WAHDAT AL-WUJUD DAN KEWALIAN MENURUT SAID NURSI MENERUSI KARYANYA RISALE-I NUR (Wahdat al-Wujud and Sainthood According to Said Nursi’s View Through his Work Risale-i Nur)

Muhammad Faiz Khalid, Ibnor Azli Ibrahim

Abstract


ABSTRAK

Wahdat al-Wujud dan kewalian adalah di antara beberapa isu penting yang berkaitan dengan tasawuf dan tarekat. Ketika Islam semakin tersebar ke seluruh penjuru dunia cabaran terhadap kemurnian ajaran Islam pun semakin besar ketika ia bercampur dengan budaya setempat dan semakin dangkalnya pemahaman umat terhadap Islam. Dalam suasana seperti ini muncul Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960M) seorang mujaddid (pembaharu) dari Turki yang berusaha membetulkan pemahaman terhadap isu tersebut dengan mengajak umat Islam berpedoman kepada al-Quran dan al-Hadis dalam segala amalan, keyakinan dan ibadah harian mereka. Kajian ini menjelaskan pandangan Said Nursi terhadap wahdat al-wujud dan kewalian sesuai dengan panduan syariah Islam menerusi karya agungnya Risale-i Nur. Kajian memaparkan pendekatan Said Nursi yang moderat dalam membetulkan pemahaman terhadap konsep wahdat al-Wujud dan kewalian secara ilmiah dan penuh hikmah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen kajian kepustakaan terhadap Risale-i Nur dan juga kajian perbandingan dengan pemikiran ulama tasawuf lain sama ada ulama terdahulu mahupun ulama semasa. Hasil kajian ini mendapati bahawa Said Nursi menilai fahaman wahdat al-Wujud dan kewalian secara seimbang disertai dengan kritikan yang membina. Beliau tidak menyalahkan atau mendakwanya sebagai satu ajaran songsang atau pemikiran yang menyimpang sebaliknya beliau memberikan konsep dan pemahaman yang betul sesuai dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

ABSTRACT

Wahdat al-Wujud and Sainthood are important issues which associate with Sufism and Sufi path (Tariqa). When Islam spreads all over the world the challenges of the purity in Islamic teachings become complicated when it contacts with the local culture and increasingly shallows the understanding of Islam. In this situation Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960) emerges as an Islamic revivalist of Turkey who tries to correct the understanding of these issues and calls Muslims to adhere with Quran and Hadith in all practices, beliefs and their daily worship. This study describes Said Nursi’s view on wahdat al-Wujud and Sainthood in accordance with the guidelines of Islamic laws through his work, Risale-i Nur. This study shows the moderation of Nursi's approach to correct the understanding of wahdat al-Wujud and Sainthood scientifically and wisely. This study uses qualitative method through literature research on Risale-i Nur and comparative studies with other thoughts of classic and contemporary scholars. The findings of this study state that Said Nursi assesses wahdat al-Wujud and Sainthood objectively and with constructive criticism. He does not blame or claim them as inverted teachings or distorted thoughts, instead he elaborates these concepts with  correct understanding according to the guidelines of the Quran and the Sunnah of Prophet Muhammad. 



Full Text:

PDF

References


Abdul Qadir Isa. 2005. Hakekat Tasawuf. Terj. Jakarta: Qisthi Press.

Ibn Arabi. 1946. Fusus al-Hikam. Terj. Abu al-Ala al-Afifi. Juzuk I. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Ibn Arabi. t.th. al-Futuhat al-Makkiyyah. Beirut: Dar Sadir.

al-Jawhariy, Ismail bin Hammad. t.th. al-Sihah. Editor: Ahmad Abd Ghafur Atthar. t.tp: t.pt.

Kautsar Azhari Noer. 2003. Tasawuf Perennial: Kearifan Kritis Kaum Sufi. Jakarta: Serambi Ilmu Semesta.

al-Kalabadhi, Abu Bakar Muhammad. 2001. al-Ta‛arruf li Madhhab Ahli al-Tasawwuf. Beirut: Dar Sadir.

al-Lalaka’i, Hibatullah bin al-Hasan. 1992. Usul I‛tiqad Ahlussunnah Wa al-Jamaah (9) Karamat Awliya’ Allah Azza wa Jalla. Riyad: Dar Tayyibah.

Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad bin Mukram. 1388. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadir.

Mohammad Nidzam Abd Kadir. 2010. Tasawuf Kontemporari: Implementasi Tasawuf dalam Dunia Kini. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muhammad Mahfudz Bin Abdullah al-Tarmasiy. 2008. Bughyat al-Adhkiya’ fi al-Bahts An Karamat al-Awliya’.Jakarta : Kementerian Agama Republik Indonesia.

Rivay Siregar. 2000. Tasawuf dari Sufisme Klasik ke Neo-Sufisme. Jakarta: Raja Gravindo Persada.

Said Nursi. 2011a. Kulliyyat Rasail al-Nur: al-Maktubat. Terj. Kaherah: Syarikat Sozler.

Said Nursi. 2011b. Kulliyyat Rasail al-Nur: al-Lama’at. Terj. Kaherah: Syarikat Sozler.

Said Nursi. 2011c. Kulliyyat Rasail al-Nur: al-Malahiq. Terj. Kaherah: Syarikat Sozler.

Samudi Abdullah. 1980. Analisa Kritis Terhadap Tasawuf. Surabaya: Bina Ilmu.

al-Tusi, Abdullah Ibn Ali al-Sarraj. 2001. al-Luma’ fi Tarikh al-Tasawwuf al-Islamiy. Beirut: Dar al-Maktabah al-Ilmiyyah.

Umar Abdullah Kamil. 2001. al-Tasawwuf Bayna al-Tafrit wa al-Ifrat. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Yusri Abd Karim. 2011. Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi. Selangor: Yamani Angle.

Zakaria Stapa. 1998. Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Zakaria Stapa. 2012. Pendekatan Tasawuf dan Tarekat Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah.Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaprolkhan. 2007. Komparasi pembaharuan Tasawuf Hamka dan Said Nursi. Tesis Sarjana UIN Sunan Kalijaga, Jogjakarta


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari