PERCANGGAHAN QANUN ACEH NOMBOR 7 TAHUN 2013 TENTANG HUKUM ACARA JENAYAH DAN PERATURAN GUBERNUR TAHUN 2018 NOMBOR 5 TENTANG PELAKSANAAN HUKUMAN ACARA JENAYAH (The Conflict Between Aceh Qanun Number 7 of 2013 on Jenayah Procedural Law and Governor Regulation Number 5 of 2018 on the Implementation of Jenayah Procedural Punishments)

Ikramsyah Irwali, Wan Zulkifli Wan Hassan, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Imam Kamaluddin

Abstract


ABSTRAK

Makalah ini menganalisis percanggahan antara Qanun Aceh Nombor 7 Tahun 2013 tentang Hukum Acara Jenayah dan Peraturan Gubernur Aceh Nombor 5 Tahun 2018 yang berkaitan dengan penentuan lokasi serta tatacara pelaksanaan uqubat sebatan. Qanun Aceh memperuntukkan bahawa hukuman sebatan hendaklah dilaksanakan di tempat terbuka dan dapat disaksikan oleh masyarakat awam, selaras dengan prinsip keterbukaan peradilan serta fungsi pendidikan dan pencegahan sosial dalam kerangka perundangan Islam. Sebaliknya, Peraturan Gubernur Aceh Nombor 5 Tahun 2018 mengehadkan pelaksanaan hukuman tersebut kepada kawasan institusi pemasyarakatan, sekali gus menimbulkan ketegangan normatif dari sudut hierarki perundangan, keadilan prosedural dan legitimasi sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan doktrinal dan komparatif melalui analisis teks perundangan, sorotan literatur akademik serta laporan institusi berkaitan bagi menilai keselarasan antara  norma substantif dan peraturan pelaksana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Peraturan Gubernur Aceh berpotensi melangkaui bidang kuasa yang diperuntukkan serta mengubah ratio legis Qanun Aceh, khususnya berkaitan prinsip keterbukaan pelaksanaan hukuman. Ketidakselarasan ini bukan sahaja mewujudkan ketidakpastian undang-undang, malah berisiko menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi peradilan syariah. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan keperluan harmonisasi perundangan sama ada melalui pindaan peraturan sedia ada atau mekanisme semakan kehakiman bagi memastikan konsistensi norma, kepastian undang-undang dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan syariat Islam di Aceh.

ABSTRACT

This article examines the conflict between Aceh Qanun Number 7 of 2013 on Jenayah Procedural Law and Aceh Governor Regulation Number 5 of 2018 concerning the location and procedural aspects of the implementation of caning punishment (uqubat whipping). The Aceh Qanun stipulates that caning punishment shall be carried out in an open space and be observable by the public, reflecting the principles of judicial openness as well as the educational and preventive functions of Islamic criminal law. In contrast, the Governor Regulation restricts the implementation of the punishment to correctional institutions, thereby generating normative tension in terms of legal hierarchy, procedural justice, and social legitimacy. This study adopts a doctrinal and comparative approach by analysing statutory texts, relevant academic literature, and institutional reports to assess the coherence between substantive norms and implementing regulations. The findings indicate that the Governor Regulation
potentially exceeds its delegated authority and alters the ratio legis of the Aceh Qanun, particularly with regard to the principle of openness in the execution of punishment. Such normative inconsistency not only creates legal uncertainty but also risks undermining public trust in the legitimacy of the Shariah judicial system. Accordingly, this article argues for the necessity of legal harmonisation, either through regulatory amendment or judicial review mechanisms, to ensure normative consistency, legal certainty, and sustained public acceptance of the implementation of Islamic law in Aceh.


Full Text:

PDF

References


Al-Ghazali. 2020. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar Al-Kutub Al- ‘Ilmiyyah.

Amnesty International. 2021. Flawed Justice: Caning as Torture in Aceh. London: Amnesty International.

Amnesty International. 2021. Indonesia: Public Caning in Aceh. London: Amnesty International.

Asshiddiqie, J. 2019. Pengantar Ilmu Perundang-undangan. Jakarta: Rajawali Pers.

Auda, J. 2008. Maqasid al-Shariah as Philosophy of Islamic law. London: The International Institute of Islamic Thought.

Bowen, G. A. 2009. Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal 9(2): 27–40.

Faizin, D. 2021. Pandangan ulama Aceh terhadap hukuman cambuk di penjara. Syarah 10(1): 21–40.

Faizin, M. 2021. Hukuman cambuk dan maqasid syariah di Aceh. Al-Ahkam: Jurnal Ilmu Syariah dan Hukum 31(2): 215–234.

Fauzi, N. 2023. Hukuman sebatan dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap pelaksanaan syariat di Aceh. Jurnal Hadhari 15(2): 89–105.

Hamzah, M. A. 2024. Hierarki perundangan dan konflik norma dalam pelaksanaan peraturan daerah. Jurnal Hadhari 16(1): 23–40.

Hooker, M. B. 2008. Indonesian Syariah: Defining a National School of Islamic Law. Singapore: ISEAS Publishing.

Human Rights Watch. 2021. Indonesia: Aceh’s Caning Punishments Violate Human Rights. New York: Human Rights Watch.

Human Rights Watch. 2021. Indonesia: Aceh’s Public Caning Violates Human Rights. New York: Human Rights Watch.

Ibrahim, J. 2018. Teori dan Metodologi Penelitian Hukum Normatif. Malang: Bayumedia.

Iskandar, R. & Mahmud, S. 2022. Qanun Aceh dan autonomi perundangan: Kedudukan dan implikasinya dalam sistem perundangan Indonesia. Jurnal Hadhari 14(1): 1–18.

Ismail, Z. 2021. Hukum Islam dan Pelaksanaannya di Indonesia. Jakarta: Prenada Media.

Latif, A. 2023. Hukuman cambuk dan kesedaran sosial masyarakat Aceh. Jurnal Hukum & Pembangunan 53(1): 89–110.

Latif, R. 2023. The practice of Islamic criminal law in Aceh: Between deterrence and symbolism. Journal of Southeast Asian Studies 54(2): 145–162.

Muhaimin, A. 2024. Social justice and taʿzir punishment in Aceh. Indonesian Journal of Islamic Criminal Law 6(1): 55–74.

Muhaimin. 2024. Keadilan prosedural dalam peradilan jenayah Aceh. Jurnal Rechtsvinding 13(1): 45–63.

Muhaimin. 2024. Persepsi keadilan prosedural dalam pelaksanaan hukum jenayah di Aceh. Jurnal Hukum & Pembangunan 54(1): 89–112.

Peraturan Gubernur Aceh Nombor 5 Tahun 2018 tentang Pelaksanaan Uqubat Cambuk. Qanun Aceh Nombor 7 Tahun 2013 tentang Hukum Acara Jenayah.

Rahman, A. & Zainal, M. Z. 2022. Pelaksanaan syariat Islam dan cabaran hak asasi manusia di Aceh: Analisis kritikal terhadap hukum jenayah. Jurnal Hadhari 14(2): 45–62.

Rahman, H. & Abdullah, M. 2025. Economic disparity and the execution of taʿzir penalties in Aceh. Asian Journal of Law and Society 12(1): 33–49.

Rawls, J. 1999. A Theory of Justice (rev. ed.). Cambridge, MA: Harvard University Press.

Republik Indonesia. 2013. Qanun Aceh No. 7 Tahun 2013 Tentang Hukum Acara Jenayah. Banda Aceh: Pemerintah Aceh.

Republik Indonesia. 2018. Peraturan Gubernur Aceh No. 5 Tahun 2018 Tentang Pelaksanaan Hukum Acara Jenayah. Banda Aceh: Pemerintah Aceh.

Salim, A. 2018. Challenging the Secular State: The Islamization of Law in Modern Indonesia. Honolulu: University of Hawai‘i Press.

Salim, M. 2018. Hukum Pidana Islam dan Relevansinya di Indonesia. Jakarta: Kencana.

Tyler, T. R. 2006. Why People Obey the Law (2nd ed.). Princeton: Princeton University Press.

Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 11 Tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh.

Yaqin, A. 2019. Legal Research and Writing. Selangor: LexisNexis.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2026-1801-06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari