PRINSIP SOSIAL DALAM PENGIMARAHAN INSTITUSI MASJID: KAJIAN DI MASJID BERTARAF CEMERLANG (Social Principles in the Mobilisation of Mosque Institutions: A Case Study on Excellent Mosques)

Mohd Ridhuwan Remly, Muhd Najib Abdul Kadir, Fadlan Othman, Siti Azimah Sabaruddin

Abstract


ABSTRAK

Masjid  pada  zaman  Rasulullah  SAW  telah  membuktikan  bahawa  fungsi  dan peranannya  adalah  menegakkan  syiar  Islam  dan  juga  sebagai  agen  sosial  dalam masyarakat. Melihat kepada keupayaan Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai agen sosial dalam masyarakat, maka peranan dan fungsi masjid di Malaysia pada hari  ini  perlu  diperkasa  secara  optimum  bagi  membina  kekuatan  ummah  Islam. Keaktifan  institusi  masjid  bukan  terletak  pada  bahu  pihak  pengurusan  sahaja, malah semua lapisan masyarakat terutama agensi kerajaan, agensi swasta dan badan NGO  perlu  mengaktifkan  diri  dengan  bersama-sama  menjana  seluruh  keupayaan yang  ada  ke  arah  pengimarahan  institusi  masjid.  Justeru  itu,  artikel  ini  bertujuan mengkaji prinsip-prinsip sosial yang perlu dimiliki oleh pihak pengurusan masjid di samping menjelaskan pendekatan yang perlu digunakan oleh institusi masjid dalam menjalinkan  kerjasama  dengan  pihak  lain  ke  arah  pengimarahan  institusi  masjid. Data temu bual dianalisis dengan perisian Atlas.ti versi 7 dengan pembinaan kod- kod dan tema yang dipilih. Makalah ini mendapati bahawa pengimarahan sesebuah masjid tidak bergantung sepenuhnya kepada individu yang menerajui kepimpinan institusi  masjid,  malah  ianya  juga  perlu  dibantu  oleh  pelbagai  masyarakat  untuk bersama-sama menjana perubahan ke arah merancakkan lagi pengimarahan institusi masjid.

ABSTRACT

The  mosque  during  Prophet  Muhammad’s  time  has  proven  its  role  not  only in  upholding  and  enforcing  the  Islamic  identity  but  also  functioning  as  a  social agent in the society. Taking the Prophet’s accomplishment as an exemplary model in  making  mosque  a  vital  social  agent,  the  role  and  function  of  the  mosques  in Malaysia must also be fully optimised in order to strengthen the Muslim community. The  responsibility  for  mobilising  the  social  function  of  mosques  does  not  solely fall on the management of the mosques. Instead, all levels of society – especially government  agencies,  private  agencies  and  NGOs  –  have  to  actively  partake  in utilising  all  existing  capabilities  in  the  effort  towards  mobilising  the  social  role of mosque institutions. Therefore, this article aims to explain the social principles that  the  management  of  mosques  must  incorporate  in  its  operation  as  well  as demonstrate the approaches that must be adopted by mosque institutions in working hand in hand with other levels of society to mobilise their social role. The interview data was analysed using Atlas.ti 7 software with the constructions of the selected codes and themes. The study found that the mobilisation of the mosques' social roles does not entirely depend on the leadership of the individuals within the management of the mosques, but cooperation from various levels of society must also be involved in order to fully mobilise the mosque institution’s role as a social agent within the society.


Full Text:

PDF

References


al-Quran.

Ismail I. 1987. Pendekatan Islam ke Arah Penyelesaian Masyarakat Majmuk. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Perpaduan Nasional anjuran Universiti Utara Malaysia, Jitra.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munjid. Al-Munjid al-Abjady. 1986. Beirut: Dar Damsyik.

Mohamad Fuad Abd al-Baqiyy. 1988. al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an al- Karim, Dar al-Hadith, al-Qahirah.

Mohammad Azrien Mohamad Adnan, Syed Abdurahman Syed Hussin, Shukeri Mohamad. 2009. Rahsia Pengimarahan Masjid Menerusi al-Quran dan Sunah. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

Merriem, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study Application in Education. Revised and Expanded from Case Study Research in Education. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Norhayati, Ali Khan, Mohd. Nor Azli Saleh & Zulrushdi Salleh. 2008. Pengurusan Masjid: Satu tinjaun ke atas masjid cemerlang. dalam: Pengurusan Berkualiti Memancu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Penerbit UTM, Johor.

Nor Raudhah Haji Siren. 2006. Strategi Mengurus Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Othman Lebar. 2005. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Teori dan Metod. Universiti Pendidikan Sultan Idris. UPSI.

Stake, R. C. 2000. The countenance of educational evaluation. Teacher Collage Record 68(5).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari