PERANAN PEMERINTAH DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI INDONESIA DAN MALAYSIA (The Role of Goverment in Management of Zakat in Indonesia and Malaysia)

Zulkarnain Muhammad Ali, Hanifah Ahzami Samiun, Shofian Ahmad, Mat Noor Mat Zain

Abstract


ABSTRAK 

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Hukum menunaikan zakat adalah wajib ke atas semua orang muslim. Namun masih ramai yang belum melaksanakannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) dan Islamic Development Bank (IDB) potensi zakat di Indonesia pada 2012 sebesar Rp.217 trilion (RM58 billion/USD18 billion), namun pengutipan zakat 2013 hanya Rp.2.4 trilion (RM650 juta/USD200 juta) atau sekitar satu peratus sahaja. Manakala penduduk muslim Indonesia berjumlah 210 juta orang (Statitik Badan Pusat Statistik Indonesia 2012), kutipan dan agihan zakat terbilang masih jauh sekali daripada potensinya. Ketidakseimbangan antara kutipan dan potensi sebesar itu tentu menjadi masalah besar. Kajian ini memberi tumpuan membincangkan peranan pemerintah dalam pelaksanaan zakat dalam pandangan Islam dan memperbandingkan peranan pemerintah Indonesia dan Malaysia dalam pengurusan zakat. Kajian menunjukkan bahawa pandangan Islam terhadap pengurusan zakat iaitu pemerintah sebagai pengurus tunggal dan sebagai pemberi hukuman terhadap yang ingkar membayar zakat adalah sangat penting, ini kerana ianya berkaitan dengan peningkatan kesejahteraan masyarakat dan sebagai salah satu sumber kewangan negara. Di Indonesia pengurusan zakat masih dilakukan oleh institusi swasta, masyarakat mahupun individu yang sesiapa pun boleh melakukannya sama ada mempunyai kebenaran atau belum mempunyai kebenaran dari pemerintah. Sebagai natijahnya, pemerintah perlu mengambil alih pengurusan zakat, seperti yang berlaku di Malaysia dimana pengurusan zakat dilakukan oleh pemerintah/negeri sehingga kutipan terus meningkat dan agihan zakat akan berkesan, cekap dan sama rata di peringkat kebangsaan, walaupun masih ada lagi masyarakat yang boleh mengutip mahupun mengagihkan zakat tetapi mesti dengan kebenaran pemerintah.

ABSTRACT

Zakat is one of the five pillars of Islam. The law of zakat is obligatory on all muslims, but many of them still did not implement it. According to the research conducted by the Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) and the Islamic Development Bank (IDB) potential zakat in Indonesia in 2012 amounted to Rp.217 trillion (RM58 billion/USD18 billion), but the collection of zakat in 2013 only Rp.2.1 trillion (RM650 juta/USD200 juta) or around one per cent. The Indonesian muslims population are 210 million peoples (BPS-Statistic Indonesia: 2012), but the collection and distribution of zakat distinction is still far from its potential. The imbalance between the amount collected and the potential zakat is a major problem. This paper focuses on the role of government in the implementation of zakat in Islam and confront the government of Indonesia and Malaysia's role in the management of zakat. Studies show that the Islamic view on the management of the zakat as the sole ruler and as punishment for defaulting lender to pay zakat is very important, because it relates to improving the welfare of society and as one of the country's financial resources. In Indonesia zakat management is still done by private institutions, communities and individuals that anyone can do it either with or without permission from the government. As a result the government should take over the management of zakat, as is the case in Malaysia, management of zakat is done by the government/state, so collection of zakat will increase and distribution of zakat will be effective, efficient and even at national lavel, although there are still people who can collect or distribute zakat, but must be with the consent of the government/local-state. 



Full Text:

PDF

References


al-Ashqar, Muhammad Sulaiman et al. 2004. Abhas Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zakat al-Mu’asirah. Jil. 1. Jordan: Dar al-Nafais.

BAZNAS dan FEM IPB. 2011. Economic Estimation and Determinants of Zakah Potential in Indonesia. Preliminary Report.

al-Bukhari, Muhammad bin Isma‛il Abu Abd Allah al-Bukhari al-Ju‛fi. 1987. Sahih al-Bikhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Kamil, M. I. 2006. Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keputusan Mahkamah Konstitusi No. 86/PUU-X/2012 Tahun 2012

Laporan Tahunan 2011-2013, Lembaga Zakat Selangor

Laporan Tahunan 2012-2013, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Muslim, Abi al-Husayn bin al-Hajjaj al-Qushayri. 1992. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Permono, Sjechul Hadi. 1995. Pemerintah Republik Indonesia Sebagai Pengelola Zakat. Jakarta: Pustaka Firdaus.

al-Qaradawi, Yusuf. 2011. Hukum Zakat. Bogor: Pustaka Litera AntarNusa.

al-Qaradawi, Yusuf. 1995. Kiat Islam Mengentaskan Kemiskinan (Musykilah al-Faqr wa Kayfa ‘Alajaha al-Islam). Jakarta: Gema Insani Press.

al-Shafi‛i. 1994. al-Umm. Jil.2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

al-Shiddieqie. Tengku Muhammad Hasbi. 1997. Pedoman Zakat. Kuala Lumpur: Matang Cipta Sdn.Bhd

Shahir bin Makhtar & Abidah bt Abdul Wahab. 2010. Pengurusan zakat di Negeri Selangor: Isu dan cabaran. Lembaga Zakat Selangor. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta Dalam Islam 2010 di Bangunan Canselori, UKM.

Suharto, Ugi. 2004. Kewangan Publik Islam Reinterpretasi Zakat dan Pajak: Studi Kitab al-Amwal Abu Ubayd. Yogyakarta: Pusat Studi Zakat STIS Yogyakarta.

UU Zakat No.38 tentang Pengelolaan Zakat Tahun 1999

UU Zakat No.23 tentang Pengelolaan Zakat Tahun 2011

Zallum, Abdul Qadim. 1983. al-Amwal fi Dawlah al-Khilafah. Beirut: Darul ‘Ilmi li al-Malayin.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 6988/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: pghiih@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari