ANALISIS LAPORAN PENANG INTERNATIONAL HALAL HUB (PIHH) MENGENAI TREND PENSIJILAN HALAL PRODUK MAKANAN, BAHAN MENTAH DAN PREMIS MAKANAN DI PULAU PINANG DARI TAHUN 2010 HINGGA 2017 (Report Analysis of the Penang International Halal Hub (PIHH) About the Halal Certification of Food Products, Raw Materials and Food Premises in Pulau Pinang from the Year 2010 untill 2017)

Khairudin Shaary, Mohammad Amir Wan Harun, Khairunisak Shaary

Abstract


ABSTRAK

Pensijilan halal di Malaysia merupakan tanggungjawab dan jaminan terhadap kredibiliti kehalalan sesuatu produk atau makanan. Penang International Halal Hub (PIHH) merupakan sebuah perbadanan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab untuk membangunkan inisiatif halal di negeri ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti analisis laporan PIHH berkaitan pemerolehan sijil halal bagi kategori produk makanan, bahan mentah dan premis makanan dari tahun 2010 hingga 2017. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara tidak berstruktur dan menganalisis dokumen mentah yang dilampirkan PIHH. Temu bual dilaksanakan bersama Penolong Pegawai Teknologi Makanan PIHH dan analisis dokumen yang dilakukan secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan pemilikan sijil halal bagi kategori produk makanan meningkat sebanyak 364% dan pemilikan sijil halal bagi kategori premis makanan mencatatkan peningkatan sebanyak 305% dari tahun 2010 hingga 2017. Bagi kategori bahan mentah, kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama bermula tahun 2010 hingga 2013 mencatatkan peningkatan sebanyak 700%, namun fasa kedua iaitu pada 2014 hingga 2017 penurunan mencatatkan sebanyak 380%. Usaha menambah baik dan mempromosikan inisiatif halal kategori bahan mentah perlu diperhebatkan kerana bahan mentah merupakan asas penting kepada kelestarian halal dalam aspek produk makanan dan premis makanan.

ABSTRACT

The halal certification in Malaysia is responsible and guarantees the credibility of a food product. Penang International Halal Hub (PIHH) is a corporation under the Penang State Government that in charge for developing halal initiatives in the state. Hence, this research aims to examine the analysis of the PIHH reports on the procurement of halal certificates for categories in food products, raw materials, and food premises from the year 2010 to 2017. Conducted research used the method of conversing an informal interview and analyzed the raw documents attached to PIHH. Interviews were conducted with the Assistant Officer of PIHH’s food technology department and an inductive document analysis has been implemented. The results shows that the ownership of the Halal certificates for the food product category have increased by 364% and the legalization of the Halal certificates for the food premise category have increased by 305% from the year 2010 to 2017. For the raw material category, this research has been divided into two separate phases. The first phase is from the year 2010 to 2013 which have increased by 700%, while the second phase is from the year 2014 to 2017 which have decreased by 380%. Therefore, the efforts to improve and promote the Halal initiative of the raw materials category should be intensified due to the reason of being an important basis for the Halal sustainability in terms of food products and food premises.


Full Text:

PDF

References


Ahmad H. Sakr. 1991. Ramuan Makanan Islam, a Muslim Guide to Food. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Sunawari Long. 2006. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad, R. 2015. Islamic Manufacturing Practice. Halalmanufacturing.com.my: http://halalmanufacturing.com/islamic-manufacturing-practice-imp/ [3 April 2018].

Amin Ridzuan, Berita Harian. 2016. Pensyarah UMP Hasil Kapsul Halal Daripada Rumpai Laut.https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20161004/ 281539405455253 [28 November 2019].

Asiah Shafie, Mohd Arif Nazri & Haziyah Hussin. 2019. Makanan halal menurut perspektif Islam dan kepentingan pelabelan. BITARA International Journal of

Civilizational Studies and Human Sciences 2(3):070-084.

Buku Data Asas Sosio-Ekonomi Negeri Pulau Pinang, (Pulau Pinang in Numbers) 2014-2015: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang:

Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) & Penang Institut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2014. Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jusoh, M. 1986. Perinsip Utama Makanan dan Minuman dalam Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. 2007. Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Kuala Lumpur: OriGenius (M) Sdn. Bhd.

Khairudin. 2013. Halalan Thayyiban, Amalan Rukhsah dalam Pemakanan. Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Norazilawati Md Dahlal. 2017. Konsep pengurusan kualiti makanan Halalan Tayyiban. Tesis Dr. Fal, Universiti Sains Malaysia.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang. 2006. Halal Haram: Buku Penting Untuk Umat Islam. Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Penolong Pegawai Teknologi Makanan. 2018. Temu bual. Penang Internasional Halal Hub (PIHH).

Ratna Roshida Abd Razak, Nik Haslinda & Cik Muhammad Rafizi. 2006. Makanan dan produk halal: Apa pentingnya. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Produk

Halal Makanan dan Barangan Gunaan Islam. Pulau Pinang: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 13-14 Julai.

Ramli, M.A., Jamaludin, M.A., Aminnuddin, A.Q. & Hamdan, M.N. 2015. Penyebaran maklumat palsu berkaitan produk halal dan implikasinya terhadap industri

halal. Kertas kerja pembentangan di Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB VIII), Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam, 2-3 September.

Siti Radhiah Omar & M. Shahrim Ab. Karim. 2013. Halalan thoyyiban perspektif malaysia, di sunting oleh Nurdeng Deuraseh. Institut Penyedikan Produk

Halal: Universiti Putra Malaysia.

Suhaimi Ab. Rahman & Jafri Abdullah. 2013. Pengurusan Produk Halal di Malaysia. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Yusuf al-Qardhawi. 1995. Halal dan Haram dalam Islam. Singapura: Pustaka Islamiyah Pte Ltd.

Zulekha Yusuff, A. A., Maznah Daud, Farahdina Abd Manaf, Nor Salwati Sabtu & Mazlah Yaacob. 2008. Sains Kesihatan dan Tamadun Islam. Pusat Penerbitan

Universiti (Upen). Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Buletin Mutiara. 2011. Edisi khas: Halal Penang - nadi industri halal di Pulau Pinang. https://www.buletinmutiara.com/edisi-khas-halal-penang-nadi-industrihalal-di-pulau-pinang/ [1 April 2011].

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. 2015. http://jaipp.penang.gov.my/images/pdf/sijilhalal/PemegangSijilHalalProdukMakanan.

pdf [1 Mac 2015].

Bernama. 2009. 27 tan kurma guna logo halal palsu dirampas. https:// www.sinarharian.com.my/article/25019/EDISI/Utara/27-tan-kurma-guna-logo-halal-palsudirampas [23 April 2009].

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2014. kenyataan akhbar, http:// www. moh.gov. my/index. php/database_stores/attach_download/337/530.

Penang Internasional Halal Hub. 2019. https://www.halalpenang.com/about-us/abouthalal-penang.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari