KEBERKESANAN APLIKASI PEMBELAJARAN DIGITAL TERHADAP PENGUASAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 2 (The Effectiveness of Digital Learning Applications on the Mastery of Malay Language Grammar among Form 2 Students)

NURYUSHIDATI JUSININ, ZURAINI RAMLI

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan aplikasi pembelajaran digital terhadap penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan 2. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menerusi kaedah kuasi eksperimen. Instrumen kajian yang digunakan ialah dua set borang ujian, iaitu praujian dan pascaujian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi untuk melihat perbandingan skor min ujian yang signifikan antara praujian dan pascaujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara skor min ujian bagi praujian (63.63) dan pascaujian (78.90). Perbezaan dalam peningkatan skor min ujian menunjukkan perbezaan selepas kumpulan rawatan menerima sesi pengajaran menggunakan aplikasi pembelajaran digital Wordwall. Hasil kajian mendapati bahawa nilai-t perbandingan skor min ujian tatabahasa dalam praujian dan pascaujian ialah t= -10.892 dengan tahap signifikan p = .001. Kesimpulannya, kajian ini menunjukan bahawa pendekatan aplikasi pembelajaran digital dalam sesi pengajaran tatabahasa memberikan pengalaman belajar yang berbeza dan lebih efektif kepada murid di samping berjaya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa elemen aplikasi pembelajaran digital mampu meningkatkan tahap penguasaan murid seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid.


Keywords


Aplikasi pembelajaran digital, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), tatabahasa bahasa Melayu, sekolah menengah, Wordwall

Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Nur Farah Athirah Khuzaini. (2018). Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, (3)2, 49-63.

Annuar Khisham Isa, Zaitul Azma Zainon Hamzah & Sharil Nizam Sha’ri. (2021). Penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan murid di tingkatan empat sekolah berasrama penuh. Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 90-104. doi: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.7.2021

Evelyn Sili & Norazimah Zakaria. (2023). Keberkesanan aplikasi Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa seloka boros dan jimat bagi murid tingkatan 4. International Journal of Language and Education, 2(1), 32-54. doi: https://doi.org /10.33102/alazkiyaa45

Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-pembelajaran dalam kalangan murid di sebuah institusi pengajian tinggi Selangor. Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 74-82.

Jauriah Md Azali, Nor Azurawati Ahmad Zuhdi & Zainab Ahmad. (2022). Aplikasi Bahan Multimedia Interaktif (MMI) dalam pengajaran dan pembelajaran: Suatu tinjauan. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 7(1), 8-20.

Fikri Ghafar & Sa’Adiah Ma’ Alip. (2020). Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti Yunnan Minzu di UKM dan USM. Jurnal Melayu, 8(21), 548-564.

Karim Harun, Mohamad Hakimi Mohammad Haidzir & Maslida Yusof. (2023). Tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu oleh murid-murid orang asli Semai. Jurnal Melayu, 22(1), 104-121.

Khalissafri Mohd Haslin & Mohd Isa Hamzah. (2023). Pendigitalan Pendidikan: Kesediaan dan cabaran terhadap murid dalam pembelajaran. International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(1), 41-57.

Mohamed Nazul Ismail. (2020). Cabaran kepimpinan dalam pengurusan pembelajaran digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid II, 3, 20-26.

Musyrifah Ismail & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Keberkesanan pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Inggeris dari segi penglibatan murid dan pengekalan pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 4(10), 49-61.

Nazihah Shaari. (2022). Kesan pendekatan gamifikasi dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Menengah (Disertasi Kedoktoran). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor Darul Ehsan: My Bookpal Sdn. Bhd.

Noryana Mohd Nor, Corrienna Abdul Talib, Nur Wahidah Abd Hakim, Marlina Ali, Sharifah Osman, & Nor Hasniza Ibrahim. (2019). Penggunaan sumber ICT dalam pengajaran kimia: Cabaran kepada guru masa kini. Innovative Teaching and Learning Journal 2(2), 82–88.

Nurul Faizah Fakrul Zaman @ Hamdan, Rozita Radhiah Said & Marzni Mohamed Mokhtar. (2021). Persepsi bakal guru terhadap kemahiran dan penguasaan aplikasi rangkaian sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 7, 1-11.

Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2016). Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sanisah Rahim & Nuraishah Mahmood. (2020). Keberkesanan ICT dalam pengajaran imbuhan awalan Pen-. Muallim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), 4(2), 187-194.

Siti Khodijah Chee Mee. (2020). Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda bahasa dan linguistik Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8(1), 59 – 73. doi: https://doi.org/10.17576/jatma-2020-0801-06

Zaliza Mohd Nasir. (2018). Penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di IPTA (Disertasi kedoktoran). Universiti Putra Malaysia, Serdang.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823