Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar lestari:Suatu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia (Urban competitiveness vis - a - vis sustainable urban development: A discourse on urban development in Malaysia)

Fatimah Yusof, Katiman Rostam, Zikri Muhammad

Abstract


Pada masa ini konsep pembangunan bandar lestari yang menggabungkan di dalamnya idea kebolehunian bandar, adalah salah satu isu dalam pengurusan bandar. Namun dengan kemunculan pengaruh globalisasi ekonomi, usaha untuk membangunkan bandar lestari menghadapi cabaran baru. Pada masa ini bandar tidak hanya mesti dilihat sebagai maju secara lestari dan boleh dihuni tetapi juga berdaya saing sehingga mampu menarik pelaburan asing, terutamanya pelaburan langsung asing. Pihak berkuasa tempatan bandar kini tidak hanya terpaksa bersusah-payah untuk mencapai objektif pembangunan bandar lestari tetapi juga amat tertekan untuk mewujudkan iklim yang kondusif supaya berdaya saing dan sesuai untuk pelaburan ekonomi khususnya dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Kedua-dua konsep tersebut sebenarnya tidak sepenuhnya sekufu tetapi kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kedua-dua konsep berkenaan dengan memberi penekanan kepada perbezaan dan persamaan selain menjuruskan penjelasan kepada beberapa elemen yang sepunya yang sesuai diterapkan dalam bidang pengurusan bandar. Ia merumuskan bahawa walau pun hubungan tersebut tidak keseluruhannya songsang tetapi wujud ketakserasian yang ketara antara kedua pendekatan tersebut. Ketakserasian matlamat dan impak antara kedua pendekatan tersebut boleh menimbulkan konflik dalam proses perancangan bandar kerana keduanya didorong oleh motif yang berbeza. Suatu pendekata n yang lebih pragmatik perlu dibentuk untuk memastikan matlamat kedua-dua pendekatan pembangunan bandar tersebut dapat dicapai. Dalam hal ini peranan PBT sangat kritikal.

Katakunci: daya saing bandar, kebolehunian bandar, kelestarian bandar, pembangunan bandar lestari, perancangan dan pengurusan bandar, pihak berkuasa tempatan

With the advent of economic globalization, sustainable urban development efforts are facing a new challenge whereby cities must not only be seen as sustainable and livable but also competitive enough in attracting foreign direct investments. As such, local authorities now find themselves struggling to achieve sustainable urban development objectives while at the same time under great pressure to create favourable climates for economic investment particularly in the manufacturing and service sectors. The two sustainability and competitiveness concepts may not be entirely compatible but they are organically interrelated. This article discusses both concepts, highlights their differences and similarities, and addresses some of the common elements which could be applied in the field of urban management. The paper concludes that although the relationships between urban sustainability and urban competitiveness are not entirely adversarial, fundamental incongruities in objectives and impacts remain. These have the potentials of generating conflicts in the course of urban management not least because they were motivated by different values. What is needed then is a more pragmatic approach that could reconcile the divergent objectives, a challenge that only amplifies the importance of the synthesising role of local authorities.

Keywords: local authorities, sustainable urban development, urban competitiveness, urban livability, urban planning and management, urban sustainability


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.