Kesedaran pendidikan dan minat kerja pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang (Awareness of education and work interests of Orang Asli Jakun students in Rompin, Pahang)

Mohd Muizzuddin Mohd Nor, Mohamad Fauzi Sukimi, Mohd Nasaruddin Mohd Nor

Abstract


Pendidikan merupakan kriteria penting yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli pada hari ini. Kegagalan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik apabila kanak-kanak Orang Asli meningkat dewasa. Justeru, kajian ini mengupas tentang sikap pelajar Orang Asli terhadap peluang pendidikan dan minat kerja, selain mendapatkan pandangan ibu bapa atau penjaga pelajar terhadap penglibatan mereka dalam proses pendidikan dan pemilihan pekerjaan anak-anak. Data primer diperolehi melalui temubual mendalam dengan 12 orang informan yang terdiri daripada pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang serta ibu bapa atau penjaga mereka. Hasil kajian mendapati kesemua informan yang ditemui melibatkan pelajar dan ibu bapa atau penjaga mempunyai perubahan pandangan ke arah yang lebih positif. Mereka semakin mengutamakan pendidikan di sekolah serta pemilihan kerjaya yang lebih baik. Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah keluarga, jarak sekolah yang berhampiran, kemudahan pengangkutan, peranan guru, rakan sebaya dan faktor kemudahan pembelajaran di sekolah. Kajian ini berjaya mengikis pandangan negatif yang melihat mentaliti Orang Asli masih di takuk lama kerana tidak mengutamakan pendidikan serta kerjaya sebagai medium untuk memajukan diri dan keluarga. Malah, pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di kawasan kajian juga dapat menyesuaikan diri dalam proses sosialisasi formal, iaitu, melalui proses pembelajaran di sekolah.

Kata kunci: kesedaran pendidikan, minat kerja, Orang Asli, penglibatan ibu bapa, sosialisasi formal, suku kaum Jakun

Education is an important criterion that every society should acquire, including today’s young generation of Orang Asli community. Failure to develop themselves in education could lead to difficulties in obtaining a better job in the future when the Orang Asli children grows up. Thus, this research examines the attitude of Orang Asli Jakun students towards education opportunities and working interests, as well as obtaining the perspectives of guardians about their involvement in the learning process and career options. Primary data was collected through in-depth interview with 12 informants represented by students, parents and guardians from the Orang Asli Jakun in Rompin, Pahang. The findings showed that all informants, are well aware of the educational aspects and career options for the future. This is situation is associated with various factors including family, distance of the school, transport facilities, teacher roles, peers and good learning facilities in the school. This study successfully dispels a negative view which assumes the Orang Asli Jakun mentality is still lagging behind because they do not prioritise education and career as a medium to advance their family and themselves. In fact, Orang Asli Jakun students have managed to adapt themselves to the process of formal socialisation, through the learning process at school.

Keywords: awareness of education, work interests, Orang Asli, parents involvement, formal socialisation, Jakun ethnic group

 

https://doi.org/10.17576/geo-2018-1401-06


Keywords


Kesedaran pendidikan, minat kerja, Orang Asli, suku kaum Jakun, sosialisasi formal

Full Text:

PDF

References


Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif pendidikan dan sosiobudaya. Bangi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Talib Bon, Md. Akbal Abdullah, Hussain Othman, Burhanuddin Mohd Salleh,

Shariman Mustafa, Rathiah Hashim, Mohd Yusof Abdul Hadi, & Abdullah Sulaiman. (2003). Kenali kami: Masyarakat Orang Asli di Malaysia. Johor, Penerbit Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

Airil Haimi Mohd Adnan & Muhammad Aizat Saad. (2010). Teaching English to the minority Orang Asli: A case of systematic disempowerment? Paper presented at the International Conference on Minority and Majority: Language, Cultures and Identity, Hilton Kuching Sarawak, 23-24 Julai.

Amla Mohd Salleh. (2010). Pendidikan kerjaya & pembangunan modal insan. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluating

quantitative and qualitative research (3rd edition). New Jersey, Pearson Merrill Prentice Hall.

Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Salleh, Redzuan Othman, & Siti Hajar Idris. (2012). Transformasi modal insan melalui peningkatan pendidikan: Kajian kes komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang. Prosiding Perkem VII, Jilid 2, (pp. 1215-1224).

Er Ah Choy, Zalina Ariffin, & Joy Jacqueline Pereira. (2010). Sosioekonomi masyarakat Orang Asli: Kajian kes di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor. Jurnal Melayu, (5), 295-314.

Gordon, C. E., & White, J. P. (2014). Indigenous educational attainment in Canada. The International Indigenous Policy Journal, 5 (3), 1-28.

Hanapi Dollah. (2008). Komuniti Orang Jakun: Peminggiran dan pembangunan. In Sarjit S. Gill, & Lee Yok Fee (Eds.). Masyarakat dan kepelbagaian sosial di Malaysia. Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hartini Ahmad Rabuan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kluang, Johor (Masters dissertation). Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2016). Suku kaum/bangsa. Retrieved from: http://www.jakoa.gov.my.

Johari Talib, & Nazri Muslim. (2006). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah? Jurnal Pengajian Umum, (8), 51-76.

Juli Edo. (2006). Retorik pembangunan Orang Asli. In Mohd Fauzi Yacob Malaysia menangani perubahan dan pembangunan. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Kanammah Manukaram, Melissa Ng Lee Yen Abdullah, & Shahizan Hasan. (2013). Pengaruh faktor keluarga terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 10, 179-201.

Ma’Rof Redzuan, & Sarjit S. Gill. (2008). Orang Asli: Isu, transformasi & cabaran.

Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, & Rosmiza Mohd Zainol. (2014). Mengupas keciciran pelajar Orang Asli di Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2), 189-198.

Mohamad Johdi Salleh, & Abdul Razak Ahmad. (2009). Kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Johdi Salleh, Norul Khairiah Idris, Nur Awanis Aziz, Nurul Huda Yusuf, & Siti Aishah Hashim. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar, Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS Kota Kinabalu, 3-5 Februari.

Mohd Fauzi Mohd Harun & Nor Aini Hj. Idris. (2009). Pembangunan Masyarakat Orang Asli: Dilema Miskin dan Terpinggir. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM.

Norazri Mohd Zaidin. (2015). Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (Masters dissertation). Universiti Tun Hussein Onn.

Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, & Jasmi Abu Talib. (2016). Membangun modal insan Orang Asli: Kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang. Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3), 1-10.

Pejabat Daerah dan Tanah Rompin. (2017). Profail Pengenalan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Ramle Abdullah. (2010). Keciciran pendidikan murid Orang Asli: Kajian kes di Negeri Terengganu. Prosiding Seminar Internasional Perbandingan Sistem Pendidikan Indonesia dan Malaysia, Jun 2010.

Ramle Abdullah, Wan Hasmah Wan Mamat, W. A. Amir Zal, & Asmawi Mohamad Ibrahim. (2013). Teaching and learning problems of the Orang Asli education: students perspective. Asian Social Science, 9 (12), 118-124.

Seow Ta Wee, Maryati Mohamed, Mohd Nur Syufaat Jamiran, Zainal Zulhilmi Zainal Abidin, Siti Aminah Mohd Sam, & Shalini Sanmargaraja. (2015). Kajian awalan terhadap persekitaran masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, (pp. 327-336).

Siti Aminah Mohd Sam. (2015). Kajian amalan budaya Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Peta (Masters dissertation). Universiti Tun Hussein Onn.

Siti Fatiemah Sa’at, & Jama’yah Zakaria. (2013). Masa depan cerita rakyat masyarakat Orang Asli Jakun. International Journal of The Malay World and Civilisation, 1 (1), 83-88.

Siti Syazwani Abdul Mubin, Abdul Razaq Ahmad, Ramlee Abdullah & Ahamad Rahim. (2012). Faktor-faktor keciciran murid Orang Asli dalam pendidikan. International Seminar on Educational Comparative in Competency Based Curriculum between Indonesia and Malaysia.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad, & Noraziah Ali. (2014). Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5), 107-122.

Wan Hasmah Wan Mamat, Abdul Razaq Ahmad, Ramlee Abdullah, & Ahmad Ali Seman. (2012). Perspektif murid Orang Asli tentang sekolah dan pendidikan. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Wan Sofiah Meor Osman. (2007). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak kaum Penan: Kajian kes di Hilir Tinjar, Baram, Sarawak. Kertas Kerja Fakulti Sains Sosial. Kuching, Sarawak, Mei 2007.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.