Strategi Pembelajaran Biologi di kalangan Pelajar Sekolah Menengah

ZAMRI MOHAMOD

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara strategi pembelajaran Biologi yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 4 dengan pemboleh ubah jantina, tahap pencapaian Biologi, tahap pendidikan ibu bapa dan tahap pendapatan keluarga. Dua aspek pembelajaran strategi yang dikaji ialah strategi pembelajaran secara keseluruhan dan strategi pembelajaran mengikut kategori, iaitu strategi pembelajaran di dalam kelas, strategi pembelajaran di luar kelas dan strategi pembelajaran untuk mengahadapi peperiksaan. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Seramai 82 orang pelajar Tingkatan 4 di tiga buah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik berdasarkan Skala Likert empat mata yang perlu dijawab oleh responden berkaitan strategi pembelajaran Biologi yang mereka gunakan. Data yang diperoleh diproses menggunakan ujian-t dan analisis varian sehala (One Way ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi dengan pemboleh ubah tahap pencapaian Biologi, tahap pendidikan ibu dan tahap pendapatan keluarga. Namun begitu, pemboleh ubah jantina dan tahap pendidikan bapa tidak menunjukkan perkaitan yang sigifikan dengan strategi pembelajaran Biologi.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823