MALAYSIA MADANI DALAM ERA PASCANORMAL: ANALISIS SEJARAH DAN CABARAN SEMASA (Malaysia Madani in the Postnormal Era: Historical Analysis and Current Challenges)
Abstract
ABSTRAK
Pelaksanaan konsep Malaysia Madani oleh kerajaan hari ini merupakan inspirasi awal daripada idea Masyarakat Madani yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 90-an. Namun begitu, Malaysia Madani masa kini telah melalui proses reformasi yang menggabungkan amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu-isu dan ketidaktentuan semasa. Langkah ini diambil bagi memastikan konsep Malaysia Madani terus relevan dan dapat dilaksanakan pada masa kini. Pada masa ini, Perdana Menteri dalam ucapannya banyak menekankan cabaran dunia pascanormal. Pascanormal merupakan konsep yang agak baharu khususnya di Malaysia. Kajian ini akan membincangkan konsep pascanormal, khususnya bagi masyarakat Malaysia dari aspek sejarah dan perkembangannya. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kritis terhadap dokumen primer dan sekunder, termasuk ucapan dasar, dokumen kerajaan serta karya Ziauddin Sardar berkenaan pascanormal. Pendekatan ini membolehkan kajian mengenal pasti hubungan antara gagasan Malaysia Madani dan teori pascanormal dalam konteks cabaran semasa. Kajian ini mendapati bahawa konsep pascanormal yang digunakan telah dipopularkan oleh Ziauddin Sardar pada tahun 2010 yang menyatakan bahawa dalam era pascanormal manusia akan berdepan dengan tiga C iaitu complexity (kompleksiti), chaos (kekacauan) dan contradictions (kontradiksi) yang menjadi fenomena dunia, yang akhirnya membawa kepada isu ketidaktentuan, kerumitan dan kejahilan. Kajian ini mengandaikan bahawa konsep pascanormal merupakan kesinambungan daripada perkembangan era pasca moden. Kajian ini juga mendapati bahawa konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan memberi tumpuan kepada menghadapi era pascanormal dengan menekankan pelaksanaan perubahan secara holistik daripada aspek sosial, ekonomi, politik, pentadbiran dan perubahan iklim. Kajian ini turut mendapati bahawa salah satu cabaran terbesar untuk merealisasikan Malaysia Madani ialah menangani aspek ‘kebenaran’ yang akhirnya boleh mempengaruhi autoriti dalam struktur sosial Malaysia.
ABSTRACT
The implementation of the concept of Malaysia Madani by the government today was the initial inspiration of the Masyarakat Madani idea from Dato’ Seri Anwar Ibrahim in the 90s. However, today’s Malaysia Madani has been reformed which combines existing practices with new methods designed to deal with new issues and uncertainties. This is to ensure that the concept of Madani Malaysia continues to be relevant and to be implemented in the present. Nowadays, the Prime Minister in his speech emphasizes a lot about the challenges of the postnormal world. Postnormal is a relatively new concept especially in Malaysia. This study adopts a conceptual approach using critical analysis of both primary and secondary documents, including official speeches, government policy papers, and Ziauddin Sardar’s writings on postnormality. This methodological framework enables the study to explore the theoretical relationship between Malaysia Madani and postnormality within the context of contemporary governance challenges. This study will discuss the concept of postnormality, especially for the Malaysian society from the aspect of history and development. This study found that the post-normal concept used was popularized by Ziauddin Sardar in 2010 who stated that in the postnormal era humans will be faced with the three Cs, namely complexity, chaos, and contradictions which become a world phenomenon that ultimately leads to issues of uncertainty, complexity and ignorance. The study assumes that the postnormal concept is a continuation of the development of the postmodern era. This study found that the concept of Malaysia Madani that was introduced focused on facing the postnormal era by focusing on implementing change holistically from social, economic, political, administrative and climate change aspects. This study also found that one of the biggest challenges for Malaysia Madani to be realized is dealing with the ‘truth’ aspect which can ultimately affect the authority in Malaysia social structure.
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Cet. Vii. Kuala Lumpur: Darulfikir.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1997. Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan. Dlm. Institut Strategi Pembangunan Malaysia (pnyt.). Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal [“Madani Society in Malaysia: An Idea”, in Madani Society: A Preliminary Review], hlm. 15-28. Ampang: Institut Strategi Pembangunan Malaysia.
Anwar Ibrahim. 2023. Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi. Cetakan ke-2. Shah Alam: Institut Darul Ehsan.
Anwar Ibrahim. 1995. Parliamentary debates. Ninth parliament. First Session. Third Meeting. 27th October. House of Representatives: 61-64.
Anwar Ibrahim. 1997. Islam dan Pembentukan Masyarakat Madani: Syarahan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Festival Istiqlal Jakarta. Dlm. Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal [“Islam and the Formation of a Madani Society: Deputy Prime Minister’s Lecture at the Jakarta Istiqlal Festival”, in Madani Society: A Preliminary Review], hlm. 7-13. Kuala Lumpur: Institut Strategi Pembangunan Malaysia.
Anwar Ibrahim. 2022. Script For a Better Malaysia: An Empowering Vision and Policy Framework for Action. Shah Alam: Institut Darul Ehsan (IDE) and Centre for Postnormal Policy and Futures Studies.
Anwar Ibrahim. 2022. Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi [Building a Madani State: The Vision and Framework of Reformation]. Shah Alam: IDE Research Centre Sdn. Bhd and Centre for Postnormal Policy and Futures Studies.
Aznan, A. H., Ridzuan, A. R., Amri, A. L. M. S., Hamim, M. A. F. M., Mustazar, M. A. D., Djuyandi, Y. & Zailani, M. H. Z. 2023. The level of effectiveness of unity government in Malaysia. I-IECONS E-Proceedings 10(1): 495-503. https://doi.org/10.33102/ iiecons.v10i1.23.
Hamim, T. 2000. Islam dan civil society (masyarakat madani): Tinjauan tentang prinsip human rights, pluralism dan religious tolerance. Dlm. Ismail S.M. & Abdullah M.(pnyt.). Pendidikan Islam, Demokratisasi dan Masyarakat Madani. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil. 2024. Falsafah liberalisme kepada falsafah pascamodenisme di Malaysia: Satu kajian awal. International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies 1(1) : 26-41. https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/ view/4817.
Jaafar, N. K. B. & Aziz, A. B. 2023. Epistemologi masyarakat madani dan masyarakat sivil: Mengenal pasti jurang penyelidikan melalui tinjauan literatur sistematik: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)8(10): e002552-e002552.
Jabatan Penerangan Malaysia. 2023. RTM Akan Terbitkan Segmen Khas Biar Betul Bermula 1 Oktober 2023. https://www.penerangan.gov.my/rtm-akan-terbitkansegmen-khas-biar-betul-bermula-1-oktober-2023/ [27 September 2023].
Kamus Dewan. 2010. Cetakan ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lorenzini, D. 2015. What is a ‘regime of truth’? Le foucaldien 1 (11): 1-5. Doi:10.16995/lefou.2.
M Chairul Basrun Umanailo. 2019. Pemikiran Michel Foucault. OSF Preprints. Doi:10.31219/osf.io/h59t3.
Mahmud, Ahmad Tarmizi, Irwan Mohd Subri & Mohd Nasir Abdul Majid. 2023. Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2022. CFORSJ Procedia 1 November, hlm. 83-93.
Majlis Agama Islam Selangor. 2015. Pasca Modenisme dan Kelangsungan Islam. Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor.
Mohd Faizal Musa. 2023. The Evolution of Madani: How is 2.0 Different From 1.0?. Singapore: ISEAS publishing.
Osman Bakar. 1997. Agama dan budaya teras masyarakat madani. Jurnal Usuluddin 5: 1-10. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3154 [20 Ogos 2024].
Parlimen. 2024. RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan). https://www.parlimen.gov.my/bills-dewan-rakyat.html?uweb=dr [13 Ogos 2024].
Sardar, Ziauddin. 2010. Welcome to postnormal times. Futures 42 (5): 435-444. doi:10.1016/j.futures.2009.11.028.
Sardar, Ziauddin. 2015. Postnormal times revisited. Futures 67: 26-39.
Silvio O. Funtowicz, Jerome R. Ravetz. 1993. Science for the post-normal age. Futures 25 (7) :739-755.
Tawfiq Yousef. 2017. Modernism, postmodernism, and metamodernism: A critique. International Journal of Language and Literature 5(1): 33-43.
Zakaria Stapa. 2014. Revitalisasi proses peneguhan akidah dalam menghadapi cabaran pascamodenisme. Ar-Raniry: International Journal of Islamic Studies 1 (1): 1 - 40
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2025-1702-02
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari