KONFLIK SELATAN THAILAND: PERANAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA JIRAN (Conflict of Southern Thailand: Role of Malaysia as a Neighbour State)

Mohd Roslan Mohd Nor, Hamidah Jalani

Abstract


ABSTRAK
Dari tragedi Krisek hingga ke tragedi Tak Bai masyarakat selatan Thai masih lagi dibelenggu dengan permasalahan konflik perkauman. Walaupun tampuk pemerintahan silih berganti namun pertelingkahan di antara pihak kerajaan Bangkok dengan puak pemisah yang cuba untuk mendominasi kuasa autonomi dari pihak kerajaan masih menjadi isu hangat di mata dunia. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji konflik di Selatan Thai yang melibatkan peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Ia turut menggunakan kaedah kajian sejarah untuk memahami latar belakang isu yang berlaku. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelbagai usaha dan langkah telah diambil
oleh pihak kerajaan Thailand di Bangkok bagi menangani isu tersebut, namun hasilnya kurang memberangsangkan. Pelbagai pertubuhan dan badan-badan kerajaan lain cuba untuk membantu seperti ASEAN, PBB dan OIC. Malah tidak ketinggalan juga Malaysia turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang usaha ke arah perdamaian antara kerajaan Bangkok dengan puak pemisah. Dari saluran berbentuk nasihat, bimbingan hinggalah ke bentuk material, dilihat Malaysia begitu prihatin terhadap negara jirannya yang dilanda kemusnahan. Signifikan penemuan kajian menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai memenuhi dasar hubungan dua hala dan kepentingannya kepada Malaysia sendiri dalam menjaga keamanan negara.

ABSTRACT
From tragedy of Krisek toTak Bai tragedy, South Thai society is still plagued by problems of racial conflict. Despite centuries of rule in succession, but disputes between the government of Bangkok with insurgents who tried to dominate and fight for autonomy from the government is still a burning issue in the world. This article aims to examine the conflict of Southern Thailand which Malaysia involves in overcome the issue. This study is a qualitative study which uses library research method. It also utilises historical method in order to understand the background of the conflict. Results of this study show that various efforts and measures taken by the government of Thailand in Bangkok in responding to the issue, but the results are less encouraging but it has worsened. Various organizations and other governments’ agencies trying to help such as ASEAN, the UN and the OIC. In fact, without exception, Malaysia has also played an important role in contributing to the peace efforts between the government
of Bangkok with the separatists. Involvement in advice and guidance through to a material form, Malaysia is always concerned about the conflict of affected neighbors. The significant findings show that the role of Malaysia is indeed inline with fulfillment bilateral relations and Malaysia’s own interest to keep the peace in the country.


Full Text:

PDF

References


Antang, S. M. 2006. Malaysia dan Keamanan Sejagat. Majalah Visi, bil. 67, Julai 2006, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Chapakia, A. O. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.

Christie, C. J. 1996. A Modern History of Southeast Asia: Decolonization, Nationalism and Separatism. I.B Tiuris. London: New York.

Ghazali, A. Z.. 2008. Konflik politik di Selatan Thailan 1900-1954: Satu perspektif sejarah. Dlm. Abdullah Zakari Ghazali & Zulkarnain Abdul Rahman (pnyt.). Konflik Dunia Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar, M. Z. 2009. Pengurusan Konflik Melayu-Islam di Wilayah Selatan Thailand, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Mahmud, N. A. N. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Pattani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmud, N. A. N. 2008. The Malays of Patani: The Search for Security and Independence. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Man, W. K. C. 2008a. Perjuangan pembebasan Melayu Islam Patani menjelang Abad ke-21. Dlm. Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed (pnyt.). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Man, W. K. C. 2008b. Melayu Muslim Selatan Thai. Dlm. Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed (pnyt.). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Mokarapong, T. 1972. History of the Thai Revolution. Bangkok: Chalermnit Press.

Razak, N. D. 2010/2011. Sempadan negara Malaysia, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dalam http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=isu%20sempadan%20thailandmalaysia [11 November 2014].

Thompsons, V. & Aldoff, R. 1970. Minority Problems in Southeast Asia. New York/Russel & Russel: t.pt.

Utusan Malaysia, 13 November 2007. Sumbangan diperlu bantu SUTERA. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp y=2007&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive [11 Oktober 2015].

Utusan Malaysia, 26 Disember 2007. 15 Belia Selatan Thailand tamat kursus Giat Mara,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp y=2007&dt=1227&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive [9 Oktober 2015].

Zain, F. M. 2008. Konflik di Selatan Thai: Antara cita-cita agama dan angkara konfirasi. Dlm. Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed (pnyt.). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 6988/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: pghiih@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari