THE IMPACT OF ALTERNATIVE MEDICINE ON THE SPREADING OF ISLAMIC DA’WA:THE RESULTS OF A CASE STUDY ON DARUL AL-SYIFA AT BANGI

Khalid Abdelhay Elsayed, Othman Talib

Abstract


ABSTRAK

Artikel ini melaporkan satu kajian kes ke atas Darul al-Syifa di Bangi, Malaysia bagi memastikan kesan perubatan alternatif terhadap penyebaran Islam (dakwah), peningkatan tahap kepercayaan dan pengetahuan agama Islam di kalangan pesakit. Kajian ini bertujuan mendefinisikan perubatan alternatif dan konsep yang relevan dan hukum syarak; mengenal pasti ciri-ciri bagi kejayaan pengamal perubatan itu dalam mengubati pesakit dan mengajak mereka memeluk Islam; mengenal pasti peranan pengamal dan meningkatkan paras kefahaman agama pesakit; dan mengukur kesan perubatan alternatif terhadap penyebaran Islam. Kajian itu cuba menjawab empat soalan: Bagaimana membuktikan impak perubatan alternatif terhadap penyebaran Islam? Adakah kesannya positif atau negatif? Bagaimana untuk mengukur kesannya? Adakah ia mempunyai impak terhadap peningkatan kepercayaan pesakit dan tahap pengetahuan agama pesakit? Satu kaji selidik telah diedarkan kepada para pesakit, pengamal dan lembaga pengarah Darul al-Syifa. Kajian ini menunjukkan paras pengetahuan pesakit mengenai perubatan alternatif, paras kedatangan untuk rawatan, sejauh mana mereka dipengaruhi oleh cara penyebaran pengamal di samping pengetahuan saintifik pengamal dan cara teratur rawatan serta cara menarik pesakit kepada Islam. Kajian ini juga mengenal pasti kesan perubatan alternatif terhadap penyebaran Islam berdasarkan kes kajian yang mengenal pasti objektif Darul al-Syifa, kaedah dakwah dan mengkaji sama ada perubatan alternatif sesuai dan menepati ajaran Islam. Hasilnya menunjukkan perubatan alternatif boleh menambah kepercayaan pesakit semasa dan selepas rawatan. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan di antara perubatan alternatif dengan perubatan moden. Para penyelidik itu merumuskan perubatan alternatif mempunyai kesan ke atas peningkatan paras kepercayaan di kalangan pesakit. Mereka juga mendapati sebahagian besar pesakit merasakan tahap kepercayaan mereka telah meningkat.

ABSTRACT

The article reports the results of a case study conducted on Darul al-Syifa at Bangi, Malaysia to discover the impact of alternative medicine on the dissemination of Islam (dakwah), the increase in the level of faith and religiosity among the patients. The aim of the study is to define alternative medicine and the relevant concepts and legal provisions; identify the characteristics for the practitioner’s success in treating patients and inviting them to Islam; determine the practitioner’s role in increasing the patients’ religiosity; and measure the impact of alternative medicine on the dissemination of Islam. The study attempts to answer four questions: How to prove the impact alternative medicine has on the dissemination of Islam? Is the impact positive or negative? How to measure this impact? Does it have an impact on increasing the patients’ faith and religiosity? A questionnaire was distributed to the patients, practitioners, and management board of Darul al-Syifa.The study shows the patients’ level of knowledge about alternative medicine, their turnout for treatment, the extent to which they have been influenced by the practitioners’ propagation in addition to the scientific knowledge of the practitioners, and their proper treatment and invitation to Islam. The study also identifies the impact of alternative medicine on the dissemination of Islam based on the case study which identifies the objectives of Darul al-Syifa, the methods for dakwah, and investigates whether alternative medicine meets the requirements of the Islamic religion. Results show that alternative medicine can increase the patients’ faith during and after treatment. A clear cut distinction between alternative medicine and modern medicine has been drawn. Thus, findings of the study reveal that alternative medicine has a positive impact on the dakwah. The researchers conclude that alternative medicine has an impact on the increase in the level of faith among patients. They also found that a large proportion of patient’s feel that their level of faith has grown.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim

al-Azhari, Abu Mansur Muhammad Bin Ahmad. 2001.Tahzib al-Lughah. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-A’rabiy.

al-Farahidi, Ibn Ahmad. Kitab al-‘Ain. T.tp.: Dar Wa Maktabah Hilal.

al-Fayyumi, Ahmad Bin Muhammad. T.th. al-Misbah al-Munir Gharib al-Sharh al-Kabir. Misr: al-Matba‘ah al-Maymaniah.

Ibidat, Muhammad Abu Nasr, Muhammad & Uqlah. 1999. al-Bahth al-Ilm, al-Qawa’id wa al-Marahil Wa al- Tatbiqat. al-Urdun: Dar Wayl.

Ibn ‘Abad, Al-Sahib.1994.Al-Muhit fi al-Lughah. Bayrut: ‘Alam Al-Kutub.

Ibn Manzur, Muhamad Bin Makram Al-’Afriqi. T.th. Lisan al-‘Arab .Bayrut: Dar Sadir.

al-Jawziyyah, Muhammad Bin Abi Bakr Ibn Qayyim. 1990. al-Tibb al-Nabawiy. Bayrut. Dar al-kitab al-‘Arabiy.

al-Ma‘ani, Abu al-barra’ Usamah Bin Yasin. 2000. al-Fawakih al-Dawani li Tib al-Nabawiy Wa al-Qur’aniy. Amman: Dar al-Ma’aliy.

al-Manawi, Muhammad Abdul Ra’uf. 1410H. al-Tawqif ‘Ala Muhimmat al- Ta‘rif. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mua‘asir.

Marwan, Ibrahim. 2000. ’Usus al-Bahth al-‘Ilmi li ’Adad al-Rasa’il al-‘Ilmiyyah. Al-Urdun: Mu’assasah al-Warraq.

Mirvat Ali. 2000. Usus Wa Mabadi’ al-Bahth al-Ilmi. Misr: Maktabat Wa Matbaah al-Isha’ al-Fanniah.

Mujamma’ al-Lughah al-‘Arabiyya. 1993. al-Mu’jam al-Wajiz. Misr: Wizarat al-tarbiyyah wa al-Ta‘lim.

Mujamma’ al-Lughah al-‘Arabiyya. 2004. al-Mu‘jam al-Wasit. Misr: Maktabah al-Shuruk al-Dawliyyah.

Rabhi‘ ‘Ulyan & Othman, Ghanim. 2000. Manahij wa ’Asalib al-Bahth al-‘Ilm: al-Nazariah wa al-Tatbiq. Amman: Dar al-Safa.

al-Razi, Muhammad Bin Abi Bakr.1995. Mukhtar al-Sihah. Bayrut: Maktabah Lubnan.

al-Sa‘diy, Abd al-Rahman Bin Nasir. 2000. Taysir al-karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. www.qurancomplex.com.

al-Sayyid, Khalid Abdilhay. 2009. Waraqat Mu’tamar: Athar al-Tib al-Badil fi Nashr al-Da‘wah al-Islamiyyah Natijah Dirasah Halah Dar al-Shifa. Kolokium Siswazah Pengajian Islam, 23-24 Disember 2009. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Wajdi, Muhammad Farid. 1973. Da’irat al-Ma‘arif al-Qarn al-‘Ishrin. Bayrut: Dar al-Ma‘arif.

al-Zahabiy, Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Ahmad. 1990. al-Tib al-Nabawiy. Bayrut: Dar ’Ihya’ al-‘ulum.

al-Zubaydi, Muhammad Bin Abd al-Razaq Al-Husayni. 1306H. Taj al-‘Arus Min Jawahir al-Qamus. Misr: Al-Matba’ah al-Qahiriyyah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari