MEMAHAMI SUNNAH RASULULLAH S.A.W. MENERUSI GABUNGAN METODOLOGI TAKHRIJ HADIS & MUKHTALIF HADIS (Understanding the Sunnah Prophet S.A.W. Through Combined Methodology of Takhrij Hadis & Mukhtalif Hadis)

Mohammad Fattah, Latifah Abdul Majid

Abstract


ABSTRAK

Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah s.a.w. sama ada yang disabdakan, diamalkan dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadis berusaha mencari metode untuk menyingkap sekali gus memelihara khazanah suci ini. Antara metode dan kaedah yang sedia diguna pakai adalah metode takhrij dan memahami mukhtalif hadis. Dua metode ini sangat efektif untuk mengetahui beribu-ribu kewujudan hadis bahkan penentuan statusnya sama ada boleh diguna pakai sebagai hujah atau tidak. Pengkaji dengan sedaya upaya memberikan pemahaman terhadap penggunaan dua metode ini melalui pendedahan tentang pengertian dan perkembangannya. Metode kajian ini adalah analisis dokumen dengan  merujuk  kepada  kitab-kitab  hadis  untuk  mendapatkan  sumber  yang tepat dan sahih. Kemudian menyusulinya dengan memberikan contoh-contoh ringkas untuk mengukuhkan pengertian berkenaan. Kajian mendapati bahawa metode takhrij dan pemahaman terhadap mukhtalif hadis merupakan dua metode yang diusahakan oleh para ulama hadis untuk memelihara kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang zaman.

ABSTRACT

Reminiscing  on  the  treasures  of  the  Prophet’s  s.a.w.  sunnah, whether  those practiced and agreed is similar to constructing strong monument as shelters for  the  entire  Muslim  ummah.  Hence,  the  ulama  of  hadis  effortlessly  find methods in protecting the authenticity of its priceless treasures. Among the current methodology and existing ways currently practiced are the methods of takhrij and understanding of mukhtalif hadis. These two methods are highly effective in understanding thousands of existing hadis, more importantly in determining the status-whether it can be used as an argument or otherwise. In order to grasp profound understanding of this usage researches have exposed themselves by understanding its growth and development. This kind of method is  an  analysis  of  document  with  reference  to  the  book  of  hadis  in  order  to obtain its précised and genuine source. In addition, it is followed by short examples to strengthen its meaning. Research has shown that method of takhrij and understanding of mukhtalif hadis is an effort must be highly appreciated as these two methods could protect the sanctity of the sunnah of the Prophet (SAW) until the end of time.


Full Text:

PDF

References


Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. 1988. Musnad Ahmad bin Hanbal, Kaherah: Dar al-Hadis.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1987. Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar Ibnu Kathir Al-Yamamah.

al-Baghdadi, Abu Bakar Ahmad bin cAli al-Khatib. 1997. Tarikh Baghdad, Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah

al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husain bin cAli. 1994. al-Sunan al-Kubra. Makkah al-Mukarramah. Maktabat Dar al-Baz.

Brown, Daniel W. t.t.h. Menyoal Relevansi Sunnah dalam Islam Moden, Jakarta: Gemma Insani Prees.

al-Dhahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad. 1998. Siyar Aclam al-Nubala’, Beirut: Muassasah al-Risalah.

Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Kaedah Memahami Hadis-hadis yang Bercanggah, Johor: Jahabersa.

Ibnu Hajar al-‛Asqalani, Ahmad bin ‛Ali. 1379 H. Fath Al-Bari Bi Sharah Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Al-Ma‛rifah.

al-Kailani, Dr. Abd al-Razzaq. 1996. al-Haqaiq al-Tibbiyyah fi al-Islam. Damsyik: Dar Al-Qalam.

Muslim Ibn Hajjaj. Sahih Muslim. 1991. Beirut: Dar Ihya’ At-Turath Al- ‛Arabi.

Muhammad bin Yazid bin Majah. 1998. Sunan Ibni Majah, Beirut: Dar al- Kutub al-‛Ilmiyah

al-Nawawi, Yahya Ibn Sharaf. 1392 H. Sharah al-Nawawi ‛Ala Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ At-Turath Al-‛Arabi.

al-‛Uqaili, Abu Ja‛far Muhammad bin ‛Umar. 1998. al-Dhu‛afa’ al-Kabir, Beirut: Dar al-Kutub al-‛Ilmiyah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari