PERKAITAN AKULTURASI BUDAYA DAN HUBUNGAN ANTARA AGAMA:KAJIAN TERHADAP KOMUNITI CINA PRA KONVERSI DI NEGERI TERENGGANU (The Relevancy Acculturation Culture and Inter Religion Relationship: A Study on Chinese Community Pre Conversion in Terengganu)

Azarudin Awang, Khadijah Mohd Khambali@Hambali

Abstract


ABSTRAK

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Perihal   ini boleh ditemui dalam kehidupan masyarakat minoriti Cina di negeri Terengganu. Proses akulturasi yang mengambil masa yang lama mencerminkan bahawa hubungan masyarakat minoriti Cina dan majoriti Melayu telah terjalin dengan utuh. Ini menjadikan kelompok Cina di negeri Terengganu agak berbeza dengan masyarakat Cina di negeri lain. Proses akulturasi mendedahkan masyarakat Cina terhadap norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang mengandungi unsur keagamaan Islam. Kajian deskriptif ini bertujuan melihat penerimaan masyarakat Cina terhadap penglibatan kalangan ahli keluarga pra konversi terhadap budaya masyarakat Melayu. Metodologi yang digunakan bagi mengukur kajian ini ialah melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas 10 orang masyarakat Cina Terengganu yang telah memeluk Islam. Pengalaman hidup mereka sebelum Islam yang melibatkan hubungan antara agama dengan masyarakat setempat.  Bagi mengukuhkan kajian yang dilakukan, temu bual ke atas empat orang pemimpin agama dan pengerusi   badan NGO saudara baru turut dilakukan. Dapatan menunjukkan bahawa wujud tiga trend hubungan agama tanpa disengajakan masyarakat Cina pra konversi dalam memahami agama Islam iaitu menghindarkan diri daripada melibatkan aktiviti, penglibatan secara berhati- hati dan hubungan yang tidak ambil peduli. Mengambil kira pentingnya hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat awam, budaya toleransi perlu disuburkan dalam kehidupan. Sekiranya manusia gagal menghormati norma dan nilai budaya, bagaimana masyarakat berbilang agama merasai kehidupan yang rukun dan aman damai.

ABSTRACT

Acculturation is a process of acceptance in cultural element among individuals or groups from other different culture. A group of people with a particular culture confronted with foreign elements from a different culture until it was finally accepted and adapted in their own culture. This description can be found in the life of Chinese minorities in Terengganu state. Acculturation process that takes a long time reflecting the relationship of Chinese minority and Malay community has strongly established. This makes the Chinese group in Terengganu is quite different from Chinese communities in the other state. Acculturation process exposed the Chinese to the Malay society norms that having religious elements. This descriptive study aims to look the acceptance among Chinese community’s regarding involvement of their family members in Malay culture and religious. The methodology used for this study is qualitative by interviewing 10 Chinese individual who converted to Islam. Their life experiences before Islam which displays the interfaith relationship with the local Muslim community. To strengthen the research done, the interview on 4 religious leader and chairman of Muslim New Converts (NGO) also performed. The findings show that there are three trend develop instinctively among Chinese inadvertently pre-conversion in understanding the Islamic religion which are abstain from engaging in activities, involvement with cautious and indifferent relationship. Seeing the importance of inter-religious relations in civil society, cultural and religious tolerance should be nourished in life. Thus, if people fail to respect the norms and cultural values, The multi-religious society will difficult to feel peace and harmony life together .


Full Text:

PDF

References


Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bahari. 2010. Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku. Skudai: UTM.

Abdul Halim Lim Abdul Rahman. 2012. Kompleks ini berfungsi memberi kesedaran dan latihan hal ehwal agama Islam kepada saudara baru termasuk masyarakat Cina Terengganu yang memeluk Islam, Pejabat Maidam Kompleks Darul Hidayah. Temu bual 26 Mac.

Bahagian Dakwah, Pejabat Agama Negeri Terengganu. 2012.

Cheong Meng Ngai. 1991. Sejarah Kedatangan Dan Penempatan Orang Cina di Kuala Terengganu (1800-1940). Latihan Ilmiah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheu Hock Tong. 2003. Peranan Nilai-Nilai Agama Dalam Integrasi: Asas Dan Strategi. Dlm. Shamsul Amri et.al (pnyt.). Membina Bangsa Malaysia Jilid 3. Hlm. 135-147. Jabatan Perpaduan Negara & UKM: Bangi.

Hensman, J. Mark. 1999. The Dialogue of Life as the Locus of Non-verbal Interreligious Dialogue dalam East Asian Pastoral Review 1999, Volume 36 (1999) No. 3. http://eapi.admu.edu.ph/content/dialogue-life-locus-non-verbal- interreligious-dialogue. Dicapai pada (12 Okt 2012).

Hou, K.C. 2002. Malaysian Chinese Identity, Culture and Ethnic Conflict. Centre For Malaysian Chinese Study: Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Malaysia. Bancian Penduduk 2010.

Joo Ee Khoo. 1996. The Straits Chinese: A Cultural Chinese. Amsterdam: Pepin Press.

Khadijah Mohd Khambali & Suraya Sintang. 2010. Peranan Sekolah Agama Dalam Jalinan Dialog Kehidupan Ummah di Malaysia. Dlm. Mustaffa Abdullah & Faisal Ahmad Shah (pnyt.). Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia, hlm. 194-208. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Khoo, K.K. 2010. The Penang Baba / Peranakan Chinese Comunity. In Penang Peranakan and Chinese Muslim: An Historical and Cultural Journey, ed. Sohaimi Abd Aziz. Persatuan Karyawan Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Laporan Bancian Penduduk Malaysia. 2000.

Lee Yok Fee. 2009. Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari Segi Epistemologi: Ulasan. Sari (27): 167-183.

Lee Yok Fee. 2011. Identiti Harian Dalam Subjektiviti Cina Malaysia dalam Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2(2): 68-87.

Mansor Mohd Noor et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Mohamed Yusoff Ismail. 1993. Two faces of Buddhism: Chinese Participation in Thai Theravada Temples in Kelantan. Dlm. Cheu Hock Tong (pnyt.). Chinese Beliefs and Practises in South East Asia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Mohd Taib Osman. 2003. Integrasi dan Asimilasi Membina Bangsa Malaysia. Dlm. Shamsul Amri et.al (pnyt.). Membina Bangsa Malaysia Jilid 3, hlm 414-424. Jabatan Perpaduan Negara & UKM: Bangi.

Mohd Sufri Jaafar. 2012. PERKIM Terengganu merupakan salah satu badan NGO dakwah yang berperanan menjaga kebajikan dan dakwah kepada saudara baru, Pejabat PERKIM Terengganu. Temu bual 12 April.

Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mujibu Abd Muis. 2012. Menangani Kerencaman Kaum dalam Proses Bina Bangsa: Cabaran dan Pengalaman Malaysia. Jurnal Sosiohumanika, 5(2): 239-252.

Nor A’thirah. 2007. Memahami Psikologi Saudara Baru. Bangi: UKM

Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA UiTM

Stephen Chan Mung Koon. 2013. , St Andrew’s Church, No. 79-E, 1 st Floor, KualaTerengganu. Temu bual 20 Mac.

Tan Chee Beng. 2002. Chinese Minority in a Malay State. The Case of Terengganu in Malaysia. Singapore: Eastern Universities Press.

Tan Chee Beng. 1993. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Tan Yao Sua. 2011. Akulturasi Peranakan Cina di Tirok, Terengganu dalam Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2 (2):151-162.

Tantri Kusuma Wardhani. 2012. Akulturasi Mahasiswa Pribumi Di Kampus Mayoritas Tionghoa. Universitas Gunadarma: Bogor.

Wong Choon Kheng. 2013. , Komplek Persatuan Buddha Terengganu Kuala Terengganu. Temu bual 23 Mac.

Yunus Ma Abdullah Zheng. 2001. Persepsi Orang Cina di Kuala Terengganu Terhadap Agama Islam. Tesis Master, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari