Struktur dan Unsur Estetika dalam Mantera Kaul Melanau di Mukah (The Structure and Aesthetic Elements of the Mukah Melanau Kaul Incantation)
Abstract
ABSTRAK: Suku Melanau di Sarawak merupakan salah satu suku peribumi yang berdepan dengan ancaman kepunahan kebudayaan tradisional akibat beberapa faktor seperti urbanisasi, Islamisasi dan sebagainya. Aspek kebudayaan mereka, walaupun telah banyak diteliti sebelum ini namun masih terdapat lompong-lompong ilmu yang perlu diisi dan diperhalusi. Kajian ini berfokus pada mendeskripsi dan menganalisis mantera yang dibacakan semasa upacara memuja laut, iaitu upacara Kaul. Di daerah Mukah, Kaul diadakan oleh suku Melanau pada setiap bulan April, iaitu di akhir musim tengkujuh. Upacara ini diadakan untuk meminta Ipok-ipok (dewa laut) memberkati rezeki penduduk Melanau supaya makmur daripada segi hasil penangkapan laut dan pertanian pada musim yang baru. Hasil kajian mendapati bahawa struktur binaan mantera kaul mempunyai struktur yang sistematik dan tersusun dengan bermula daripada kata pembuka, ucapan mempelawa Ipok-Ipok (dewa laut) menjamu selera, menyatakan permintaan dan penutup mantera. Analisis terhadap kandungan mantera didapati bahawa mantera ini kaya dengan ciri estetika kesusasteraan, misalnya mengandungi alusi, anaphora, repeten, epifora dan hiperbola.
Kata kunci: Mantera; kebudayaan; Melanau; Kaul; struktur; estetika.
ABSTRACT: The Melanau tribe in Sarawak is one of the indigenous tribes which are now facing the threat of traditional cultural extinction due to several factors such as urbanization, Islamization and many others. Despite many studies conducted about the tribe, studies on spells and sea traditions received little attention. This study therefore describes about the spells read during the rite of the sea during the Kaul ceremony. In the area of Mukah, Kaul is held by the Melanau people at the end of the monsoon season in April. The ceremony was held to seek the blessing and prosperity from sea deity called Ipok-ipok. The findings show that the construct of the vow’s is spelled in a very systematic manner for which it is begin with the opening words, the greeting of the Ipok-Ipok (the god of the sea) to dine, claiming the spell request and closing. An analysis of the mantra content also found that this mantra is rich in aesthetic characteristics of literature, such as alusi, anaphora, repeten, epifora and hyperbole.
Keywords: Incantation; culture; Melanau; Kaul, structure; aesthetic
Full Text:
PDFReferences
Awang Azman Awang Pawi & Jeniri Amir. 2001. Kaul: Suatu interprestasi sosio budaya. Kota Samarahan: Penerbit UNIMAS.
Chou Shu Hsiu. 2002. A Reconstruction of Proto. Melanau. Tesis Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jeniri Amir. 2015. Masyarakat Melanau di Sarawak. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Jasman Bin Bandar. 2015. Mantera dalam budaya Banjau Pitas. Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah.
Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keraf, Gorys. 2004. Argumentasi dan narasi: Lanjutan komposisi III. Jakarta: Fukuzawa Pustaka Utama.
MacDonald, M. 1985. Borneo people. Singapore: Oxford University Press.
Morris, H.S. 1978. The Coastal Melanau. Essays On Borneo Societies, ed. Victor T. King, 37- 58. Oxford: Oxford University Press.
Noriah Taslim. 2010. Lisan dan Tulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurulain Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. 2016. Retorik naratif dalam novel “Orang Kota Bharu”. Jurnal IMAN. 4(2): 13-22.
Pan Hui. 2017. Pengkajian Kaul Melanau Mukah dan Unsur Estetik dalam Manteranya. Tesis Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rubenstein, C. 1973. Notes on Melanau Songs. Sarawak Museum Journal XXI (42 Part I & II): 695-721.
Sabrina Binti Md. Ismail. 2013. Laras mantera Melayu dari aspek teks dan konteks. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.
Skeat, W.S. 1949. Semah (Menyemah). Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society XXII (Part I): 181-182.
Yasir Abdul Rahman. 1987. Melanau Mukah: Satu kajian budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia