Transformasi memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di kalangan wanita luar bandar (Transformation to promote small and medium industries (SMIs) among rural women)

Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek, Sivapalan Selvadurai, Yusof Hussain

Abstract


Kesedaran komuniti setempat tentang pentingnya keterlibatan wanita luar bandar dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat membantu negara dalam memajukan ekonomi negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, ramai golongan wanita di negara ini telah menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara, maka langkah pemerkasakan ekonomi wanita luar bandar penting bukan sahaja dalam ekonomi malah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyumbang kepada pendapatan wanita luar Bandar di Jelebu Negeri Sembilan dengan menganalisis strategi ke arah memajukan lagi sektor IKS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantatif yang melibatkan seramai 152 responden. Hasil dapatan kajian mendapati strategi ‘Mencari peluang yang ada’ dan ‘Berusaha untuk meningkatkan perniagaan’ adalah amat penting dalam kesedaran di kalangan wanita luar bandar untuk memajukan sektor IKS. Strategi memperkasa kemajuan IKS penting dalam memberi ruang kepada golongan wanita daripada pelbagai latarbelakang untuk perkongsian idea, pengalaman serta aspirasi dan secara tidak langsung mempromosikan produk sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Sememangnya banyak produk yang dihasilkan daripada sektor IKS adalah bermutu tinggi. Apabila ada strategi dan langkah memperkasa ini dilaksanakan serta bantuan daripada agensi kerajaan, diyakini produk IKS ini akan dapat dipasarkan secara meluas. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada usahawan wanita untuk mengetahui peluang yang wujud di sekeliling bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat global dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

 Kata kunci: ekonomi, industri kecil dan sederhana (IKS), luar bandar, pembangunan, transformasi, wanita

Community awareness of the importance of involving rural womenfolk in Small and Medium Industries (SMIs) could assist in the economic development of the country. It is undeniable that women have contributed substantially to the advancement of the national economy, and the call to intensity the involvement of rural womenfolk is not only important to the economy, but it is also a path to raising their quality of life. Hence, a study was undertaken on the development of Small and Medium Industries (SMIs) that have the potential to contribute to the income of rural women in Jelebu, Negeri Sembilan. Adopting a quantitative method involving 152 respondents, we analysed various strategies to advance the SMI sector. The results indicated that calling on rural womenfolk to ‘Seek all available opportunities’ and ‘Strive to uplift your business’ are important in creating an awareness of the potential of SMIs to provide business opportunities.  The expansion of SMIs provides a platform for women from various backgrounds to share their ideas, experiences and aspirations, and in so doing, indirectly promote products for the local or global market. Undoubtedly, many products from the SMI sector are of a high quality. With such a strategy in place and with aid forthcoming from governmental agencies, there is good reason to believe that SMI products can be marketed more widely. Women entrepreneurs should avail themselves of the opportunities provided to build businesses of global standing, and at the same time, contribute to the national economy.

Keywords: economy, small and medium industries (SMIs), rural, development, transformation, women

 


Full Text:

PDF

References


Daniela, A. (2015). Theoretical approaches of endogenous regional development. Institute of National Economy. Munich Personal RePEc Archive (MPRA) Paper No. 64679, posted 31. May 2015 12:21 UTC

Gkartzios, M., & Scott, M. (2013). Placing Housing in Rural Development: Exogenous, Endogenous and Neo-Endogenous Approaches. European Society for Rural Sociology. Sociologia Ruralis, 2013.

Imran, S. (2016). Leadership styles and corporate entrepreneurship: Small and medium enterprises in Pakistan. PhD thesis, University of Malaya.

Jalaluddin Abdul Malek, & Zurinah Tahir. (2018). The Neo-Exogenous and Neo-Endogenous Models in Malaysian Rural Transformation in the 21st Century. pp.1717-1724. Information: An lnternational lnterdisciplinary Journal, 21(6), 1717-1724.

Margarian, A. (2011). Endogenous Rural Development: Empowerment or Abandonment?. Paper presented at the 4th International Summer Conference in Regional Science, Dresden, June 30-July 1, 2011.

Mohd Azuhari Che Mat, & Jalaluddin Abdul Malek. (2016). Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: Kajian kes program desa lestari di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(1), 75-84.

Nor Azira Ayob, Sity Daud, Muhamad Takiyuddin Ismail. (2016). Faktor pembentukan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia: Kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(5), 115-129.

Norashidah Hashim, Norasmah Othman, & Noraishah Buang. (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 187-203.

Nur Hafizah Yusoff, & Rahimah Abdul Aziz. (2012). Pemerkasaan wanita desa: Kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 15-23.

Shucksmith, M. (2010). Disintegrated Rural Development? Neo-endogenous rural development, planning and place-shaping in diffused power contexts. Sociologia Ruralis, 50: 1-14. https://doi.org/10.1111/j.1467-9523.2009.00497.x

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Keupayaan ICT dalam meningkatkan pencapaian usahawan wanita: satu kajian kes usahawan luar bandar di Malaysia. e-Bangi Journal, 11(2), 78-103.

Ummi Munirah Syuhada, M.Z., Aidatul Najwa, H.A., Mohammed Rizki, M., Wan Suraya, W.H., & Wan Shahzlinda, S.S. (2017). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Wanita Tekun: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017).

Zaimah, R., & Sazuani, A. (2017). Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kuala Terengganu. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(4), 117-125.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.