ANALISIS KEFAHAMAN DAN AMALAN PENGENDALIAN MAKANAN DALAM KALANGAN PENGENDALI MAKANAN DI LEMBAH KLANG BERASASKAN PRINSIP HALALAN TAYYIBAN (Analysis of Understanding and Food Handling Practices Among Food Handlers in the Klang Valley Based on Halalan Tayyiban Principles)

Nurul Asmida Saad, Mohd Anuar Ramli

Abstract


ABSTRACT

Pencemaran makanan sentiasa dilaporkan berlaku dalam masyarakat. Biasanya, kes ini timbul adalah disebabkan pengabaian terhadap prinsip halalan tayyiban dalam amalan pengendalian makanan dari ladang ke meja pengguna. Antara bentuk pengabaian ini termasuklah melibatkan proses awal, iaitu pemilihan bahan mentah dari sumber yang tidak halal dan tayyib. Implikasinya akan berlaku pencemaran dalam rantaian pengendalian makanan. Pencemaran aspek halal akan menjerumuskan pengguna kepada larangan syarak dan memberi kesan terhadap aspek spiritual pengguna, sedangkan pencemaran aspek tayyib memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal dan keselamatan nyawa pengguna. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang kefahaman para pengendali makanan khususnya berkaitan amalan pengendalian makanan halalan tayyiban. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui metode temu bual tidak berstruktur. Sebanyak 11 informan yang terdiri daripada pengendali makanan sekitar Lembah Klang telah ditemu bual. Data yang dikumpulkan telah dianalisis melalui perisian Atlas.ti versi 8 bagi membina tema, kategori dan subkategori. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, secara teoritikalnya, semua informan mempunyai kefahaman yang jelas berkaitan dengan makanan halalan tayyiban dan ciri-ciri pengendalian makanan halalan tayyiban. Namun, dari aspek praktikal dan pengamalannya, mereka masih kurang mengamalkan pengendalian makanan berdasarkan prinsip halalan tayyiban sepenuhnya sehingga berpotensi menyebabkan berlakunya pencemaran dan keracunan makanan.

ABSTRACT

Contamination of food has always been reported to occur in the community. Usually, this case arises as a result of the neglect of the Halalan Tayyiban principle in the practice of handling food from the farm to the consumer table. Among these forms of neglect is the initial process, which involves the selection of raw materials from non-halal and tayyib sources. The implication is that it will cause contamination in the food chain. Contamination of halal aspects will lead consumers to Islamic prohibitions and affect the spiritual aspects of consumers, while contamination of tayyyib aspects will have an impact on the physical health and safety of consumers. This study will therefore discuss the understanding of food handlers in particular related to the practice of preparing halalan tayyiban food. To achieve this objective, the study used a qualitative approach through unstructured interviewing methods. Eleven informants from food handlers around the Klang Valley were interviewed. The data collected was analyzed using Atlas.ti software version 8 to build themes, categories and subcategories. The findings of the study show that, theoretically, all informants have a clear understanding of the characteristics of tayyiban halal food and tayyiban halal food handling. However, in terms of practicality, they still do not practice food handling entirely on the basis of halalan tayyiban so it has the potential to cause food contamination and poisoning.


Full Text:

PDF

References


Abdul Raufu Ambali & Ahmad Naqiyuddin. 2013. Halal food and products in Malaysia: People’s awareness and policy implications. Intellectual Discourse 21(1): 7-32.

Abu Jayyib, Sa’id. 1998. al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan. Cetakan 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Ahmad H. Sakr. 1991. Ramuan Makanan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aishah Hamzah. 1983. Teknologi dan Perkhidmatan Katering. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Azhar, Harlida Abdul Wahab, Nurretina Ahmad Shariff & Muhammad Hafiz Badarulzaman. 2011. Produk makanan halal: Perspektif hukum dan undan-gundang.

Seminar Hukum Islam Semasa. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Asmak Haji Ali. 2001. Pemakanan yang baik menurut perspektif Islam. Makalah Seminar Potensi Pasaran Makanan Halal, Kuala Terengganu.

Barjaktarovic-Labovic, S., Mugosa, B., Andrejevic, V., Banjari, I., Jovicevic, L., Djurovic, D., Martinovic, A., Radlojovic. 2018. Food hygiene awareness and practices before and after intervention in food services in Montenegro. Food Control 85: 466- 471.

Berliner, D.C. 2004a. Expert teachers: Their characteristics, development and accomplishments”. in R. Batllori i Obiols et al.(eds.), De la teoria….a l’aula: Formacio del professorat ensenyamentde las ciències socials. Barcelona, Spain: Universitat Autònoma de Barcelona. https://sportscoachuk.org/sites/default/files/Berliner% 20(2004)%20 Expert%20Teachers.pdf [1 November 2004].

Berliner, D.C. 2004b. Describing the behavior and documenting the accomplishments of expert teachers. Bulletin of Science, Technology & Society 24(3): 200-212.

Dalkey, N. C., & Helmer, O. 1963. An experimental application of the Delphi method to the use of experts. Management Science 9(3): 458-467.

Fakhr al-Razi. 1995.Tafsir al-Fakhr al-Razi. Beirut: Dar al-Fikr.

Fraenkel Jack, R., & Wallen, N. E. 1996. How to Design and Evaluate Research. United State of America: Mc Graw Hill Inc.

al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1995. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Griffith, Worsfold & Molto. 2008. Knowledge levels of food handlers in Portuguese school canteens and their self-reported behaviour towards food safety. International Journal of Environmental Health Research 18(6): 387-401.

Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar. 2014. Halalan tayyiban dalam kerangka perundangan Malaysia. Jurnal Kanun 26(1): 103-120.

Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad Ibn Mukarram Ibn Ali. 2007. Lisan al-‘Arab. T.tp: Dar al-Ma’arif.

Ibrahim Anis et al. 2004. Mu’jam al-Wasit. Cetakan 4. Mesir: Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah.

Jabatan Statistik Malaysia. 2016. Compendium of environment statistic 2016. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=162&bul_id=MT ZVTGQycmc4azNuaDl6NGdhUjZoZz09&menu_id=NWVEZGhEVlNMeitaMHNzK2htRU05dz09 [15 Julai 2020].

Jamal Khair Hashim. 1998. Makanan: Keracunan dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawad Alzeer, Ulrike Rieder & Khaled Abou Hadeed. 2017. Rational and practical aspects of halal and tayyib in the context of food safety. Trend in Food Science & Technology 71: 264-267.

al-Jurjānī, Ali ibn Muhammad. 2000. al-Ta’rīfāt. Beirut: Dār Kutub al-‘Ilmiyyah.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2019. Health facts 2019. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/HEALTH%20FACTS/Health% 20Facts%202019_ Booklet. pdf [15 Julai 2020].

Kemmis, S. dan McTaggart, R. 2000. Participatory action research. Dlm. Denzin, N.K., dan Lincoln, Y. S. (pnyt.). Handbook of Qualitative Research. Edisi ke-2. Thousand Oaks, CA: Sage. 597.

Knight, J.B. & Kotschever, L.H. 1998. Quality Food Production, Planning and Management. Second Edition. New York: Van Nostrand Reinhoid Company Inc.

Lada, S., Harvey Tanakinjal, G., & Amin, H. 2009. Predicting intention to choose halal products using theory of reasoned action. International Journal of Islamic

an Middle Eastern Finance and Management 2(1): 66-76.

Luqman Abdullah et al., 2006. Konsep halalan tayyiban dalam makanan dan implikasinya terhadap kesempurnaan ibadah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Produk Halal Makanan dan Barang Gunaan Islam.

Martins, R.B., Tim Hogg dan Juan Gestal Otero. 2012. Food Handler’s knowledge on food hygiene: The case of a catering company in Portugal. Jurnal Food Control 23(1): 184-190.

Merriam, S.B. 2009. Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. USA: Jossey-Bass Publishers.

Mohammad Mazhar Hussaini. 1993. Islamic Dietry Concepts and Practices. Chicago: The Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA).

Mohammad Amir Wan Harun. 2016. Model Halalan Tayyibaa Berdasarkan Tafsiran Istilah Sarjana Mufasir al-Quran. Pulau Pinang: Fakulti Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Hamdan Adnan. 1985. Kepenggunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Yusof, A. M., Rahman, N., & Haque, M. 2018. Knowledge, attitude, and practice toward food poisoning among food handlers and dietetic students in a public university in Malaysia. Journal of Pharmacy & Bioallied Sciences 10(4): 232–239.

Muhamad Afiq Abd Razak & Mohd Anuar Ramli. 2018. Aplikasi umum al-Balwa dalam menangani pencemaran silang produk makanan. Dlm. Zahari Mahad Musa & Dina Imam Supaat (eds.). Isu-isu Semasa Islam dan Sains. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM, 491-507.

Muhamad Afiq Abd Razak. 2018. Aplikasi kaedah umum al-Balwa dalam isu pencemaran produk makanan. Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli. 2013. Prinsip-prinsip halal dan haram menurut Yusuf al-Qaradawi. Dlm. Nurdeng Deuraseh et al. (eds.). Halalan Thoyyiban Perspektif Malaysia. Serdang: Penerbit UPM, 118-125.

Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli. 2015. Keselamatan makanan menurut perspektif Islam: Kajian terhadap pengambilan makanan berisiko. Jurnal Fiqh 12: 1-28.

Nurul Asmida Saad & Mohd Anuar Ramli. 2018. Amalan pengendalian makanan halalan tayyiban, Prosiding Seminar Serantau Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 462-472.

Picler, J. et al. 2012. Evaluating levels of knowledge of food safety among food handles from restaurants and various catering business in Vienna, Australia. Jurnal Food Control 35(1): 33-40.

al-Qaradawi, Yusuf. 1989. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: al-Maktab al-Islami.

al-Qasimi, Muhamad Jamaludddin. 1957. Tafsir Mahasin al-Ta’wil. Kaherah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.

Saadan Man & Zainal Abidin Yahya. 2014. Halalkah Makanan Kita? Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Saidatul Afzan Abdul Aziz & Hayati Mohd Dahan. 2013. Food handlers’ attitude towards safe food handling in school canteens. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 105: 220-228.

al-Sharbini, Shams al-Din Muhammad ibn al-Khatib. t.th. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj. Damshik: Dar al-Fikr.

Strauss, A. dan Corbin, J., 1990. Basics of Qualitative Research: Grounded Theory Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.

Swanson, R.A. & Falkman, S.K. 1997. Training delivery problems and solutions: Identification of nivice trainer problems and expert trainer solutions. Human

Resource Development Quarterly 8 (4): 305-314.

Thaivalappil, Lisa Wadded, Judy Greig, Richard Meldium, Ian Young. 2018. A systematic review and thematic synthesis of qualitative research studies on factors affecting safe food handling at retail and food service. Food Control 89: 97-107.

Tieman, M., van der Vorst, J.G.A.J. & Che Ghazali, M. 2012. Principles in halal supply chain management. Journal of Islamic Marketing 3(3): 217-243.

al-Zuhayli, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damshik: Dar al-Fikr.

al-Zuhayli, Wahbah. 1997. Nazariyat al-Darurah al-Shar’iyyah. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari