Pengharaman fahaman Syiah dan hubungan Malaysia-Iran (The banning of Shia belief and Malaysia-Iran relations)

Zarina Othman, Nor Azizan Idris, Abdul Halim Daud

Abstract


Keputusan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah pada tahun 1996 mengejutkan ramai pihak khususnya Iran selaku rakan strategik penting di rantau Timur Tengah. Pengharaman fahaman Syiah diputuskan secara kolektif melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah mendapati ajaran serta pengamalannya bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah di Malaysia. Oleh yang demikian, timbul persoalan, sejauh manakah pengharaman fahaman Syiah yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara ini memberi kesan terhadap hubungan luar Malaysia-Iran. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis impak pengharaman fahaman Syiah terhadap hubungan luar Malaysia-Iran khususnya dari kerangka kerjasama diplomatik, ekonomi, dan sosial. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan kaedah temu bual, kaedah analisis bahan bercetak, serta bahan-bahan berautoritatif dari internet. Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme sebagai alat analisis dengan elemen seperti persefahaman, kerjasama, idea, norma dan identiti ketika mengkonstruk hubungan antara negara. Dapatan kajian menunjukkan, dasar negara mensekuritisasikan fahaman Syiah di peringkat domestik sebagai ancaman terhadap keselamatan negara tidak memberi kesan terhadap hubungan baik Malaysia-Iran. Hal ini diperkukuhkan dari petunjuk kerjasama diplomatik yang dikonstruk baik antara Malaysia-Iran. Manakala, kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara juga berada pada tahap yang baik serta memberangsangkan. Selain itu, kajian turut mendapati kerjasama sosial antara Malaysia-Iran semakin meningkat saban tahun khususnya menerusi industri pelancongan dan pendidikan tinggi.

Kata kunci: dasar luar negara, fahaman Syiah, Iran, Malaysia, teori konstruktivisme

Malaysia’s decision to ban Shia belief through a fatwa in 1996 shocked many, especially Iran as an important strategic partner in the Middle East. The fatwa was collectively decided through the Muzakarah of the Fatwa Committee after discovering that the teachings and practices of Shia contradict the values of Ahli Sunah Wal Jemaah in Malaysia. Therefore, the question arises as to what extent does the ban on Shia belief, which is considered a threat to the security of the nation affect Malaysia-Iran’s foreign relations. The purpose of this study was to analyse the impact of the ban on Shia belief on Malaysia-Iran foreign relations especially from the framework of diplomatic, economic and social cooperation. This study adopted a qualitative approach based on interviews and content analysis of printed materials as well as authoritative materials from the internet. This study utilised the theory of constructivism as an analytical tool where elements such as understanding, cooperation, ideas, norms, and identity were used to construct the relations between the countries. The findings indicate that the country’s policy of securitising Shia belief at the domestic level as a threat to the national security does not affect the warm relations between Malaysia and Iran. This finding is strengthened by the indicator of diplomatic cooperation between Malaysia and Iran which was constructed as close. Meanwhile, the economic and trade collaboration between these two countries was also found to be harmony and encouraging level. Additionally, the study also discovered that the social cooperation between Malaysia and Iran is improving every year through the tourism and higher education industry.

Keywords: foreign policy, Shia belief, Iran, Malaysia, theory of constructivism


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Daud, Zarina Othman, & Nor Azizan Idris. (2018). Fahaman Syiah dan keharmonian Agama Islam di Malaysia: perspektif pendekatan keselamatan negara. Jurnal e-Bangi, 13(3), 1-19.

Abd Hair Awang, Zaimah Ramli, & Izzurazlia Ibrahim. (2012). Faktor tarikan pelajar siswazah antarabangsa ke universiti penyelidikan di Malaysia. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 32-41.

Ahmad Faisal Muhamad. (2008). The struggle for recognition in foreign policy: Malaysia under Mahathir 1981-2003. (Tesis Doktor Falsafah). Diambil daripada London School of Economics and Political Science.

Asgari, M., & Borzooei, M. (2014). Evaluating the perception of Iranian students as educational tourists toward Malaysia: in-depth interviews. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 5(9), 81-109.

Azura Abas & Fazleena Aziz. (2016), 7 Oktober. Iran President Rouhani meets Najib, reaffirms bilateral ties. News Straits Times Diambil daripada https://www.nst.com.my/news/2016/ 10/178791/iran-president-rouhani-meets-najib-reaffirms-bilateral-ties

Bayat, M. Reza. (2004). The Malaysia-Iran relationship: An observation in the light of the world’s new era and post-Khatami foreign policy. Dlm. Abdul Razak Baginda (pnyt.). Malaysia and the Islamic world. London: ASEAN Academic Press.

Bernama.com (2009), 1 November. Iran-Malaysia cooperation well diversified. Diambil daripada http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id= 451563

Chew, A. (2019), 12 Julai. https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3018270/anti-shia-bomb-threats-force-organisers-malaysia-cancel. Diambil daripada South China Morning Post. Scmp.com

Constitution of the Islamic Republic of Iran. (1979). Diambil daripada https://www.wipo.int/ edocs/lexdocs/laws/en/ir/ir001en.pdf

Farrar-Wellman, A. (2010), 29 Jun. Malaysia-Iran foreign relations. Retrieved from https://www.criticalthreats.org/analysis/malaysia-iran-foreign-relations

Free Malaysia Today.com. (2020), 5 Januari. Syiah adalah ancaman, diplomat Saudi beritahu sidang KL. Diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/ 2020/01/05/syiah-adalah-ancaman-diplomat-saudi-beritahu-sidang-kl/

Holsti, K. J. (1992). International Relations: a framework for analysis. Ed. Ke 6. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

Hunter, Shireen T. (2009). Introduction. Dlm. Shireen T. Hunter (pnyt.). Reformist voices of Islam mediating Islam and modernity. London: M.E. Sharpe.

JAKIM. (2015). Larangan mengamalkan ajaran dan amalan fahaman Syiah. Diambil daripada http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf

Kamaluddin Nurdin Marjuni. (2014). Adakah kawanku Syiah? Kuala Lumpur: PTS Millennia

KLN. (2019). Foreign policy framework of the new Malaysia change and continuity. KLN.gov.my Diambil daripada https://www.kln.gov.my/foreign-policy-framework/files/assets/ common/downloads/Foreign%20Policy%20Framework.pdf

Lapid, Y., & Kratochwill, F. (Pnyt.) (1996). The return of culture and identity in IR theory. Boulder, CO: Lynne Rienner.

Laporan Tahunan Tourism Malaysia. (2017). Putrajaya: Kementerian Pelancongan Malaysia

Mahathir Mohamed. (2003). Speech by The Prime Minister of Malaysia, The Hon. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad at the opening of the Tenth Session of the Islamic Summit Conference, Putrajaya, Malaysia on 16 October 2003. Diambil daripada https://asean.org/?static_post =speech-by-the-prime-minister-of-malaysia-the-hon-dato-seri-dr-mahathir-mohamad

Marcinkowski, C. (2006). Facets of Shi’ite Islam in contemporary Southeast Asia (II): Malaysia and Singapore. Working Paper Series. Singapore: Institute of Defence and Strategic Studies.

McDonald, M. (2008). Constructivism. Dlm. Paul D Williams. (pnyt). Security Studies: An Introduction. Oxon: Routledge Taylor & Francis Group.

Mohd Aizam bin Mas`od. (2013). Soal jawab isu Syiah di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mohd Fauzi Abu-Hussin, Asmady Idris & Mohd Afandi Salleh. (2018). Domestic affairs influence on Malaysia’s relations with Saudi Arabia and Iran. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 432-441.

Mohd Fauzi Hamat. (2015). Asha’irah sebagai rujukan dalam Fatwa Syiah di Malaysia. dalam Seminar Serantau Sumbangan Ulama Asha’irah dan Maturidiyyah dalam Seminar Pemantapan Akidah Islamiah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam, 2015, 115-128.

Mstar.com. (2014), 14 Mac. Iran sedia bantu Malaysia Cari MH370 jika diminta–Duta. Diambil daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/03/14/iran-sedia-bantu-malaysia-cari-mh370-jika-diminta

Nair, S. (1997). Islam in Malaysian foreign policy. London: Taylor & Francis Group.

Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman & Rashila Hj Ramli. (2011). Konstruktivisme sosial dan hubungan antarabangsa Malaysia. Akademika, 81(1), 39-50.

OEC. Malaysia-Iran. (2019). What does Malaysia export to Iran? Diambil daripada https://atlas.media.mit.edu/en/visualize/tree_map/sitc/export/mys/irn/show/2017/

Payvand.com (2009), 23 September. Third Iran gas forum: September 26-27, Tehran. Diambil daripada http://www.payvand.com/news/09/sep/1260.html

Perlembagaan Persekutuan. (1957). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Roknifard, J. (2019), 25 Julai. The growing threat of sectarianism in Malaysia. Aljazeera.com. Diambil daripada https://www.aljazeera.com/opinions/2019/7/25/ the-growing-threat-of-sectarianism-in-malaysia/

Rosenau, James N. (1997). Along the domestic-foreign frontier exploring governance in a turbulent world. Cambridge: Cambridge University Press.

Ruhanas Harun. (2009). In pursuit of national interest: Changes and continuity in Malaysia foreign policy towards the Middle East. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 1, 23-38.

Saravanamuttu, Johan. (1983). The dilemma of independence: two decades of Malaysia’s foreign policy, 1957-1977. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh & Suzalie Mohamed. (2004). Malaysia and the Islamic world. London: ASEAN Academic Press.

Shanahan, R. (2014), 25 Julai. Malaysia and it’s Shia ‘Problem’. Middle East Institute. Diambil daripada https://www.mei.edu/publications/malaysia-and-its-shia-problem

Soltaninejad, M. (2017). Iran and Southeast Asia: an analysis of Iran's policy of "Look to the East." International Journal of Asia Pacific Studies, 13(1), 29–49.

Temu bual bersemuka bersama Dr. Bakri Mat. (2018) Profesor Madya dan Ketua, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia pada 9 Ogos 2018.

Temu bual bersemuka bersama Dr. Mansoureh Ebrahimi. (2017). Pensyarah kanan di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia 2 Ogos 2017.

Temu bual bersemuka bersama Pegawai Penyelidik Bukit Aman, PDRM. (2018), Kuala Lumpur pada 11 April 2018.

Temu bual bersemuka bersama Dato’ Rustam Yahaya. (2017), Duta Besar Malaysia ke Iran, Kementerian Luar Negeri pada 23 Ogos 2017.

Temu bual bersemuka Hamzah Ishak. (2018). Pengarah, Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Putrajaya, 25 Oktober 2018.

Ullman, R. (1983). Redifining security. International Security, 8(1), 129-153.

Wan Zahidi Wan Teh. (2013). Mengenal hakikat Syiah. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.