Implikasi Konflik dalam Kalangan Pembesar Melayu dan Kesannya terhadap Perkembangan Sejarah Lukut, 1824-1880 (The Implications of Conflict among Malay Aristocrats and its Effects on the Historical Development of Lukut, 1824-1880)

NUR HAFIZAH MD. HAMZAH, ADNAN JUSOH

Abstract


ABSTRAK: Makalah ini memfokuskan tentang implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut dari tahun 1824 sehingga 1880. Lukut juga menjadi perebutan dalam kalangan pembesar Melayu kerana ia merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah. Konflik yang tercetus disebabkan oleh beberapa isu, antaranya tuntutan pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor, isu persempadanan Lukut-Sungai Ujong, perebutan kawasan dan juga bebanan hutang. Keadaan ini menyebabkan situasi Lukut menjadi tidak stabil sehingga membawa kepada kemerosotan ekonomi. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor yang mendorong sehingga tercetusnya konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan implikasinya terhadap perkembangan sejarah Lukut. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan, surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain di Arkib Negara Malaysia dan beberapa buah perpustakaan seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI). Manakala sumber sekunder pula adalah dengan merujuk buku, artikel dan kertas kerja seminar. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah mencetuskan konflik dalam kalangan pembesar Melayu di Lukut. Keadaan ini mengakibatkan Lukut menjadi tidak stabil sehingga tercetusnya perang saudara antara Raja Bot dan Raja Sulaiman. Selain itu, berlaku pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor sehingga mengakibatkan peranan Raja Bot sebagai pembesar Melayu di daerah Lukut juga telah berakhir. Kesimpulan, konflik dalam kalangan pembesar Melayu telah meninggalkan kesan yang besar dalam perkembangan sejarah di Lukut. Malahan, keadaan yang tidak stabil ini juga telah menjadi batu loncatan kepada penjajah British untuk campur tangan dan menguasai Lukut.

Kata kunci: Kesultanan Selangor; Lukut; bijih timah; konflik; pembesar Melayu

 

ABSTRACT: This article focuses on the implications of the conflicts among Malay aristocrats and their impacts on the historical development of Lukut from 1824 to 1880. Lukut was the cause of dispute among the Malay aristocrats because the land was rich in tin ore. The conflict was stirred by several issues, including the demand for the separation of Lukut from the Selangor Sultanate, the Lukut-Sungai Ujong demarcation issue, territorial disputes and the debt burden. This situation led to unstable circumstances in Lukut that contributed to economic recession. The objective of this article is to discuss the contributing factors to the conflicts among Malay aristocrats and their implications for the development of Lukut history. Qualitative methods have been used in writing this article by analyzing primary sources such as the administrative files, newspapers, maps, documents and other written work from the National Archives of Malaysia as well as several libraries namely Tun Sri Lanang Library (UKM) and Tuanku Bainun Library (UPSI). Secondary sources, on the other hand, referred to books, articles and seminar papers works. The findings have revealed that several factors sparked conflicts amongst the Malay aristocrats in Lukut. This situation caused instability in Lukut which led to a civil war(feud) between Raja Bot and Raja Sulaiman. In addition, the separation of Lukut from the Selangor Sultanate marked the end of the position of Raja Bot as a Malay aristocrat in the Lukut district. All in all, the conflict among Malay aristocrats had left a great impact on the development of history in Lukut. This unstable situation had also become a stepping stone for the British colonists to intervene and dominate Lukut.

Keywords: Selangor Sultanate; Lukut; tin ore; conflict; Malay aristocrats


Full Text:

PDF

References


/0445935 Application for 50 acres of land in the Mukim of Lukut. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

/0000489 States that the Revenue in his District in Insufficient for his Expence. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

A. Talib Ahmad. 1986. Perang Saudara di Selangor 1868-1873. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria. 2012. Sejarah Pentadbiran Lukut, 1810-an-1878: Status Entiti Politik dan Orang Besar Daerah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Noor Ain Mat Noor dan Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli. 2020. Lukut, 1846-1864: Bandar terawal di Selangor. JEBAT: Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies 47(2): 175-198.

Amarjit Kaur. 1985. Perkembangan ekonomi Selangor: Suatu tinjauan sejarah. Adnan Hj. Nawang dan Mohd Fadzil Othman (pnyt.). Selangor Sejarah dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya dan

Muzium Sultan Alam Shah.

B/SUK 295/98. Surat Watikah daripada Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah kepada Raja Jumaat bin Raja Jaafar. 20 Mei 1861. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Bird, Isabella L. 1883. The Golden Chersonese and the Way Thither 1831-1904. London: John Murray, Albemarle Street.

Buyong Adil. 1971. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil. 2019. Sejarah Selangor Siri Sejarah Nusantara. (Edisi Semakan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

C.O. 273/95/1440, Conclusion of a boundary arrangement between Salangore & Sungai Ujong. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

C.O. 273/98. Memorandum Relative to the Seed of Gift Bestowing the District of Lukut on Raja Jumaat His Heir and Successor, Executed by the late Sultan Mohamed of Selangor, 4 August 1846. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

C.O. 273/98/3689, Raja Bot’s Future Petition in Lukut. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

CO 276/19, Annual Report on the state of Selangor for the year 1888. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Colonial Secretary Office (C.S.O) Straits Settlement, No. 10/78, 24 June 1878. Boundary Question-Sungai Ujong and Selangor. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Gammans, L.D. 1924. The State of Lukut. (With Text Figures). Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 2(3)(92): 291–95.

Gullick, J.M. 2002. The Cavenagh Papers. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 75(2)(283): 51-64.

Gullick, J.M. 2003. A History of Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: MBRAS.

Gullick, J.M. 2004. A History of Selangor 1766-1939. Monograph, No. 28. Kuala Lumpur: MBRAS.

Khazin Mohd Tamrin. 1977. Orang Jawa di Selangor kedatangan dan penempatan. 2020. JEBAT: Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies 3/4: 68-97.

Khoo Kay Kim & Paiman Bin Keromo. 1989. Selangor Darul Ehsan Satu Persepsi Sejarah. Kuala Lumpur: Univerisiti Malaya.

Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagangan Terhadap Politik Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Mills, J.L. 1930. A Malacca, Meridional India and Cathay. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) VIII.

Mills, L.A. 1974. Arab and Chinese navigators in Malaysian waters in about A.D. 1500. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS)XLVII(2) (226): 1-23.

Mohamad Amin Hassan. 1967. Raja Bot bin Raja Jumaat. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 40(2)(212): 68-93.

Mohamad Amin Hassan. 1972. Selangor: Brief Description of its country and people before the Middle of the Nineteenth Century. Malaysia in History 15(1): 2-6.

Mohd Amin Hassan. 1972. Sultan Abdul Samad. Selangor Issues Content. Malaysia in History XV(1): 22-29.

Norhalim Ibrahim. 1995. Negeri Sembilan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nurul Huda Mohd Akib & Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. 2021. Lukut dalam sempadan dua negeri, 1862-1880. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 18(7): 153-170.

Raja Bot Raja Jumaat. 1878. Lukut. The Straits Times. XXXIV 2918.

Rosiswandy Mohd. Salleh. 2019. Sejarah Lukut Kegemilangan Sebuah Pemerintahan Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Straits Settlement Records, F1, 22 Ogos 1818; The administration report of the State of Selangor for the year 1889. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

SSF 1228/89; Forwards Journal for March 1889. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Swettenham, Frank.1881. Some Account of the Independent Native States of the Malay Peninsula, Part 1. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society 6: 161-202

Yusoff Hassan. 1983. Jugra dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Tra-tra.

Zulkapli bin Haji Othman dan Mohd Khalid b. Yasin. 1994. Sejarah Lukut Negeri Sembilan. Warisan Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia 18: 29-37


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia