PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR PENGAJIAN ISLAM IPTS TERHADAP ISU-ISU FAHAMAN ISLAM LIBERAL (The Perception on Liberal Islam Thoughts Among Islamic Studies Students in IPTS)

Mohd Fairuz Jamaluddin, Latifah Abdul Majid

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam di IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal. Persepsi yang dikaji adalah berhubung dengan dua isu yang diperjuangkan oleh fahaman tersebut iaitu isu aurat dan isu kebebasan beragama. Kajian ini memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai lokasi kajian yang melibatkan 100 responden iaitu pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda. Metodologi yang digunakan adalah gabungan dua metode utama kajian iaitu kajian analisis dokumen dan kajian tinjauan yang melibatkan pengedaran soal selidik serta temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah menolak kedua-dua isu yang diketengahkan oleh fahaman Islam Liberal. Namun yang demikian, terdapat juga sebilangan mereka telah memperlihatkan persepsi yang cenderung ke arah pemikiran Islam Liberal terhadap isu-isu tersebut. Justeru, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak KUIS berhubung dengan persepsi pelajar mereka mengenai isu-isu fahaman Islam Liberal.

ABSTRACT

The objective of this study is to identify the level of perception on Islam Liberal thoughts among IPTS students of Islamic Studies at Selangor International Islamic University College (KUIS). This study identifies their perception about Liberal Islam includes two issues brought up by Liberal Islam thoughts namely, religious  freedom  and  covering  the  body. International  Islamic  University College Selangor (KUIS) was chosen as the location of study involving 100 respondents  of  degree  students.  This  is  a  combination  of  analysis  document and  survey  research  involving  distribution  of  questionnaires  and  interviews. The  result  demonstrates  most  of  them  rejected  these  two  issues  brought  up by Liberal Islam thoughts. Nevertheless, some respondents’ perception was inclining toward Liberal Islam thoughts in those issues. Therefore, this study contributes in giving information to KUIS about the students’ perception on Liberal Islam thoughts.


Full Text:

PDF

References


Abdul Hafiz Abdullah & Abdul Rahim Jusoh. 2006. Persepsi Pelajar Terhadap Matapelajaran Titas (ULT1022): Satu Kajian di Kalangan Pelajar-pelajar Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli UTM. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).

Abdul Hafiz Haji Abdullah & Ahmad Syukri Yusof. 2006. Persepsi Pelajar Terhadap Kecenderungan Berpasangan di IPTA: Kajian Kes ke Atas Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding Seminar Falsafah Perkahwinan (29-30 Mac 2006: Kuala Lumpur).

Abdul Shukor Hj Husin. 2008. Pembangunan Islam Hadhari Melalui Pendidikan Islam Era Globalisasi. Dlm. Ibrahim Abu Bakar, Muhamad Muda & Mohammad Haji Alias (edt.). Pembangunan Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia, hlm. 219-237. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ann Wan Seng. 2009. Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Bharuddin Che Pa, Raja Hisyammudin Raja Sulong & Afriadi Sanusi. 2009. Usaha Membendung Pengaruh Islam Liberal: Kajian Terhadap Strategi Kiai Haji Ahmad Dahlan Dalam Memurnikan Ajaran Islam. Dlm. Abdul Karim & Roslan Mohd Nor (pnyt.). Islam Liberal Isu dan Cabaran, hlm. 177-194. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor Bahru: Jahabersa.

Khuzainey. t.th. Teknologi Internet Dalam Pendidikan: Ciri, Penggunaan, Aplikasi dan Multimedia Interaktif. http://www.scribd.com/doc/4762752/Peranan- ICT-Dalam-Pendidikan [20 Ogos 2011].

Marzuki Mohamad. 2009. Manifestasi Islam Liberal di Malaysia: Dimensi Politik dan Undang-Undang. Dlm. Abdul Karim & Roslan Mohd Nor (pnyt.). Islam Liberal Isu dan Cabaran, hlm. 157-176. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.

Mohammad Ariffin Bin Ismail. t.th. Cabaran Akidah Pemikiran Islam Liberal. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Mohamad Kamil Ab Majid & Wan Adli Wan Ramli. 2007. Pengajian Pemikiran Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Realiti dan cabaran. Dlm. Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan & Ab. Aziz Mohd Zin (edt.). Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, hlm.57-72.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohamad Khairi Othman & Mohd Nizho Abdul Rahman. 2006. Titas dalam Mendepani Cabaran Pembangunan Holistik: Kajian Minat dan Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingannya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).

Mohd Nasir Omar. t.th. Pengaruh Fahaman Islam Liberal di Indonesia dan Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Isu-isu Fahaman Islam Liberal. Anjuran Kumpulan Penyelidik Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) UKM-PP-O5-FRGS0063-2010, 17 Februari.

Mohe Online. 2008. Bilangan Pelajar dan Nisbah Gender Mengikut Peringkat Pengajian di IPTA, IPTS. KTAR, Politeknik dan Kolej Komuniti, Tahun 2007. http://www.mohe.gov.my/web_statistik/statistik_pdf_2008_05/ indikator_6-2.pdf. [2 September 2011].

Muhd. Najib Abdul Kadir, Muhybudin Hassan & Mazlan Ibrahim. 2007. Tafsiran Quran dalam Perspektif Jaringan Islam Liberal. Jurnal Islamiyyat. Jil. 29: 93-122.

Muhibbudin Hasan. 2004. Tafsiran Jaringan Islam Liberal: Kajian Analisis Metodologi dan Penyelewengan Tafsir Jaringan Islam Liberal Indonesia. Tesis Sarjana, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muslim Gunawan. 2005. Metodologi Ijtihad Versi Jaringan Islam Liberal: Satu Analisis Metodologi Ijtihad Jaringan Islam Liberal Indonesia. Tesis Sarjana, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Daud, Mohd Mustafa Ishak, Rohan Yusof & Che Su Mustafa. 1993. Persepsi Pelajar Islam di Universiti Pengajian Tinggi Terhadap Penggunaan Tulisan Jawi: Kajian Kes di Universiti Utara Malaysia. Prosiding Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan.

Norbaya Ahmad, Zatul Himmah Adnan & Adlina Ab. Halim. 2006. Persepsi Pelajar Terhadap Kursus Hubungan Etnik di UPM. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).

Nur Hasyimah Othman. 2010. Bila Aurat Disalah Faham. Al-Islam. Julai 14. Nur Farhana Abdul Rahman. 2010. Konsep Pluralisme Agama Dalam Aliran Liberal Islam. Tesis Sarjana, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adnan Fadhil. 2009. Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Kuala Lumpur: Jundi Resources.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari