolah rendah bahawa setiap murid mempunyai tahap penaakulan perkadaran yang berbeza dan guru perlu mempelbagaikan aktiviti yang menggalakkan murid berfikir secara perkadaran.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823