Meneroka edupelancongan di Melaka Bandaraya Warisan Dunia berasaskan pengalaman pelancong domestik (Unpacking edutourism of the Melaka World Heritage City from domestic tourists’ experiences)

Sri Winarni Samsir, Habibah Ahmad, Ah Choy Er, Hamzah Jusoh, Mohd Fuad Mat Jali

Abstract


Abstrak

 

Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular, kaya dengan  warisan sejarah dan budaya. Tarikan-,   tarikan- ini memberi peluang pembelajaran kepada para pelancong. Berasaskan kekuatan,  Melaka sangat sesuai untuk meneroka edupelancongan.   Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelancong domestik terhadap produk-produk pelancongan di Melaka yang memberikan nilai pendidikan kepada mereka. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan di Tapak Warisan Dunia Melaka. Sebanyak 176 borang soal selidik yang telah mendapat maklum balas daripada pelancong domestik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Skop soal selidik merangkumi bahagian A demografi, bahagian B  corak perjalanan, bahagian C termasuk motivasi pelancongan, aktiviti pendidikan, pengalaman, produk pelancongan, dan bahagian D   cadangan. Keputusan kajian mendapati pelancong mendapat faedah jangka masa pendek dan panjang semasa melancong. Para pelancong juga mendapat lebih pengalaman terhadap sejarah dan budaya   berbanding dengan produk berasaskan alam semulajadi. Kesimpulannya, aktiviti dan produk pelancongan perlu dipelbagai, diperbaharui dan interaktif untuk menjamin pengalaman pembelajaran yang berharga.

 

Kata kunci: Edupelancongan, elemen pendidikan, faedah dan nilai, persepsi pelancong , produk

 

Unpacking edutourism of the Melaka World Heritage City from domestic tourists’ experiences  

 

Melaka is a popular tourist destination, rich in historical and cultural heritage attraction. These attractions offer learning opportunities to various visitors.   Based on this strength, Malacca has ventured into educational tourism.   This study aimed at investigating the perception of domestic tourists on the educational values of tourism products in Melaka. Quantitative method was used and questionnaires were distributed at the Melaka World Heritage Sites. A total of 176 questionnaires were received from domestic tourists. Data were analyzed using SPSS 20.0. The scope of the questionnaire includes part A; demographics, part B, traveling patterns; part C, covers tourism motivation, education, experiences, tourism products, and part D, suggestions. Results showed that tourists perceived both benefits in short and long term traveling. The tourists had more experience on the historical and culture compared to the nature-based products. In conclusion, tourism activities and products should be diversified, renewable and interactive to ensure valuable educational experiences.

 

Keywords: edutourism, educational elements, benefits and values, tourist perception, products, 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.