Analisis faktor kepuasan pelancong terhadap tarikan pelancongan warisan di Melaka (A factor analysis of tourist satisfaction on heritage tourism attractions in Melaka)

Er, A.C., Habibah Ahmad, Nurul Farahana Mohamed Idris, Hamzah Jusoh, Zaimah Ramli, Sarmila Md Sum, Amriah Buang, Nadiah Hanani Abdul Jalil, Nurain Sahazali

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong terhadap pelancongan warisan di Melaka. Analisis faktor telah dilakukan ke atas 49 pembolehubah untuk mengenal pasti dan mengketegorikan itemitem subfaktor mengikut faktor utama seperti keseluruhan perjalanan dan keselamatan, imej destinasi, kebersihan, kemudahan sokongan, kepelbagaian produk dan infrastruktur. Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure (KMO) menunjukkan nilai 0.784 dan nilai ini sesuai untuk dianalisis faktor kerana nilai lebih daripada 0.5. Analisis faktor digunakan mengenal pasti kolerasi antara faktor. Faktor faktor yang mempunyai kolerasi yang tinggi diletakkan dalam kategori yang sama mengikut keutamaan. Hasil kajian menunjukkan kombinasi faktor-faktor yang berkolerasi tinggi diletakkan dalam kedudukan teratas berdasarkan kedudukan eigenvalue. Enam faktor ini menunjukkan nilai varian komulatif yang tinggi iaitu 55.77% dan eigenvalue yang besar iaitu lebih daripada 1.0. Nilai Cronbach's Alpha juga tinggi pada tahap α > 0.6 dan signifikan 0.000. Semakin tinggi nilai eigenvalue maka diletakkan dalam faktor 1, seterusnya faktor 2, faktor 3, faktor 4, faktor 5 dan faktor 6.

Katakunci: analisis faktor, Indeks Kepuasan Keseluruhan Pelancongan (IKKP), imej destinasi, kepuasan pelancong, Melaka, pelancongan warisan


This study examines the factors that influence the tourists’ satisfaction on heritage tourism in Malacca. Factor analysis was performed on 49 variables to identify and categorize items subfactors of the overall travel and security, destination image, cleanliness, facilities support, product diversification and infrastructure. The Value Kaiser- Meyer-Olkin Measure (KMO) was at 0.784, resulting a strong factor of satisfacton on heritage tourism. Factor analysis was then used to identify correlations between factors. Results demonstate that factors with have a high correlation were placed in the same category according to priority. Six of these factors indicate the high cumulative variance of 55.77% and a large eigenvalue of more than 1.0. Cronbach's Alpha was also high at α> 0.6 and 0.000 significant. The higher the value eigenvalue then placed within a factor of 1, the next factor of 2, 3 factors, factor 4, factor 5 and 6 factors.

Keywords: factor analysis, heritage tourism, Malacca, Overall Tourist Satisfaction Index, tourism image, tourist satisfaction


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.