Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains

KAMISAH OSMAN

Abstract


Kajian mengenai sikap pelajar terhadap sains mungkin dapat mempamerkan penjelasan berkaitan masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada penglibatan dalam subjek sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar berdasarkan tahap pendidikan mereka. Kajian juga bertujuan untuk melihat perkaitan di antara sikap terhadap sains dan sikap saintifik. Seramai 493 pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap sains dan sikap saintifik. Soal selidik mengenai sikap terhadap sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multi-dimensi (iaitu persepsi terhadap guru sains, kepentingan sains dalam masyarakat, konsep kendiri dalam sains, keseronokan dalam sains dan motivasi dalam sains) manakala soal selidik sikap saintifik yang terdiri daripada 23 item mengukur pemikiran kritikal, penangguhan pengadilan, persandaran kepada bukti, kejujuran, keobjektifan dan kesediaan untuk menukar pandangan. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri dalam sains dan motivasi dalam sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang sains seterusnya di peringkat tahap pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat. Sikap saintifik pelajar mengikut tahap pendidikan adalah rendah. Keadaan ini membawa implikasi kepada keperluan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih bersifat inkuiri dan ‘hands-on’. Akhir sekali, wujudnya perkaitan positif tapi lemah di antara saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar Tingkatan 2 dan Matrikulasi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823