PERLAKSANAAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN: SATU PEMERHATIAN TERHADAP OPERASI KUTIPAN & AGIHAN ZAKAT (Zakat Implementation in Federal Territory: An Observation on Zakat Collection & Distribution Operations)

Muhsin Nor Paizin

Abstract


ABSTRAK

Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan dan sumber pembangunan ekonomi Islam. Zakat berpotensi mengurangkan jurang kemiskinan di samping mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam setempat. Statistik menunjukkan peningkatan kutipan zakat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Melalui penelitian kepada statistik kutipan zakat di Wilayah Persekutuan, dapat dijangka angka kutipan zakat akan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya atas usaha-usaha dakwah yang telah dijalankan oleh institusi zakat. Tidak ketinggalan juga pelbagai perubahan dan perkembangan yang telah berlaku dalam aktiviti agihan zakat dibuktikan daripada pertumbuhan jumlah agihan dan aset yang dimiliki oleh badan bertanggungjawab. Pengenalan terhadap pelbagai bentuk dan skim-skim agihan zakat kepada masyarakat diharap dapat meningkatkan keyakinan pembayar untuk terus menunaikan kewajipan berzakat.  Namun,  institusi-institusi  zakat  ini  tidak  sunyi  dari  isu-isu  semasa  yang sentiasa  menjadi  kritikan  oleh  masyarakat.  Lantas,  kertas  akan  membincangkan usaha dan perlaksanaan operasi dari sudut kutipan dan agihan zakat berdasarkan pemerhatian serta menggariskan beberapa cadangan agar penambahbaikan yang lebih sesuai dan komprehensif dapat dilaksanakan. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah mempergiatkan usaha kempen dan dakwah zakat, juga aktiviti zakat yang lebih memberi manfaat kepada para asnaf serta menyeluruh. Pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan adalah bertujuan untuk membentuk pembangunan ekonomi yang baik bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara Islam.

ABSTRACT

Zakat is one of the financial instruments and resource of development to Muslim’s economy. Zakat have potential to reduce poverty while strengthening the economic position of local Muslims. Statistics show an increase zakat collection occurred in Federal Territory of Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. Through examine on the statistics of zakat collected in Federal Territory, Malaysia we can expected the collection figures will continue to increase in subsequent years from efforts that have been undertaken by  zakat  institution.  Various  changes  and  developments  also  have  occurred  in  the process of distribution zakat fund, proved by growth in the amount of distribution and assets owned by the responsible body. The introduction of a variety of shapes and zakat distribution schemes to the community is expected to boost the confidence of zakat payers to continue perform their obligations. However, these zakat institutions are not free from issues, which are often criticized by the public. Thus, the paper will discuss the operation and implementation of the collection and distribution of zakat based on observations and come out with some suggestions for improvement which are more suitable and can be implemented comprehensively. Among the suggestions is intensifying efforts to campaign and distributions activity must be more beneficial to the recipients as well as comprehensive. Comments and suggestions that have been presented are intended to create a favorable economic development in order to ensure the progress and prosperity of a nation of Islam.

 


Full Text:

PDF

References


A. Hidayat Buang. 1999. Kutipan dan Agihan Zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh 1985-1995: Satu Pemerhatian. Jurnal Syariah Jilid 7, Bil. 2, 1999: 141-156.

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993, Akta 505.

Amir Husin M.Nor. 2009. Peningkatan Kutipan Zakat Di Malaysia: Analisa Faktor. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 4, No. 2, 2010:79-94.

Laporan Tahunan MAIWP. 2012. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Laporan Zakat PPZ-MAIWP. 2012. Pusat Pungutan Zakat, MAIWP.

MAIWP. Zakat Bukan Sekadar Bantuan Fakir. Harian Metro, 9 Mac 2014: 32-33.

MAIWP.gov.my. Buku Panduan Proses Permohonan Skim-Skim Bantuan Baitulmal MAIWP. 10 Mac 2014. Dicapai pada 10 Mac 2014 di http://www.maiwp. gov. my / i / index . php / perkhidmatan - kami / muat - turun / category / 24 - buku - terbitan?download=63:buku-bantuan-baitulmal.

M. Rais Alias. 2004. Strategi Kutipan Zakat Di Kuala Lumpur, Malaysia. Kertas Kerja Zakat Awards 2004, Institut Manajemen Zakat, Dompet Dhuafa Republika, 21 Oktober 2004.

M. Yamin Ismail. 2007. Pelaksanaan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP), Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol.1, No. 2, 2007: 45-52.

Al-Qardhawi, Yusuf. 2011. Fiqh al-Zakah. Islamic Book Trust: Kuala Lumpur

Ram Al Jaffri Saad. 2013. Dana zakat dan Melayu Islam muflis. Malaysian Insider, 20 Disember 2013. Dicapai pada 11 Mac 2014 di http://www.themalaysianinsider. com/rencana/article/dana-zakat-dan-melayu-islam-muflis-ram-al-jaffri- saad#When:03:22:14Z

Rejal Arbee. 2013. Tidak harus ada fakir miskin keciciran bantuan. Berita Harian, 1 Ogos 2013: 31


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari