Analisis Dan Sintesis Kesesuaian Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dalam Meningkatkan Komitmen Guru (Analysis and Synthesis of the Suitability of Principals’ Transformational Leadership Practices in Enhancing Teachers’ Commitment)

AIDA HANIM ABDUL HAMID, NOOR AIMIE OTHMAN

Abstract


Artikel ini membincangkan kesesuaian amalan kepimpinan transformasi pengetua dalam meningkatkan komitmen
organisasi guru dalam konteks transformasi pendidikan semasa. Penulisan ini bertujuan menganalisis hubungan antara
kepimpinan transformasi dengan komitmen guru, mengenal pasti bentuk amalan kepimpinan transformasi yang
meningkatkan komitmen guru serta mensintesiskan implikasinya terhadap amalan kepimpinan sekolah di Malaysia.
Kajian menggunakan reka bentuk analisis dokumen dan sintesis kritikal artikel utama yang disokong oleh kajian
empirikal terkini dan dokumen dasar pendidikan. Artikel utama melibatkan guru-guru sekolah vokasional swasta di
Chongqing, China manakala bukti empirikal lain digunakan bagi mengukuhkan analisis. Data dikumpulkan melalui
analisis dokumen dan dianalisis menggunakan analisis kandungan secara tematik berpandukan Model Kepimpinan
Transformasi Bass dan Teori Komitmen Organisasi Meyer dan Allen. Dapatan menunjukkan bahawa kepimpinan
transformasi mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen organisasi guru melalui dimensi pengaruh
ideal, motivasi berinspirasi, rangsangan intelektual dan pertimbangan individu. Kajian merumuskan bahawa
kepimpinan transformasi merupakan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan komitmen guru. Implikasinya,
kompetensi kepimpinan transformasi pengetua perlu diperkukuh bagi menyokong pembangunan profesional pemimpin
sekolah dan merealisasikan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823