Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kuala Terengganu (The entrepreneurs’ capability level in the Small and Medium Enterprises in Kuala Terengganu)

Zaimah R., Sazuani Abdullah

Abstract


Abstrak

 

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan satu insiatif kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dan juga mengurangkan jurang pendapatan antara penduduk di luar bandar dan bandar.  Sehubungan itu, keupayaan usahawan dalam melaksanakan perusahaan kecil dan sederhana amat penting dan perlu bagi memajukan sesebuah perniagaan meningkatkan pendapatan mereka.  Kemampuan seorang usahawan menguruskan perniagaan boleh diukur melalui keupayaan dalaman yang ada dalam diri mereka dan boleh dizahirkan melalui keupayaan kepimpinan peribadi, keupayaan kemahiran pengurusan dan keupayaan proaktif.  Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap keupayaan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana di Kuala Terengganu.  Tahap keupayaan usahawan akan diukur berdasarkan kepada tiga domain utama, iaitu keupayaan kepimpinan peribadi, keupayaan kemahiran pengurusan dan keupayaan proaktif.  Untuk itu, kaedah survei dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam kajian ini.  Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data.  Hasilnya seramai 50 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana di sekitar Kuala Terengganu memberikan kerjasama.  Analisis diskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan purata digunakan untuk menjelaskan hasil dan objektif kajian.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keupayaan kepimpinan peribadi dan keupayaan kemahiran pengurusan usahawan berada pada tahap sederhana tinggi.  Manakala, tahap keupayaan proaktif usahawan pula berada pada tahap tinggi.  Impikasinya, keupayaan kepimpinan peribadi dan kemahiran pengurusan dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana perlu diberi perhatian lebih untuk memastikan perusahaan mereka lebih berdaya maju pada masa hadapan.

 

Kata kunci: kepimpinan peribadi, kemahiran pengurusan, keupayaan, Perusahaan Kecil dan Sederhana, proaktif, usahawan

 

Abstract

 

The Small and Medium Enterprises (SMEs) is one of the Government's initiatives to reduce the level of poverty in Malaysia and also to reduce the income gap between the rural and urban population.  In this regard, the entrepreneurs’ capability in executing small and medium enterprises is very important and necessary to advance the business to increase their income. The capability of an entrepreneur to manage a business can be measured through their internal capabilities and it can be manifested through the personal leadership capability, capability of the management skills and the proactive capability. Hence, the objective of this study is to measure the entrepreneurs' capability level in small and medium enterprises in Kuala Terengganu. The level of entrepreneurial capability will be measured based on three main domains, namely personal leadership capability, management skills capability and proactive capability.  For that reason, the survey method using the purposive sampling technique was adopted in this study.  Questionnaire is used as an instrument of data collection.  As a result, a total of 50 small and medium enterprises entrepreneurs around Kuala Terengganu had given their cooperation. The descriptive analysis using frequency, percentage and mean is used to illustrate the results and objectives of the study. The findings show that the level of personal leadership capability and the capability of the entrepreneurs' management skills are moderately high. However, the entrepreneurs' display high level of proactive capacity. The findings imply that the personal leadership and management skills among the small and medium enterprises entrepreneurs need to be given more attention to ensure that their businesses will be more viable in the future.

 

Keywords: personal leadership, management skills, capability, Small and Medium Enterprises, small and medium enterprises, proactive, entrepreneur


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Ab Latif, Mohd Abdullah Jusoh, Mohd Azlan Yahya, Osman Jusoh, Syahira Hamidon (2011) Asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil dan sederhana. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu.

Alauddin Sidal (2014) Taksonomi keupayaan usahawan wanita Melayu. Journal of Human Capital Development 7.

Azlizan Talib, Hamzah Jusoh, Yahaya Ibrahim, Habibah Ahmad (2012) Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar. Malaysian Journal of Society and Space 8, 84-96.

Chittithawon C, Md. Aminul Islam, Thiyada Keawchana, Dayang Haslina (2010) Factors affecting business success if small & medium enterprises (SMEs) in Thailand. Asian Social Science 7, 180-190.

Covey SR (2013) The 7 habits of highly effective people (7 Kebiasaan Manusia yang Sangat Efektif). Edisi Revisi. Lyndon Saputra. Penerjemah. PT. Binarupa Aksara, Jakarta.

Covin JG, Miles MP (1999) Corporate entrepreneurship and the pursuit of competitive advantage. Entrepreneurship Theory & Practice 23, 47-63.

Dodgson M (2011) Exploring new combinations in innovation and entrepreneurship: social networks, Schumpeter, and the case of Josiah Wedgwood (1730-1795). Industrial Corporate Change 20, 1119-1151.

Faizal M, Sumardjo, Amiruddin Saleh, Pudji Muljono (2014) The empowerment sustainable of micro and small entrepreneurs in the implementation of corporate social responsibility in Bogor District West Java. International Journal of Humanities and Social Science 4.

Farhana Mohd Rosli (2013) Pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan bakal graduan di UTHM. Tesis Jabatan Ikhtisas Pendidikan. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jasdy, Abd Hakim (2006) Knowledge management dalam organisasi pengurusan fasiliti. Penerbit UTM.

Jayanty Kuppusamy, Jaya Ganesan, Sarah Aulia Rosada (2010) Leadership styles and management Techniquen: An analysis of Malaysian women Entrepreneurs [Cited 20 January 2015] Available from: http://www.ibimapublishing.com

Kuratko DF (2007) Entrepreneurial leadership In the 21st century. Journal of Leadership And Organizational Studies 13, 1-11.

Laporan Tahunan PKS 2013-2014 (2014) Bank Negara Malaysia.

Ma'rof Redzuan, Abd Razak Abd Rahman, Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin (2012) Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri kecil. Akademika 82, 57-64.

Mohd Hassan Mohd Omar (2007) Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kredit mikro di Negeri Johor. [Cited 20 January 2015] Available from: http://eprints.utm.my

Muhamad Asri, Zaimah Darawi (2012) Transformasi dan prestasi perniagaan usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Johor Bahru. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju, Ipoh, Perak 4-6 Jun 2012, (pp. JILID 1 696 708 ). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Hazlina Ahmad, Pi-Shen Seet (2010) Gender variations in ethical and socially responsible considerations among SMEs entrepreneurs in Malaysia. International Journal of Business and Society 11, 77-88.

Norashidah, Norasmah, Noraishah (2009) Konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 34, 187-203.

Nunnally JC, Bernstein JH (1994) Psychometric theory. Third Edition. Mc Graw Hill, New York.

Nur Aishah Buang (2013) Pendidikan Keusahawanan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nurulhuda, Ramlee Mustapha (2009) Kajian kes usahawan tani Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera di Negeri Terengganu. Jurnal Pendidikan Malaysia 34, 143-165.

Oladele OP (2013) Effects of strategic leadership styles on organisational development in small and medium enterprises (SMEs) in Lagos, Nigeria. Net Journal of Social Sciences 1, 54-60.

Papulová Z, Mokros M (2007) Importance of managerial skills and knowledge in management for small entrepreneurs. E-Leader, Prague, 1-8.

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (2014) Faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Malaysia. E-procedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 191-200.

Suzyanty Mohd Shokory, Zuraidah Zainol & Asmawi Hashim (2008) Pengaruh tahap pendidikan dan program latihan ke atas survival perniagaan Bumiputera. Laporan akhir penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tastan SB (2013) The influences of participative organizational climate and selfleadership on innovative behaviour and the roles of job involment and proactive personality: a survey in the context of SMEs in Izmir. Journal Social and Behaviorial Sciences 75, 407-419.

Thuaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin Md Som (2007) Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan di Negeri Johor: Kajian terhadap faktor-faktor kritikal kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. Universiti Teknologi Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.