PERTUKARAN SISTEM KEPADA PATUH SYARIAH SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA SISTEM PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN KONVENSIONAL: PENGALAMAN DI MALAYSIA (Conversion into Syariah Compliance System as an Alternative to Conventional Banking System and Financial Institutions: The Experience of Malaysia)

Nurul Iman Mohd Zain, Luqman Abdullah

Abstract


ABSTRAK

Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus unit dengan unit kurangan deficit unit. Namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena pertukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pertukaran sistem bagi institusi perbankan dan kewangan konvensional kepada institusi perbankan dan kewangan Islam yang berlaku di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama, iaitu metode persejarahan dan metode pengumpulan serta penganalisaan data. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah  sistem kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa.

ABSTRACT

The conventional financial and banking system is very different from the Islamic financial and banking system. Although these two systems have the same function, their role as an “intermediary” between surplus units and deficit units, each transaction and operation are different. This is because the philosophy and core elements that became prominent foundation for both systems are different. Hence, the phenomenon of system conversion for some conventional banking to become a shariah-compliant banking is a positive phenomenon, in which this phenomenon can promote the advancement and development of the Islamic financial system in Malaysia, which is indeed an Islamic state, not only at the regional level but also globally. This article seeks to capture the real picture of system conversion for conventional banking and financial institutions into Islamic banking and finance institutions which is currently taking place in Malaysia. To achieve this objective, the study was conducted through two main methods, namely the method of history and documentation with analyzing method. The finding shows that Malaysia is one of the countries that actively promoting the Islamic financial system in their monetary system. While conventional financial system is still operating, efforts to make the Islamic financial system an alternative to the interest and riba-based system are positive efforts, thereby potentially strengthening Malaysia’s position as an international Islamic finance hub.


Full Text:

PDF

References


Ab. Mumin Ab. Ghani. 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abd Jalil Borham. 2009. Industri Perbankan dan Kewangan Islam. Pahang: Universiti Malaysia Pahang.

Abd al-Sattar Abu Ghuddah & ‘Iz al-Din Muhammad Hujah. 2001. Qararat Wa Tausiyat Nadwat al-Barakah li al-Iqtisad al-Islamiy. Jeddah: Dallah al-Barakah Group.

Acconting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions. 2015. Shari’ah Standards. Bahrain: Manama.

Ahmad Shamsul Abd. Aziz, Khuzaimah Salleh & Rosmawani Che Hassim. 2004. Undang-undang Perbankan. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Akta Syarikat 2016.

Al-Sa’di, Abdul Rahman Nasir. 2007. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah: al-Manzumah wa Syarhuha. Arab Saudi: Wizarah al-Awqaf wa al-Suún al-Islamiyyah.

Asyraf Wajdi Dusuki, Edib Smolo, Ahamed Kameel Mydin Meera, Akhtarzaite Abdul Azizi, Ashraf Md. Hashim, Azura Othman, Engku Rabiah Adawiah, Faizal Ahmad Manjoo, Habib Ahmed, Hakimah Yaacob, Hamim SyahrumAhmad Mokhtar, Madzlan Mohamad Hussain, Mansor Ibrahim, Mohamad Akram Laldin, Mohamed Fairooz Abdul Khir, Mohammad Kabir Hassan, Nazrol Kamil Mustaffa Kamil, Noraini Mohd Ariffin, Nurdianawati Irwani Abdullah, Obiyathulla Ismath Bacha, Saadiah Mohamad, Said Bouheraoua, Saeif Ibrahim Tag el-Din, Shabana Hasan, Shabnam Mokhtar, Sherin Kunhibava, Siti Salwani, Staff of the Islamic Technical Unit, Wan Norhaziki Wan Abd. Halim, Zainal Hasfi Hashim & Zulkifli Hassan. 2011. Islamic Financial System: Principles and Operations. Kuala Lumpur: ISRA.

Aysraf Wajdi Dusuki & Nurdianawati Irwani Abdullah. 2007. Why do Malaysian customers patronize Islamic banks. International Journal of Bank Marketing 25(3): 142-160.

Bank Islam Malaysia Berhad. 1989. Bank Islam Malaysia Berhad: Penubuhan dan Operasi. Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad.

Bank Negara Malaysia. 1994. Money and Banking in Malaysia. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. 1999. Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia: Perubahan Sedekad 1989-1999. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. 2018. Senarai Bank-Bank Islam. http://www.bnm.gov.my /index.php?ch=li&cat=islamic&type=IB&fund=0&cu=0 [2 Februari 2018].

Chandra Muzaffar. 1988. Kebangkitan Semula Islam di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Cheah, Kooi Guan. 1994. Institusi-institusi Kewangan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husain Muhammad Makhlūf. 2009. Ma’ānī Kalimāt al-Qur’ān Tafsīr wa Bayān. Ed. 1. Beirūt: Dār al-Kutub al-Ílmiyyah.

Ibn Manzūr, Muhammad Mukrim Al-Ansārī. t.th. Lisān Al-‘Arab. Ed. 2. Beirūt: Dār Sādir.

Islamic Research and Training Institute. 1995. Tabung Haji as an Islamic Financial Institution: The Mobilization of Investment Resources in an Islamic Way and the Management of Hajj. Jeddah: Islamic Development Bank.

Jaafar Hussein. 1989. The Management of the Malaysian Financial System. Central Banking in An Era of Change, Landmark Speeches:1959-1988. Bank Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Tahunan Agrobank. 2016. Kerjasama Strategik Pemacu Pertumbuhan. Kuala Lumpur: Agrobank.

Laporan Tahunan Bank Rakyat. 2012. Menyentuh Kehidupan: Ini Yang Kami Lakukan. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Laporan Tahunan Bank Rakyat. 2013. Menerajui Perubahan. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Laporan Tahunan Bank Rakyat. 2016. Masa Depan Mampan. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Laporan Tahunan Maybank Berhad. 2009. Kuala Lumpur: Maybank Berhad.

Lembaga Tabung Haji. 1990. Lembaga Urusan dan Tabung Haji Sebagai Satu Institusi Pelaburan Islam. Kuala Lumpur: Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Longman Business English Dictionary. 2007. England: Pearson Longman.

Nor Mohamed Yakcop. 1996. Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Al-Sa'di, Abdul Rahman Nasir. 2007. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah: al-Manzumah wa Syarhuha. Arab Saudi: Wizarah al-Awqaf wa al-Suun al-Islamiyyah.

Saiful Azhar Rosly. 2005. Islamic Banking Windows Transform to Subsidiaries. The Star Online, 31 Oktober 2005, Kolum Business News.

Shamsudin Ismail. 2009. Pengurusan Bank Perdagangan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rohani Yahya. 1988. Konsep Asas Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sudin Haron. 1996. Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari