PENGGUNAAN BIOINFORMATIK BERSTRATEGIK SEBAGAI WADAH DAKWAH ISLAM (Using Bioinformatic Strategically for Islamic Da’wah)

Juhana Salim, Sharhida Zawani Saad, Mohd. Shahizan Othman

Abstract


Artikel ini menjelaskan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat dimanfaatkan bagi penyebaran ilmu pengetahuan berhubung ke-Esaan dan kebesaran kuasa Allah secara lebih berkesan. Bahagian awal artikel ini melaporkan penyelidikan yang dilaksanakan di kalangan pakar dalam pelbagai bidang untuk mengesahkan kenyataan saintifik yang terkandung dalam al- Qur’an dan Sunnah. Melalui pendedahan kepada penyelidikan  berkenaan dapatlah dirumuskan bahawa bidang bioinformatik boleh dimanfaatkan bagi membantu  dalam  mengenal pasti  ‘tanda-tanda’ saintifik  dalam al-Qur’an dan Sunnah yang masih belum dikenal pasti. Malah, dengan memetik ayat- ayat tentang kejadian alam dan makhlukNya bagi mencerminkan kekuasaan Allah dapat memperkukuhkan kepercayaan di kalangan masyarakat justeru menyokong ke arah usaha dakwah Islamiah yang lebih berkesan. Artikel ini menjelaskan kajian yang melibatkan pengekstrakan dan pengindeksan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang boleh diakses melalui internet bagi membolehkan pengesanan kepada kandungan al-Qur’an dan Hadith dengan lebih tepat dan mudah. Dalam kajian ini, penyelidik melaksana proses pengesanan ayat dalam al-Qur’an menggunakan perisian dan aplikasi platform bioinformatik serta kaedah pengekstrakan dan pengindeksan automatik. Hasil kajian ini menunjukkan sistem pengesktrakan yang telah dibangunkan boleh membantu pencarian kepada ayat al-Qur’an dan Hadith serta apa-apa yang berkaitan Islam.


Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an

Adams, K. 2001. The Web as Database: New Extraction Technologies and Content Management. http://searchenginewatch.com/webmasters/article. php/2167931 [9 June 2004].

Chawki, Mohamed. 2010. Islam in the Digital Age: Counseling and Fatwas at the Click of a Mouse. Journal of International Commercial Law and Technology 5(4): 165-180.

Hypertext Quran. 2005. http://www.sacred-text.com/isl/htq/ [30 January 2005].

Islamic City. Topic Index of the Qur’an. http://www.islamicity.com/mosque/TOPICI.HTM [27 January 2005].

Lacriox, Z. & Terence Crithlow (ed.) 2003. Bioinformatics: managing scientific data. San Francisco: Morgan Kaufmann.

Lili Nurliyana Abdullah, Aida Mustapha, Hamidah Ibrahim & Mahmoud Shaker. 2009. Information Extraction from Hypertext Mark-Up Language Web Pages. Journal of Computer 5(8): 596-607.

Miller, G. 2005. The Amazing Quran. Islamic Education Board. http://www. quran.org.uk/ieb_quran_gmiller.htm [27 January 2005].

MSA-USC Quran Database 2005. http://www.usc.edu/dept/MSA/reference/searchquran.html [27 January 2005].

Muhamad Razak Idris. 2005. Teknologi antara hikmah yang hilang dalam dakwah. Berita Harian, Januari 25: 8.

Qur’an and scientific knowledge. 2005. http://www.quran.org.uk/ieb_quran_scientific_knowledge.htm [27 January 2005].

Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh. 2004a. Need to use modern tools for dakwah. http://www.ikim.gov.my/bm/mediaa/2002-nst/ar02.nst9. htm [24 August 2004].

Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh. 2004b. Strengthening dakwah with technology. http://www.ikim.gov.my/bm/mediaa/2002-nst/ar02.nst10. htm [24 August 2004].

Sulaiman Nordin. 1995. Sains menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Miracle and Challenge of the Holy Qur’an. 2005. http://www.quran.org. uk/ieb_quran_challenge.htm [27 January 2005].

Zakir Abdul Karim Naik. 2001. The Qur’an and modern science: compatible or incompatible. Mumbai: Islamic Research Foundation (IRF).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari