PENGURUSAN HARTA MELALUI HIBAH: KEPENTINGAN DAN MANFAAT DARI PELBAGAI ASPEK UNTUK KEMAJUAN UMMAH (Hibah Wealth Management: The Important and Benefit from Various Aspects for Ummah Development)

Rusnadewi Abdul Rashid, Nor Hisyam Ahmad

Abstract


ABSTRAK

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid  berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul. Dianggarkan sejumlah RM42 bilion harta pusaka orang Islam telah gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan masalah yang tertentu. Antara faktor yang dikenal pasti adalah berkait rapat dengan kurang keberkesanan dalam sistem pentadbiran dan juga sikap pewaris. Justeru melihat kepada masalah yang wujud, masyarakat perlu didedahkan dengan cara pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka. Ini memandangkan masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang, agama dan sosial. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang kepentingan perancangan harta dan kebaikan-kebaikan pelaksanaan hibah. Justeru itu, pemberian harta melalui hibah boleh diaplikasikan secara meluas pada masa kini bagi memberikan kebaikan kepada masyarakat.

ABSTRACT

Estate management planning in Islam is divided into two, during the lifetime and  after  the  death  of  property  owner.  Among  the  estate  planning  forms  of life are as gift inter vivos (hibah), bequest (wasiat), endowment, charity and vows. Meanwhile, the management of property after owner’s death is subject to law of succession (faraid). Although faraid has been playing a vital role in the division of succession property, the fact remains that the distribution of the property through this way may lead to some problems if it is not properly administered and truly understood. It is estimated about RM42 billion of the Muslims inheritance property could not be distributed to the legal heirs due to the certain reasons. Amongst the identified factors are particularly related to the lack of efficiency in administration system and also the attitude of the legal heirs. As the result of the occurrence of the problem, people should be exposed to the way of distribution of property during their lifetime as a mode of an early estate management planning to avoid any difficulties which may evolve regarding to the property distribution after their death. The failure of the distribution of said estates could lead to several bad implications in forms of legal, economic, religion and social perspective. This article aims to discuss the importance of estate planning and the benefits of the implementation of gift inter vivos (hibah). This form of estate planning can be applied widely in the current situation for the benefit of society.


Full Text:

PDF

References


Ghazali Ibrahim. 2001. RM 42 Billion Pusaka Belum Dituntut?. Kuala Lumpur: Inteampublishing.

Mohd Zamro Muda, Wafaa’ Yusof & Zamzuri Zakaria. 2006. Konsep harta dan kepentingan pengurusannya menurut perspektif Islam. Dlm. Zamzuri Zakaria, Siti Zalikhah Md Nor, Mat Noor Mat Zain, Mohd Zamro Muda, Md. Yazid Ahmad & Mohammad Zaini Yahaya (pnyt.). Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 10.

Salleh Buang. 1989. Malay customary tenure- A brief history survey. Dlm.

Judith Sihombing & Ahmad Ibrahim (pnyt.). The Centenary of the Torrens System in Malaysia, hlm. 34-42. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd.

Siti Zalikhah Md. Nor. 2002. Pengurusan wakaf, wasiat dan Hibah di Malaysia.

Dlm. Mohamad Zaini Yahaya, Abdul Basir Mohamad, Anwar Fakhri Omar & Mohd Zamro Muda (pnyt.). Isu Syariah dan Undang- undang Siri 11, hlm. 1.

Anon. 2002. Perlaksanaan Hibah harta. Massa 24-30 Ogos: 9.

Madihah binti Muhammad. 2007/2008. Pembuktian dalam kes pengesahan Hibah. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Yasmin bt Zakaria. 2003. Pelaksanaan Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Fiqh dan Usuluddin, Bhg Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Abdullah b. Muhamad. 2006. Isu-isu dan masalah-masalah dalam pengurusan pembahagian pusaka kecil. Dlm. Zamzuri Zakaria, Siti Zalikhah Md Nor, Mat Noor Mat Zain, Mohd Zamro Muda, Md. Yazid Ahmad & Mohammad Zaini Yahaya (pnyt.). Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 28.

Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang. 2006. Undang-undang pusaka Islam: pelaksanaanya di Malaysia. Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Putrajaya Sdn Bhd.

Abdullah b. Muhamad. 2005. Pusaka kecil: Penyelesaian berkesan ke arah kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Kertas Kerja Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil Bagi Penghulu/Penggawa. Anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara.

Naziree bin Md Yusof. 2006. Hibah dan aplikasinya di Malaysia. ShLR 2: 54-56.

Abu Isa Muhammad b. Isa. 1993. Sunan al-Tirmidzi. Terj. H. Moh.Zuhri. Kuala Lumpur: Victory Agencie.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari