PERSPEKTIF GURU j-QAF TERHADAP ISLAM HADHARI: K AJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN DAER AH HULU LANGAT, SELANGOR (The Perception of j-QAF Teachers towards Islam Hadhari: A Study in National Primary Schools in Hulu Langat, Selangor)

M. Asrar Saidon, Badlihisham Mohd Nasir

Abstract


ABSTRAK

Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi dalam strategi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perspektif guru-guru Pendidikan Islam j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Islam Hadhari dari sudut konsepnya dan strategi mereka menyisipkan Konsep Islam Hadhari dalam perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari dalam amalan bilik darjah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian dokumen, temubual dan soal selidik. Responden dalam kajian terdiri daripada 81 orang guru j- QAF di sekolah kebangsaan terpilih Daerah Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian menunjukkan guru j- QAF mempunyai perspektif yang sederhana terhadap konsep Islam Hadhari; dan perspek tif  yang sederhana juga ditunjukkan pada Panduan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pend ekatan Islam Hadhari. Bagaimanapun, perspektif mereka tinggi terhadap kebolehupayaan mereka menyisipkan konsep Islam Hadhari di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekalipun begitu, perspektif mereka terhadap respons murid sewaktu konsep Islam Hadhari disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru j-QAF mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari.

ABSTRACT

Education dimension plays a vital role in generating qualit y human capital in fulf illing the Islam Hadhari mission. Part of the challenges in the approach of  developing  this  civilization  to  function  as  an  education strateg y  is  the variet y  of  perspective  against  Islam  Hadhari.  This study  aimed  to  analyze the  perspective  of  j- QAF  Islamic  Education teachers,  Malaysian  Education Ministr y on Islam Hadhari. The perspective being studied was on the concept of Islam Hadhari, and the insertion strateg y in the Islamic Studies teaching practices based on the Islam Hadhari approach. The study was conducted by doing librar y research, interviews and questionnaires. Eight y one respondents of j- QAF teachers teaching in selected national primar y schools in the district of Hulu Langat, Selangor participated in the study. Finding from this research showed that j-QAF teachers have medium perspective on the Islam Hadhari concept.  A moderate  level  was  also  referred  to  Islamic  Education  Studies Based on Islam Hadhari Curriculum Implementation Guidelines. Nevertheless, their  perspective  were  high  on level of diff iculties they faced in inserting the concept of Islam Hadhari in lesson and learning process. However, their perspective against pupils responses during the insertion of Islam Hadhari concept  in lesson and learning were moderate.  The findings also indicates that j-QAF teachers had high expectation on the effectiveness of the Islamic Education Curriculum based on Islam Hadhari approach.


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghaffar Surip. 2009a. Pengur usan Islam Hadhari di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Masalah Dan Cabaran. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Dak wah Dan Kepimpinan, Fak ulti Pengajian Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Ghaffar Surip. 2009b. Latar belakang, Masalah dan Cabaran Islam Hadhari. Pejabat Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor. Temu bual, 16 April.

Abdul Ghaffar Surip & Badlihisham Mohd Nasir. 2008. Konsep Islam Hadhari Perspektif Pegawai Hal Ehwal JAKIM. Kertas Seminar Dakwah, Kerohanian dan Qiadah, anjuran kumpulan penyelidik Dakwah, Kerohanian dan Qiadah Fakulti Pengajian Islam di Hotel Residen, U NITEN, 24 Januari.

Abdul Rafie Mahat. 2004. Sukatan Pelajaran K hatam al-Quran, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahmad Sarji Abdul Hamid. 1993. Ucapan Perasmian dalam SIBKI 2 – Siri Bengkel Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Hasnol Hadi Ayub. 2009. Sejarah dan latar belakang program j-QAF. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor. Temu bual, 2 April.

Mohammad Kamil Abdul Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2006. Islam Hadhari Sebagai Wahana Ilmu untuk Kecemerlangan umat Islam di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid et al. 20 08. Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. 2007. Opinions of female juvenile delinquents on communication, learning and violence. Journal of Correctional Education 58(1): 69-92.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari