Kualiti perkhidmatan pengangkutan air awam di pedalaman Hulu Tembeling, Pahang (Service Quality of Water Public Transport in Rural Area in Hulu Tembeling, Pahang)

Mazdi M, Nurul Ain RK, Rosmiza MZ, Muhammad Hasbi AR, Jabil MJ

Abstract


Pengangkutan air menjadi nadi kepada penduduk pedalaman untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Pengangkutan air turut digunakan untuk mengangkut barangan, hasil pertanian, haiwan ternakan, menangkap ikan dan sewaan untuk tujuan pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling digunakan untuk menghubungkan enam buah kampung pedalaman iaitu Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kg. Gusai dengan bandar Jerantut. Perahu Tembeling merupakan pengangkutan yang paling dominan digunakan oleh penduduk di kawasan ini kerana kemudahan infrastruktur jalan raya yang masih belum siap dengan sempurna. Artikel ini akan membincangkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam air yang menjalankan operasi di Hulu Tembeling, Pahang. Kajian ini menggunakan metodologi pengedaran borang soal selidik dan temu bual kepada pengguna dan pengusaha perahu Tembeling. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling masih pada tahap sederhana. Kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling yang sederhana tersebut ialah kualiti masa, kos, keadaan fizikal perahu dan kemudahan. Manakala kualiti perkhidmatan perahu Tembeling yang baik dicatatkan oleh keselamatan dan keselesaan. Kajian ini turut mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perahu Tembeling di Hulu Tembeling, Pahang.

 

Kata kunci: kawasan pedalaman, kualiti, pengangkutan air, pengangkutan awam, perahu, perkhidmatan

 

Water transport has now become a significant means for rural people to move from one location to another. The water transport also used to transfer goods, agricultural products, livestock, fishing and rental for tourism purposes. A Tembeling boat services is used to help connectivity of six remote villages, i.e. Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kg. Gusai to the Jerantut main town. The Tembeling boat became a dominant transport sevices to the local community due to bad and incomplete main road access. This article discusses the operational and service quality of water transport in Hulu Tembeling, Pahang. The methodologies used in this study are the distribution of questionaire and interview to the passengers and operators of Tembeling boat. The result showed the quality service of Tembeling boat is still in dissatisfactory level. The quality services of Tembeling boat were viewed and rated based on time management, cost, physical boats’ condition and other facilities. Nevertheless, few good qualities of Tembeling boat transport can be seen in term of security and comfortness. In conclusion, this study provides some recommedations on enhancing service quality of Tembeling boat in Hulu Tembeling, Pahang in the future.

 

Kata kunci: rural area, quality, water transport, public transport, boat, services


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Idrus (1998) Kajian perkhidmatan pengangkutan awam ‘Perahu Perambang di Sungai Sarawak. (Unpublished Thesis). Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Ahmad Badri Mohammad (1985) Beberapa petanda perubahan sifat Sungai Tembeling. Jurnal Akademika 26, 62-76.

Amirul Akmal Redzwan (2016) Sungai Tembeling makin kontang. Kosmo. 18 Mac.

Fadilah Mat Nor, Safura Ahmad Sabri, Khairuddin Khalid (2014) Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di KUIS. Selangor. Proceeding of the International Conference on Management and Muamalah. Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

Haris Fadilah Ahmad (2010). Gigih buat ‘Perahu Tembeling’. [Cited 2 December 2015]. Available from: www.utusan.com.my.

Ismail Ahmad (1999) Pengangkutan di air dalam budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Jakarta Dasan (2009) Ekspedisi bot UMS ‘Parangkang’ mengelilingi perairan Sabah. [Cited 14 April 2016]. Available from: www.eprints.ums.edu.my.

Luis CB, Baher ME (2014) Facilitating trade through competitive, Low Carbon Transport: The case for Vietnam’s Inland and Coastal Waterways. The World Bank, Washington.

Nadiah Hanani Abdul Jalil (2013) Kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatanPusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat hentian setempat: Kajian kes UTC Kuala Lumpur. (Unpublished Theses). Universiti Kebangsaan Malaya, Bangi.

Roziah Abdul Rahman (2004) Kajian jarak bagi pengangkutan bot ekspres. (Unpublished Thesis). Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Siti Faridah Mohd Sunif (2011) Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Malaysia. (Unpublished Thesis). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

United Nation (2004) Manual on modernization of inland water transport for integration within a multimodal transport system. United Nations Publication, New York.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.