Penilaian Semula Hitungan Waktu Subuh di Alam Melayu (Re-evaluation of Calculation of the Dawn Prayer Time in the Malay World)

KASSIM BAHALI, ABDUL LATIF SAMIAN, NAZRI MUSLIM, NURUL SHAZANA ABDUL HAMID

Abstract


ABSTRAK: Jadual waktu solat dewasa ini, ditentukan dengan kaedah hitungan falak dan tidak lagi berdasarkan cerapan tanda alam. Bagi penentuan waktu subuh di Alam Melayu, hitungan dilakukan berdasarkan sudut tunduk matahari pada 19° dan 20° di bawah ufuk. Kajian ini bagi menilai sejauh mana waktu subuh yang dihitung dan diterbitkan oleh agensi agama bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit. Kajian dijalankan dengan kaedah pengimejan kamera Kanta Pemantul Tunggal Digital, DSLR (Digital Single Reflex Lens) di 22 lokasi di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand antara Februari 2017 hingga September 2018. Kajian mendapati waktu subuh yang di hitung tidak menepati waktu sebenar terbit fajar. Purata perbezaan antara waktu subuh yang diterbitkan dengan waktu sebenar fajar terbit adalah 11.4 minit. Kekerapan perbezaan tersebut yang paling tinggi ialah antara 9 hingga 12 minit. Kekerapan perbezaan tersebut adalah sama di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Daripada kajian ini, purata sudut tunduk matahari ketika fajar terbit adalah 17.15° di bawah ufuk. Nilai ini berbeza dengan nilai sudut yang digunakan hari ini (19° dan 20°) dalam hitungan waktu subuh di Alam Melayu. Daripada dapatan kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa agama membuat koreksi terhadap waktu subuh yang diterbitkan agar bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit.

Kata kunci: Fajar; waktu subuh; kamera DSLR; sudut tunduk matahari; hitungan falak

 

ABSTRACT: The current prayer schedule is determined by the astronomical calculation method and no longer based on observations of the signs of nature. Determination of the dawn prayer time in the Malay World is based on the sun depression angle at 19° and 20° below the horizon. This study is to evaluate to which extent the calculated dawn prayer time published by the religious agency coincides with the actual time of the sun rise. The study was conducted using a Digital Single Reflex Lens (DSLR) camera at 22 different sites located in Malaysia, Indonesia, and southern Thailand between February 2017 until September 2018. The study found that the calculated dawn prayer time did not meet with the actual time of the rising of the dawn. The average difference between the published dawn time compared with the actual time of dawn is 11.4 minutes. The highest frequency of these differences is between 9 and 12 minutes. The frequency of these differences is similar in Malaysia, Indonesia, and southern Thailand. The findings show that the average sun depression angle at dawn was 17.15 ° below the horizon. This value differs from the angle used today (19° and 20°) in the Malay world. In this regard, the findings imply for a correction to the published dawn prayer schedule so that it is coincide with the actual time of the rising of the dawn.

Keywords: Dawn; subuh prayer time; DSLR camera; sun depression angle; astronomical calculation


Full Text:

PDF

References


Abdul Latif Samian. 2009. Al-Quraan dan Sunah dalam Falsafah Sains. Dlm. Wacana Sejarah dan Falsafah Sains. Sains dan Masyarakat, disunting oleh Mohd. Yusof Hj. Othman. Kuala Lumpur: DBP.

Abdul Rahman Saleh. 1959. Qawaidul Miqat. Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

A.H. Hassan & Yasser A. Abdel-Hadi. 2014. Naked Eye Determination of the Dawn at Tubruq of Libya Through Four Years Observations. Middle-East Journal of Scientific Research 23(11): 2627-2632.

Arwin Juli Rakhmadi Butar-Butar. 2018. Fajar & Syafak dalam Kesarjanaan Astronom Muslim dan Ulama Nusantara. Yogyakarta: LKiS.

Baharrudin Zainal. 2009. Etnomatematik dalam Ilmu Falak Alam Melayu. Tesis Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia.

Baharrudin Zainal. 2015. Penggunaan Sudut Kedalaman Matahari bagi Waktu Isyak dan Subuh Bersumberkan Naskhah Falak Negeri Kelantan. Munaqasyah Ilmiah Falak 2015. Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Berry.R & Burnell.J. 2005. The Handbook of Astronomical Image Processing. Richmond, VA: USA. Willmann-Bell. Inc.

David A. King. 2004. In Synchrony with The Heavens, Studies in Astronomical Timekeeping and Instrumentation in Medival Islamic Civilization, Vol. 1, The Call of the Muezzin. Brill Leiden Boston.

Dhani Herdiwijaya. 2016. Sky brightness and twilight measurements at Jogyakarta city, Indonesia. Journal of Physics: Conference Series 771(1).

Hardi Bin Mohamad Sadali, Jasni Bin Sulong & Abdul Halim Bin Abdul Aziz. 2009. Kajian Kecerahan Langit Bagi Penentuan Awal Waktu Subuh. Tesis Sarjana Universiti Sains Malaysia.

Hiscocks, P. 2014. Measuring Luminance With a Digital Camera, viewed 2018/10/20, http// : www.syscomdesign.com

Kassim Bahali & Nazri Muslim. 2010. Kompleks Falak Al-Khawarizmi: Peranan dan Sumbangannya dalam Menyebarkan Ilmu Falak dalam Alam Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains & Teknologi di Alam Melayu (Salam 1). Institut Alam & Tamadun Melayu. UKM.

Kassim Bahali, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim & Nurul Shazana Abdul Hamid. 2018. Measuring the Sun depression angle of dawn with a DSLR camera. Journal of Sains Malaysiana 47(11).

Kolláth, Z. 2010. Measuring and modelling light pollution at the Zselic Starry Sky Park. J. Phys.: Conf. Ser. 218 012001. DOI: https://dx.doi.org/10.1088/1742-6596/218/1/012001.

Md. Khair Md Taib. 1987. Takwim Hijriah Khairiah. Bangi: Penerbit UKM.

Muhammad Saleh Harun. 2005. Pedoman Bahagia. Khazanah Fataniyah: Kuala Lumpur.

Nur Nafhatun Binti Md. Shariff. 2008. Sky Brightness at Twilight: Detectors Comparison Between Human Eye and Electronic Device for Pcpiushuā’ & Ṣubḥ from Islamic and Astronomical Considerations. Tesis Sarjana Universiti Malaya.

Saadoe’ddin Djambek. 1953. Almanak Djamilah. Tintamas Jakarta. https://www.bukalapak.com/ [19/1/2019].

Sheikh Tahir Jalaludin. 1938. Pati Kiraan Pada Menyatakan Waktu Yang Lima Dan Hala Qiblat Dengan Logaritma. Singapura: Al-Ahmadiah Press.

Siti Asma’ Mohd Nor & Mohd Zambri Zainuddin. 2012. Sky Brightness for Determination of Fajr and Isha Prayer by Using Sky Quality Meter. International Journal of Scientific & Engineering Research 3(8).

Susiknan Azhari. 2013. Awal Waktu Salat Subuh di Dunia Islam. Panitia Konferensi Internasional Fakultas Syariah & Hukum UIN Alauddin Makassar.

Umar Nurudin. 1924. Syamsul Fathiyah dalam Kumpulan Tulisan Hisab dan Falak Haji Umar bin Nurudin Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan, koleksi Haji Wan Muhammad Shaghir bin Haji Wan Abdullah. Khazanah Fataniah. KL.2005.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia