Kompetensi dan Amalan Pengajaran Terbeza Guru Pemulihan Khas Bagi Kemahiran 3M Sekolah Rendah (Competency and Differentiated Instruction Practices of Special Remedial Teachers for Primary 3M Skills)

NURUL AIN SAIPUDIN, SITI BASYIRAH MAT SAAD, SITI SAHHIADA ASHIKIN MOHD YASIM, NURRAHASSIKEN MOHAMED KASIM, ADILAH ABDUL AZIZ, NOR FARIHA ABDUL BAKI

Abstract


Pengajaran Terbeza merupakan pendekatan pedagogi berkesan untuk menangani kepelbagaian murid dari segi kognitif,
minat, dan profil pembelajaran dalam kemahiran asas 3M. Kajian kuantitatif tinjauan ini bertujuan mengenal pasti
tahap pengetahuan, prinsip, kompetensi, amalan, serta kebolehan teknik pemulihan dan inovasi Guru Pemulihan Khas
(GPK) berasaskan Model Pengajaran Terbeza Tomlinson. Seramai 184 GPK dipilih sebagai responden. Data dikumpul
menerusi soal selidik berstruktur (Cronbach’s alpha = 0.979) dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi (Ujian-t,
ANOVA, dan Korelasi Pearson) menggunakan IBM SPSS versi 27.0. Dapatan menunjukkan tahap kompetensi dan
amalan GPK secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (M = 4.08 hingga M = 4.23). Walau bagaimanapun,
kebolehan teknik pemulihan dan inovasi mencatatkan skor min relatif lebih rendah (M = 3.96, SP = 0.67), khususnya
integrasi teknologi interaktif. Ujian inferensi menunjukkan perbezaan signifikan amalan GPK berdasarkan demografi
(p < 0.05) serta hubungan positif sangat kuat antara pengajaran terbeza dengan kebolehan inovasi (r = 0.749 hingga
r = 0.811, p < 0.001). Kesimpulannya, GPK mempunyai kesediaan tinggi tetapi memerlukan pemantapan inovasi
digital. Implikasi kajian menegaskan keperluan sokongan infrastruktur teknologi dan latihan pembangunan profesional
berterusan berasaskan integrasi pedagogi terbeza demi memperkasakan kualiti Pendidikan Pemulihan Khas.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823