Perbandingan Kepengarangan Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Milenium (Authorship Comparison of Royal Malay Poetry: Perak-Johor Millennium Era)

ROSNANI IBRAHIM

Abstract


ABSTRAK: Artikel ini membincangkan kepengarangan dua penyair syair diraja Melayu pada era milenium. Syair, satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana dalam era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19. Pada era ini, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Walau bagaimanapun, corak kepengarangan sedemikian mula melemah, apabila berkembangnya sastera moden. Kehadiran kuasa Barat membawa corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre. Akibatnya, syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah penulisan. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) rakaman terakhir sejarah golongan diraja. Pada era milenium ini muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) oleh Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom. Kedua-dua penulis ini menjadikan raja sebagai idea kepengarangan. Persoalannya, apakah idea yang ingin disampaikan oleh kedua-dua penulis ini dalam mempersembah penceritaan berhubung raja-raja mereka? Bagi menjawab persoalan ini, kedua-dua teks syair diraja ini telah dijadikan sampel kajian. Teori perbandingan sastera diapliaksi dalam usaha untuk meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah diraja pada era milenium. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan terdapat persamaan kepengarangan dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. Dapatan ini meliputi tiga skop iaitu keluhuran, nasab keluarga dan pendidikan.

Kata kunci: Kritikan sastera; teori perbandingan; kepengarangan; syair diraja; syair milenium

 

ABSTRACT: The authorship of two poets from the millennium Malay poetry is discussed in this article. Poetry is one of the greatest achievements of palace writers from the sixteenth through the nineteenth centuries. Storytelling and glorification of Sultans established the idea of authorship throughout this period. As modern literature grew, however, the pattern of such authorship began to wane. The existence of Western power results in a pattern of authorship that is multi-form and genre-shaped. Poetry is no longer an option as a writing platform. The latest documentation of the royals’ history is Syair Riwayat Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). Two works appeared in the millennium era: Mohd Ibrahim bin Said’s Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) and Maskiah binti Masrom’s Syair DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018). Both authors turned the king into a literary subject. To get to the bottom of it, what concept did these two authors utilise to narrate their kings? Both royal manuscripts were used as research samples. The comparative literary theory was used to investigate their authorship in providing the idea of chronicling the monarch’s history in the millennium age. For the samples, intrinsic study methods were also applied. The study discovered that authorship and upholding the king had commonalities in three areas: sublimity, familial history, and education.

Keywords: Literary criticism; comparative theory; authorship; royal poetry; millennial poetry


Full Text:

PDF

References


Abdul Hadi W.M. 1995. Hamzah Fansuri Risalah Tasawuf dan Puisi-puisinya. Bandung: Penerbit Mizan.

Abdul Rahim Ramli. 2013. Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012. Johor Bahru: Penerbit UTM Pres.

Ali Ahmad & Siti Hajar Che’Man. 1996. Sastera Melayu Warisan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. 2003. Tokoh-tokoh Batu Gajah Perak. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

DYMM Sultan Johor-Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Diakses dari http://johor. gov.my, kerajaan.

Hassan Mahmud Al-Haffiz. 1986. Pelajaran Ilmu Tajwid AlQuran Rasm Usmani. Kuala Lumpur: Dinie Pulisher.

Ibrahim Mohd Said. 2006. Syair Sultan Azlan Shah, Putera Berjiwa Rakyat. Kuala Lumpur: Jabatan Arkib Negara.

Irham Aqil bin Zulkifli. 2018. Kesultanan Perak “Menjejaki Makam Para Sultan. Kuantan: Geruda Merah Press.

Jelani Harun. 2015. Jurnal Iman. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga Sebuah karya Agung Terengganu

Mana Sikana. 1988. Khazanah Islam Falsafah dan Kesusasteraan. Selangor: Penerbit Karyawan.

Masjid Toh Puan Besar Hatijah Batu Gajah. Diakses dari agar kutidaklupa.blogspot.com.

Maskiah Masrom. 2018. Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Johor Bahru: Jabatan DiRaja Johor, Istana Besar.

Muhamamd Yusuf Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nikmah Sunardjo, Sulistiati & Yeni Mulyani. 2001. Analisis Struktur dan Nilai Budaya Syair Bertema Sejarah: Syair Sultan Mahmud di Lingga. Syair Perang Banjarmasin dan Syair Raja Siak. Jakarta: Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional.

Noriah Mohamed. 2001. Syair Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar di Negeri Johor. Johor: Yayasan Warisan Johor.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia