JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (National Identity amongst Students of Higher Education Institutions)

Mohd. Yusof Othman, Jawiah Dakir, Abd. Latif Samian, Mohd. Safar Hasim, Noor Aziah Mohd Awal, Shamsul Azhar Yahya, Rosilawati Mohd. Hanapi, Noralina Omar, Mujahid Abu Bakar

Abstract


ABSTRAK 

Kekukuhan jati diri dalam kalangan generasi muda sering kali menjadi kebimbangan masyarakat, perkara tersebut memandangkan generasi muda lazimnya  terkenal  dengan  sifat-sifat  seperti  ingin  mencuba  suatu  yang  baru dan mudah terikut-ikut sedangkan generasi muda merupakan generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan meneliti tahap jati diri pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih di sekitar Lembah Kelang. Komponen jati diri yang dinilai dalam kajian ini ialah bahasa, adat, budaya, agama, patriotisme, integriti, idealisme dan sumbangan institusi. Semua komponen tersebut diteliti manifestasinya melalui pengetahuan, tingkah laku, emosi, nilai dan kepercayaan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data kajian. Alat ukuran jati diri dibina oleh kumpulan penyelidik. Seramai 800 mahasiswa lelaki dan perempuan dari empat IPTA terpilih dengan pelbagai tahun dan aliran pengajian dan terdiri daripada tiga etnik utama terpilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian ini mendapati hanya 54.6 peratus responden mempunyai tahap jati diri yang tinggi. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dari segi jati diri berdasarkan etnik (k<0.001). Kesimpulannya, tahap jati diri sampel kajian adalah agak membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan serius supaya ia tidak mengancam integriti nasional negara. usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengukuhkan jati diri rakyat negara ini.

ABSTRACT

The  concern  of  our  society  today  is  about  the  strength  of  identity  amongst young generation. This concern is due to the characters of young generation who  is  more  curious  and  love  to  try  new  things,  hence  easily  misled.  The young generation is our hope for the future to govern our country. This paper studies the strength level of identity amongst students of selective public higher educational institutions (PHEIs) in Klang Valley. The identity components measured in this study are language, tradition, culture, religion, patriotism, integrity, idealism, and institutional contribution. The manifestation of the components were analysed via knowledge, behaviour, emotion, value, and belief. This study was designed to utilise a quantitative approach with survey method. A  survey  questionnaire  was  constructed  as  a  research  instrument  to collect data for this study, and an identity measurement tool was also developed by this group of researchers. The participants are 800 male and female students from four selective PHEIs with different years and streams of studies as well as ethnics. The study found that only 54.6 percent of the respondents had a high level of identity strength. In addition, there was a significant difference between ethnics (p<0.001). In conclusion, the strength level of identity found by this study is alarming.


Full Text:

PDF

References


Burbank, H. 2010. German national identity: patriotism and stigma. Stanford undergraduate Research Journal, 9.

Chi-Huang. 2005. Dimension of Taiwanese/Chinese identity and national identity in Taiwan: a latent class analysis. Journal of Asian and African Studies, 40, 51-70.

Collet. B. A. 2007. Islam, national identity and public secondary education: perspectives from the Somali diaspora in Toronto. Race, Ethnicity and education, 10(2), 131-153.

De La Torre, C. 1997. La identidad nacional del cubano. Logos y encrucijadas de un proyecto. Revista Latinoamericana de Psicologia, 29, 223-241.

Desai, C. M. 2006. National identity in a multicultural society: Malaysian children’s literature in English. Children Literature in Education, 37(2),

-184.

Ismail Bakar. 2010. Sejarah kepimpinan dan politik ke arah pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari (hlm. 197-120). Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Ibrahim. 2010a. Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM.

Ismail Ibrahim. 2010b. 1Malaysia: pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari (hlm. 3-20). Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jaret, C. & Reitzes, D. C. 2009. Currents in a stream: college student identities and ethnic identities and their relationship with self-esteem, efficacy, and grade point average in an urban university. Social Science Quarterly, 90(2), 346-367.

Kurth, J. 2007. Religion and national identity in America and Europe. Society, 44(6), 120-125.

Matera, C., Giannini, M., Blanco, A. & Smith, P. B. 2005. Autostereotyping and national identity in the Spanish context. Interamerican Journal of Psychology, 39(1), 83-92.

Mendelsohn, M. 2002. Measuring national identity and patterns of attachment: Quebec and nationalist mobilization. Nationalism and Ethnic Politics, 8(3), 72-94.

Orang muda buta sejarah. 2010, 28 Oktober. utusan Malaysia, hlm.3.

Ramlah Adam. 2005. Kajian tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara di kalangan pelajar IPT. Geran Penyelidikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional.

Tan Bee Chu. 2010. Penghayatan Rukunnegara dalam latihan keguruan. Kertas kerja yang tidak diterbitkan. Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Tan Chee-Beng. 2000. Ethnic identities and national identities: some examples from Malaysia. Identities, 6(4), 441-480.

Tartakovsky, E. 2009. National identity of high-school adolescents in an era of socio-economic change: Russia and Ukraine in the Post-Perestroika period. Journal of Youth and Adolescence, 39. DOI: 10.1007/s10964-010-9509-6.

Wan Muhamad, S. A. A. 2010. Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari (hlm. 85-96). Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari