Antara realiti dan harapan – Kajian empirikal persepsi majikan terhadap prestasi graduan tempatan (Between reality and expectation – An empirical study of employers' perceptions of the performance of Malaysian local graduates)

Zafir Mohd Makhbul, Ishak Yussof, Abd Hair Awang

Abstract


Cabaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini ialah menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh industri. Hasil tinjauan literatur menunjukkan kebanyakan graduan IPT tempatan tidak memiliki kemahiran kerja yang diperlukan di pasaran dan seolah-olah wujud ketidaksepadanan (mismatch) dalam penyediaan graduan untuk pasaran kerja tempatan. Kajian lepas menunjukkan wujud ‘jurang kemahiran’ yang diperlukan oleh majikan dan yang dimiliki oleh graduan. Sering kali universiti dipersalahkan kerana dikatakan gagal memenuhi kehendak industri dan majikan. Atas dasar inilah, kajian yang dijalankan ini amat bermakna dalam menyuarakan kepada IPT dan pembuat dasar tentang tahap prestasi semasa graduan yang sedang bekerja dan kemahiran yang amat diperlukan oleh industri. Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan menerusi pos kepada Pengurus Sumber Manusia atau Pengurus Atasan syarikat swasta. Pengagihan soal selidik ini dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan mudah (convenience sampling method). Sebanyak 534 responden telah memberikan maklumbalas daripada 2000 soal selidik yang telah diposkan. Penemuan kajian menunjukkan jurang prestasi yang paling besar bagi graduan semasa yang sedang bekerja ialah komunikasi dan interpersonal di mana majikan beranggapan graduan belum mencapai kemahiran yang diperlukan. Ini diikuti dengan etika dan nilai, kemahiran berfikir, kepimpinan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, perancangan kerja dan kemahiran lain. Prestasi graduan terhadap faktor kemahiran teknologi maklumat (ICT) ditanggap sebagai hampir memenuhi harapan majikan pada masa hadapan. Implikasi kajian ini penting kepada IPT dan pembuat dasar ke arah usaha memperbaiki sistem pendidikan tinggi negara melalui langkah-langkah yang boleh mengecilkan jurang kemahiran yang dinyatakan di atas.

Katakunci: jurang kemahiran, kelayakan akademik, komunikasi, modal insan, prestasi graduan, taksepadan (mismatch)

Producing human resource that truly matchesindustry needs proves to be a challenge to most higher education institutions (HEIs). For more often than not graduates’ failure to secure jobs was attributed to their lack of skills that employers need and seek. Previous studies proved that gaps did exist between employers’ skills expectations and graduates’ possession of them, thus pointing the fingers of blame to universities for such mismatches. This study examines the job performance of Malaysian graduates vis-a-vis the levels of skills required by industries. Data were collected via posted questionnaires distributed to randomly sampled human resource managers of private companies. From the 2,000 questionnaires posted 534 were returned and analyzed. The findings revealed that the biggest skill gaps of local graduates lay in communication and interpersonal relation wherein the graduates were perceived by employers as falling short of the desired levels. These were followed by the soft skills of moral and ethics, thinking, leadership, decision making, problem solving, teamwork, and planning. The smallest gaps were perceived with respect to the graduates’ information technology (ICT) skills. HEIs and relevant decision makers would do well to take the necessary steps to bridge the skill gaps revealed by this study.

Keywords: academic qualifications, communication, educational mismatch, graduate performance, human capital, skill gaps


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.