Dur Al Jamaq Alfakahid Fi Tajdid Alfekah Alislami (The Role of Academy Fiqh in Reviving the Islamic Law)
Abstract
Para ulama Islam menyedari usaha atau konspirasi untuk memencilkan hukum Islam dari menjadi undang-undang rasmi negara-negara umat Islam. Mereka juga menyedari munculnya permasalahan-permasalahan baru yang tiada pandangan dan ijtihad berkaitan dengannya yang mana ianya sangat penting dalam kehidupan manusia, yang menyebabkan banyak berlaku kerumitan dan keraguan, dan saling berkait dengan disiplin lain, yang tidak terdapat penyelesaiannya dalam kitab-kitab fiqh warisan. Justeru, para ulama melihat keperluan untuk menghidupkan kembali ijtihad jama’i (ijtihad secara kolektif), sebagai cara terbaik untuk berijtihad kerana kesyumulan dan kedalaman pengetahuan dan metodologi ilmiah nya. Ia adalah cara terbaik yang memungkinkan para ilmuwan untuk mengatur pertemuan-pertemuan mereka, dan meneruskan tugas-tugas ijtihad mereka. Inilah yang disebut oleh ulama sebagai akademi fiqh (al-majma’ al-fiqhi). Kita telah melihat banyak ilmuwan yang menyuarakan penubuhan akademi fiqh sebagaimana bentuk akademi ilmiah yang lain seperti Akademi Bahasa Arab, demi mencapai hasrat umat Islam untuk memperbaharui dan memperkembangkan hukum Islam. Akademi ini akan menjadi wasilah untuk menonjolkan kepentingan mengistinbatkan hukum secara kolektif tanpa mengabaikan ijtihad secara individu. Perbincangan adalah menyentuh beberapa perkara, iaitu: definisi akademi fiqh, tujuannya, cara penubuhannya, autonominya, tugas-tugas utama, perbincangan tentang akademi-akademi yang telah ditubuhkan seperti Akademi Penyelidikan Islam di Kaherah, Akademi Fiqh Islam di Makkah dan Akademi Fiqh Islam di Jeddah. Hasil kajian ini mendapati: Pertama: cara terbaik melakukan ijtihad secara kolektif adalah melalui pembentukan akademi fiqh,
yang menghimpunkan ilmuwan dari negara-negara Islam dari pelbagai ilmu dan bidang. Kedua, akademi fiqh mesti berusaha mencapai beberapa objektif: mengambil berat isu-isu umat dan yang memberikan penyelesaian hukum yang bersesuaian, berusaha menyatukan perundangan semua negara-negara Islam, untuk menjadi inti kesatuan umat Islam dan memperkaya hukum Islam. Ketiga: akademi fiqh harus beriltizam dengan beberapa prinsip-prinsip umum, yang membuatnya menjadi mercu suar ilmu pengetahuan, dan menjadi asas kepada kebangkitan Islam. Akademi fiqh juga harus menjauhkan unsur pengaruh hawa nafsu dan dominasi pemerintah. Ia juga harus menegakkan kemerdekaan berfikir dan kebebasan mengeluarkan pendapat dan kecenderungannya harus bersifat umat berbanding pemerintah. Ia juga harus bebas dari tekanan politik, ekonomi dan sosial dan sebagainya.
Full Text:
PDFReferences
al-Bari, Zakariya. 1981. Al-Ijtihad Fi al-Syariah al-Islamiyyah. Jurnal al-Maj- lis al-Ilmi. Bil. 20. Arab Saudi: Universiti al-Imam Muhammad Ibn Su’ud al-Islamiyyah.
al-Dusuqi, Muhammad. 1987. Al-Ijtihad Wa al-Taqlid Fi al-Syari’ah al-Islami- yyah. Qatar: Dar al-Thaqafah.
Ibn Manzur. 1965. Lisan al-A’rab. Beirut: Tab’ah Dar Sadir.
Ismail, Sha’ban Muhammad. 1998. Al-Ijtihad al-Jama’i Wa Dawr al-Majami’ al-Fiqhiyyah Fi Tatbiqih. Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.
al-Qaradawi, Yusuf. 1994. Al-Ijtihad al-Mu’asir Bayn al-Indibat Wa al-Infirat. Al-Qaherah: Dar al-Tawzi’ Wa al-Nasyr al-Islamiyyah.
al-Qaradawi, Yusuf. 1997. Al-Ijtihad Fi al-Syari’ah al-Islamiyyah. Al-Qaher- ah: Maktabah Wahbah.
al-Sharafi, Abd al-Majid al-Susuwah. 1998. Al-Ijtihad al-Jama’i Fi al-Tashri’ al-Islami. Silsilah Kitab al-Ummah. Bil. 62. Qatar: Wazarah al-Awqaf Wa al-Shu’un al-Islamiyyah.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2010-0202-06
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari