Ilmu Perubatan Melayu Tradisional dari Naskhah-Naskhah Lama (Traditional Malay Medicine from Old Malay Texts)
Abstract
ABSTRAK: Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional daripada sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah daripada koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”. Skop perbincangan termasuk kandungan beberapa naskhah Kitab Tib yang dipilih, liputan daripada segi nama dan bentuk penyakit, kaedah rawatan, ubat, proses pembuatan ubat, bahan dan ramuan, kaedah penggunaan, pantang larang dan cara pencegahan penyakit. Dibicarakan juga khasiat perubatan beberapa jenis ramuan, khususnya daripada jenis herba yang ada hubungannya dengan pengubatan dan pemakanan untuk kesihatan secara umum. Rujukan khusus perbincangan ini ialah Kitab Tajul Muluk, sebagai sebuah kitab tib yang tipikal dan Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 hasil daripada kajian dan selenggaraan penulis; sementara pemilihan aspek dan item yang di bincang ialah yang mempunyai perkaitan dan kerelevanannya dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia masa kini.
Kata kunci: Perubatan tradisional Melayu, manuskrip Melayu; Kitab Tib; masyarakat Melayu
ABSTRACT: This article discusses knowledge of Malay traditional medicine from written sources such as manuscripts or old Malay texts kept in various collections in the world. The principal source is the collection of the Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia which holds approximately 40 titles on “Kitab Tib” or traditional medicine. Scope of discussion includes the contents of several selected Kitab Tib, encompassing names and types of diseases, method of treatment, remedies, process of preparing remedies, materials and ingredients used, method of application, taboos and ways of preventing diseases. Also discussed are nutritional value of a number of remedies in general, particularly those from herbs associated with medicine and nutrition for health. The discussion makes particular reference to Kitab Tajul Muluk, a typical text on traditional medicinal and the Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 which was published from the author’s research; whereas the selection of topics and items discussed are connected and relevant in the context of contemporary life of Malaysian society.
Keywords: Malay traditional medicine; Malay manuscripts; Kitab Tib; Malay society
Full Text:
PDFReferences
Abdul Razak Abdul Karim. 2008. Kitab Tib Pontianak - Kajian dari Segi Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Samad Ahmad. 1983. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ding Choo Ming. 2002. Khatijah Terong dengan karyanya Perhimpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan. Jurnal Filologi Melayu 10: 19-33.
Harun Mat Piah. 2006. Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Mohd. Hilmi Bin Abdullah. 2006. Tatacara Penjagaan Kesihatan Menurut Ibnu Sina. Kota Bharu: Pustaka Hilmi.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia