Aspek moral dalam drama muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu karya Hatta Azad Khan (Moral aspects of muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu by Hatta Azad Khan)

Saidah Sakinah Amferim, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Abstrak

 

Drama muzikal merupakan gabungan elemen muzik, nyanyian dan tarian dalam penceritaan. Bermula daripada hanya elemen komedi, elemen muzikal telah berkembang menjadi lebih dekat dengan permasalahan manusia dalam kehidupan harian yang sebahagiannya menjadi sangat dramatik. Hatta Azad Khan menghasilkan drama muzikal yang kebanyakannya mengangkat isu masyarakat. Namun, dalam penghasilan sesebuah drama terdapat elemen yang menjadi tunjang kepada penciptaannya. Ia jelas dilihat dari sudut dalaman teks. Hatta menghasilkan drama bukan sebagai hiburan semata-mata namun terdapat mesej yang perlu dirungkai oleh penonton. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan “Apakah kritikan moral yang cuba disampaikan oleh Hatta dalam Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu?”. Bagi menjawab persoalan tersebut, pengaplikasian pendekatan moral dilihat sesuai untuk mengkaji aspek dalaman teks selain menyentuh aspek pengajaran. Kajian ini berbentuk penyelidikan asas atau fundamental dengan menggunakan kaedah kualitatif. Makalah ini mendapati bahawa Hatta seorang dramatis sosial tentang masyarakatnya apabila penelitian terhadap aspek dalaman teks drama mempunyai banyak nilai moral yang selari dengan tema yang dibawa berkaitan persoalan-persoalan tentang kemanusiaan. Lantas tidak mustahil hasil karya beliau dapat mendidik audiens.

 

Kata kunci: dramatis sosial, drama muzikal, Hatta Azad Khan, karya, moral, pengajaran

 

Abstract

 

Musical drama is a combination of music, singing and dancing into a storyline. From mere comedy, musical has developed and portrays daily lives of human problem which are often dramatic. Hatta Azad Khan is a successful playwright that has produced musical drama that mostly portrays societies issues. However, in producing a drama, there exist core elements that features its creation. It is depicted from an internal text structure. Hatta not only produces drama for entertaiment, but his plays carries message that need to be read or understood through watching his plays. Hence, this study is conducted to answer the question “What are Hattas’ moral criticism in Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu?”. To answer this question moral approach is applied as an analysis of the internal text structure as well as lessons drawn. This study is a basic research that utilizes a qualitative research design. This paper reveal Hatta as a societal social dramatist where the internal text of his drama has many moral values in his play that are parallel with the humanistic theme. Hence it is not a surprise that his works are able to educate his audience.

 

Keywords: social dramatist, musical drama, Hatta Azad Khan, works, moral, lesson

 

https://doi.org/10.17576/geo-2017-1303-09


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman (1991) Drama Teater ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ dan “2 + 1’: Satu analisis perbandingan mengenai hiburan dan sindiran. (Tesis). Institut Teknologi Mara.

Ahmad ZB (2010) Persoalan dan pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama “Patung-patung” dari perspektif teori Persuratan Baharu. (Tesis). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dewan Sastera (1982) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hatta AK (2008) Tiga Teater Muzikal. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Irasha I (1999) Kajian tentang kritikan drama dalam Dewan Sastera di Malaysia. (Tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Krishen J (1982) Hatta Azad Khan dan Teater Kontemporari di Malaysia. Dewan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mana S (1981) Drama Malaysia 70-an. Dewan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mana S (1998) Teori dan pendekatan kritikan Sastera Moden. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.

Mana S (2006) Kritikan Sastera Melayu Moden. Penerbit Pustaka Karya, Singapura.

Masrizayu M (2006) Pemikiran dalam Novel-novel Khadijah Hashim. (Tesis). Universiti Putra Malaysia.

Mawaddah AS (2004) Drama Muzika di Malaysia: Satu kajian bentuk dan ciri. (Tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Nazihah S (2011) Hikayat Khalilah dan Daminah: Satu analisis dari pendekatan moral. (Tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Azlina M (2011) Hikayat Bakhtiar: Kajian teks berdasarkan pendekatan moral. (Tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noresah Baharom (pnyt) (2013) Kamus dewan edisi keempat. Ed-4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rahman Shaari (1994) Krtikan Sastera Melayu: Pendekatan dan pemikiran. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Raja Sabaradin RA (1998) Drama sebagai media pengajaran–pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. (Tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Said Halim Said Nong (pnyt) (2009) Apresiasi seni teater Malaysia. Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Shaiful Bahri MR (2016) Sains sosial dan kemanusiaan: Penyelidikan kualitatif. Global Mediastreet Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Usman Awang (1963) Tema dan tugas Sastera Melayu Moden. Penerbitan Federal Berhad, Singapura.

Zainon SA (2008) Sastera Melayu Moden dan kritikan Sastera STPM. Crescent News (KL) Sdn. Bhd., Selangor.

Wahida Asrani (2006) Pi Mai Pi Mai Tang Tu Versi Muzikal di IB.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.