KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN: KAJIAN DI MASJID UniSZA (Teaching and Learning Method of al-Quran: A Study in UniSZA’s Mosque)

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Mohd Shafiee Hamzah, Tasnim Abd Rahman, Kasimah Kamaruddin, Nik Azeah Nik Azman

Abstract


ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Malaysia adalah seiring dengan kedatangan dan perkembangan Islam. Sejarah mencatatkan bahawa Islam mula bertapak di Tanah Melayu  pada tahun 903 Masehi di Kedah, 1181 Masihi di Kelantan, 1302 Masihi di Terengganu dan 1414 Masihi di Melaka.  Dalam perkembangan ini, kaedah pengajaran al-Quran adalah berasaskan kepada kaedah tertua yang diperkenalkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika mula-mula menyampaikan wahyu pertama iaitu secara talaqqi dan musyafahah.  Seiring perkembangan dan keperluan semasa, pendekatan yang digunakan untuk mengajar al-Quran juga turut berubah sebagai bukti bahawa kaedah pengajaran kitab suci ini tidak ketinggalan dari kaedah arus perdana. Oleh itu, makalah ini bertujuan menghuraikan perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Malaysia bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu hingga kini.  Kajian difokuskan kepada kaedah tradisi dan kaedah kontemporari dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Dalam kajian ini, Kelas al-Quran Dewasa yang dijalankan di masjid UniSZA dijadikan sampel kajian. Data dikumpul secara kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual. Temu bual yang dimaksudkan adalah temubual informan terpilih yang terdiri daripada pengasas dan tenaga pengajar yang mengendalikan kelas-kelas pengajaran dan pembelajaran al-Quran sama ada secara tradisi mahupun kontemporari. Lima kaedah tradisi dan kontemporari dipilih sebagai sampel kajian ini.  Kajian mendapati bahawa legasi kaedah pengajaran tertua secara talaqqi dan musyafahah ini diteruskan sehingga ke hari ini, namun dalam acuan yang berbeza. Setiap pendekatan yang diperkenal dan diamalkan adalah dengan tujuan yang sama iaitu melatih kemahiran dan kebolehan membaca al-Quran dengan cara mudah dan pantas tetapi masih meraikan hukum-hukum tajwid sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW.

ABSTRACT

Teaching and learning the Quran in Malaysia is in line with the advent and development of Islam. History records show that Islam began to gain a foothold in the Malay Peninsula in 903 AD in Kedah, Kelantan in 1181 AD, 1302 AD and 1414 AD in Terengganu and Melaka. In this development, methods of teaching the Quran is based on the oldest method, introduced by Gabriel  to the Prophet Muhammad SAW when he first presented the first revelation of the talaqqi and musyafahah. Along with the development and current needs, the approach used to teach the Quran also changed as evidence that the teaching of scripture is not left out of the mainstream. Therefore, this article aims to describe the development of teaching and learning the Quran in Malaysia dates back to the arrival of Islam to the Malay Peninsula to the present. The study focused on the method of tradition and contemporary methods in teaching and learning the Quran. In this study, the Quran Class for  adults conducted in the mosque UniSZA as sample for the suitability and effectiveness of the teaching of the Quran used. Data collected qualitatively through analysis of documents and interviews. Interviews were intended informant interviews selected is composed of the founders and trainers who conduct classes teaching the Quran either traditional or contemporary. Five traditional and contemporary methods selected for this study. The study found that the legacy of the oldest teaching methods for talaqqi and musyafahah continues to this day, but in a different mold. Each approach is introduced and practiced with the same purpose of training skills and ability to read the Quran in a simple and fast but still comply with the rules of recitation as taught by the Prophet’s.



Full Text:

PDF

References


Abdullah Ishak. 1990. Islam di Nusantara Khususnya di Tanah Melayu. Selangor: alRahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Adel M.Abdul Aziz. 2006. Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran. Kuala Lumpur: YADIM

A. H. Hill. 1955. Hikayat Abdullah: An annotated translation. Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society. Jld 28. Pt 3. Jun 1955.

Atan Long. 1979. Fikir-Fikir Mengenai Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

D. D. Chelliah. 1985. A Short History of the Educational Policy of the Straits Settlements;.1800 to 1925. Singapore: G.H. Kiat.

D.G.Hall. 1961. A History of South East Asia. London: Oxford University Press.

Ghazali Othman. 2015. Pembelajaran al-Quran teknik al-Baghdadi. http://www.albaghdaditeknik.com/p/pembelajaran-al-quran-teknik-al.html [8 Ogos 2015].

Harun Hj. Sarail. t.th. Teknik pengajaran al-Quran kaedah hatawiyyah. http://nuraliah.tripod.com/hattawiyah.htm [10 Ogos 2015].

Ismail Abdul Rahman. 1993. Pendidikan Islam di Malaysia. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jasmi, K.A. & Che Noh, M.A. 2013. Sejarah Kaedah Serta Model Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran. Bengkel Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) al-Quran SRA JAWI, Lecture Hall, Masjid Negara, Jalan Perdana. Kuala Lumpur, 28-29 October 2013.

al-Kailani, Taysir. 1986. al-Taujih al-Fanni fi Usul al-Tarbiyyah wa al-Tadris. Beirut: Maktabah Lebanon.

Khoo Kay Kim. 1980. Perkembangan Pelajaran Agama Islam dalam Pendidikan ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd Rizal Abdul Ghani. 2014. Iqra’ At Taisir. Kuala Lumpur: Darul Furqan.

Mohd Shukri. 2013. Kelemahan pelajar menguasai kajian tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Rawang.https://www.academia. edu/5603533/ Jurnal_Kaedah_Hattawiyah [8 Ogos 2015].

Mohd Zainul Arifien. 2011. Kaedah pengajaran tilawah dan hafazan al-Quran. Slaid. http://www.slideshare.net/nikazehar/kaedah dan teknik pengajaran tilawah al-Quran [8 Ogos 2015].

Muhammad Fauzan Abdul Wahid. 2006. Meningkatkan Kemahiran Membaca al-Quran menerusi Latihan Amali & Tasmik al-Quran. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Pensyarah IPBA. 9 Oktober 2006. Kuala Lumpur: 19-29.

Mustaffa Abdullah, Uthman Muda dan Mohd Shafiee Hamzah, 2014. Peranan Ulama Melayu Dalam Menangani Buta al-Quran dalam Kalangan Masyarakat Malaysia, dalam Isu Kontemporari Pendidikan al-Quran. Kuala Terengganu: Penerbit UniSZA.

Shahril Marzuki. 2005. Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Sobri Salamon & Haron Din. 1988. Masalah Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur al-Rahmaniah.

Suhaimi Muhammad. 2015. Sejarah KQD Masjid UniSZA, Terengganu. Temu bual 1 Ogos.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari