Penghayatan Kurikulum Integriti dan Antirasuah dalam Pembentukan Sahsiah Berkualiti: Kajian Korelasi dalam Kalangan Pelajar TVET (Internalization of the Integrity and Anti-Corruption Curriculum in the Development of Quality Character: A Correlational Study among TVET Students)

SHARIFAH NUR ABU, KAMARUL ARIFIN MOHAMAD AZHAR

Abstract


Kajian ini bertujuan menilai tahap pemahaman terhadap Kurikulum Integriti dan Antirasuah, penghayatan nilai integriti serta pembentukan sahsiah berkualiti dalam kalangan pelajar TVET. Seramai 121 orang responden terlibat dalam kajian ini dan data dikumpulkan menggunakan soal selidik sebelum dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan tahap pemahaman (min = 4.57, SP = 0.703), penghayatan (min = 4.66, SP = 0.493) dan sahsiah (min = 4.61, SP = 0.547) berada pada tahap sangat tinggi. Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif dan signifikan antara pemahaman dengan penghayatan (r = 0.634), pemahaman dengan sahsiah (r = 0.687) serta penghayatan dengan sahsiah (r = 0.871) pada aras p < 0.01. Analisis regresi linear berganda mendapati pemahaman dan penghayatan nilai integriti merupakan peramal signifikan terhadap pembentukan sahsiah pelajar, dengan model kajian menjelaskan sebanyak 78.8% varians pembentukan sahsiah. Penghayatan nilai integriti dikenal pasti sebagai faktor yang lebih dominan berbanding pemahaman. Dapatan ini menunjukkan bahawa penguasaan pengetahuan perlu disokong dengan penghayatan nilai bagi membentuk pelajar TVET yang berintegriti, beretika dan mempunyai sahsiah berkualiti.Justeru, pendekatan pengajaran yang seimbang antara aspek pengetahuan dan nilai perlu diberi perhatian agar pelajar dapat membina jati diri yang berintegriti dan beretika.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823