KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Muhammad Hilmi Jalil, Fakhrul Adabi Abdul Kadir

Abstract


ABSTRAK

Usaha pembangunan negara yang di laksana sejak sekian lama telah membuahkan hasil buat Malaysia, malah Malaysia memiliki beberapa mercu tanda besar kebanggaan negara di arena antarabangsa. Walau bagaimanapun isu ketidakseimbangan pembangunan negara memberikan tekanan besar kepada masyarakat Malaysia, justeru isu ini perlu dihadapi dan diberi tindakan supaya keharmonian sebenar dari nikmat pembangunan negara boleh dikecap oleh rakyat Malaysia. Realitinya ketidakseimbangan yang berlaku dalam pembangunan negara adalah ketidakseimbangan di antara pembangunan fizikal negara dan pembangunan rohani masyarakat Malaysia. Artikel ini memberi tumpuan terhadap cabaran semasa pembangunan negara yang dihadapi masyarakat Malaysia khususnya umat Islam, iaitu keperluan mendesak kepada pengukuhan proses pembangunan insan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Untuk mencapai objektif ini, artikel ini mengandungi beberapa bahagian; merangkumi latar belakang pembangunan negara, situasi semasa pembangunan negara, pembangunan dan keseimbangan, pembangunan insan dalam pembangunan negara, penganalisisan elemen akidah, akhlak dan ilmu dalam pembangunan insan dan rumusan. Perbincangan merumuskan situasi semasa yang timbul seiring dengan pembangunan negara menunjukkan bahawa akidah, akhlak mulia dan ilmu merupakan elemen utama yang perlu dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia. Elemen-elemen ini jugalah yang menjadi tapak asas kepada keseimbangan pembangunan negara.

ABSTRACT

The implementation of national development efforts over the years has paid off for Malaysia, in fact Malaysia possesses several big national landmarks in the international arena. However an imbalance national development issue has given a tremendous pressure to the Malaysian society. Therefore this issue should be handled and taken action, so that the real harmony from the fruit of national development can be enjoyed by the Malaysian people. The existence of the imbalanced national development is due to the imbalance between the national physical development and spiritual development in the Malaysian society. This article focuses on the current national development challenge which has been faced by the Malaysian society especially the Muslims, which is considered as an urgent need to strengthen the process of human development in the Malaysian society. In order to achieve this objective, this article contains several parts which cover the background of the national development, current situation of national development, development and balance, human development in national development, the analysis of the elements of akidah, moral virtue and knowledge in the human development and the conclusion. The discussion in formulating the current situation which arises side by side with the national development shows that the akidah, moral virtue and knowledge is the most important elements which to be fully dominated by the Malaysian society, this element are also regarded as a foundation to the balance national development.


Full Text:

PDF

References


Ab Aziz bin Mohd Zin. 2010. Pembangunan Insan Melalui Pemerkasaan Dakwah. Dlm. Mohd Roslan Mohd Nor et al. (pnyt.). Pembangunan Modal Insan & Tamadun Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

‘Abd al-Karim Zaydan. 1992. Usul al-Da‘wah. Misr: Dar al-Wafa’.

Abd Jalil Borham. 2008. Asas Pembangunan Modal Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2007. Pembangunan Negara Komuniti dan Insan Melampaui 2020. Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Afif ‘Abd al-Fattah Tabbarah. t.th. Ruh al-Din al-Islamiyy. Bayrut: Dar al-Ilm li al- Malayin.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

al-Banna, Hasan. 1992. Majmu‘ah Rasa’il al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna. Al- Qahirah: Dar al-Tawzi‘ wa al-Nashr al-Islamiyyah.

Capra, F. 1983. The Turnung Points. London: Flamingo.

Danah Zohar & Ian Marshall. 2005. Spiritual Capital: Wealth We Can Live By. London: Bloomsbury Publishing Plc.

Danah Zohar & Ian Marshall. 2001. SQ: Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. London: Bloomsbury Publishing Plc.

Harry, R. Lewis. 2007. Excellence Without A Soul: Does Liberal Education Have a Future?. New York: Public Affair.

Miqdad Yaljin. 1973. al-Ittijah al-Akhlaqi fi al-Islam (Dirasah Muqaranah). Misr: Maktabah al-Khanji.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari