Derivasi Rumus Reduksi Vokal dan Pembentukan Glotis dalam Bahasa Kerinci

Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop, Saidatul Faiqah Samasu

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses derivasi yang melibatkan rumus reduksi vokal dan rumus pembentukan glotis dalam bahasa Kerinci. Dalam kajian ini, data yang diperoleh daripada ujaran penutur menunjukkan bahawa perkataan yang berakhir dengan bunyi /up/ dalam bahasa Kerinci akan direalisasikan sebagai [«/] seperti /tutup/ → [nu).t«/] ‘tutup’, /hidup/ → [i.d«/] ‘hidup’ dan /saNgup/ → [saN.g«/] ‘sanggup’ dan sebagainya. Berdasarkan data ini, perubahan bunyi yang berlaku menunjukkan bahawa vokal /u/ kehilangan fitur [+tinggi] dan akan direalisasikan sebagai vokal schwa [«] melalui pelaksanaan rumus reduksi vokal di lingkungan suku kata akhir tertutup. Segmen /p/ pula akan kehilangan fitur [+labial] dan direalisasikan sebagai hentian glotis [/] akibat pelaksanaan rumus pembentukan glotis di lingkungan yang sama dalam sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, informan yang dipilih terdiri daripada masyarakat Kerinci berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas yang menuturkan bahasa Kerinci dialek Semerap di Kampung Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat Selangor. Data diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual. Data kemudiannya dianalisis menggunakan teori fonologi generatif yang diperkenalkan oleh Chomsky dan Halle (1968) yang dikembangkan oleh Roca dan Johnson (1999), dan Roca (2003). Berdasarkan teori fonologi generatif, setiap perubahan bunyi yang berlaku dalam satu proses derivasi akan dijelaskan secara berperingkat dengan menggunakan formalisasi rumus, fitur-fitur distingtif dan atur rumus. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan yang berakhir dengan bunyi /up/ dalam bahasa Kerinci akan direalisasikan sebagai [«/]. Hal yang demikian kerana perubahan bunyi yang berlaku mematuhi atur rumus yang didahului oleh rumus reduksi vokal yang merealisasikan vokal /u/ kepada [«]. Rumus tersebut kemudiannya diikuti oleh rumus pembentukan glotis yang merealisasikan segmen letupan dua bibir tak bersuara /p/ kepada hentian glotis [/].


Keywords


fonologi generatif; reduksi vokal; pembentukan glotis; bahasa Kerinci; bahasa Melayu

Full Text:

PDF

References


Adi Yasran Abdul Aziz (2005). Aspek Fonologi Dialek Kelantan: Satu Analisis Teori Optimaliti. Tesis Ph.D. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adi Yasran Abdul Aziz (2006). Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula. Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adi Yasran Abdul Aziz (2008). Urutan Nasal-Obstruen Dialek Kelantan: Satu Analisis Teori Optimaliti. Jurnal Bahasa. 14.1-19.

Adi Yasran Abdul Aziz (2010). Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula. Jurnal Linguistik. 11(12), 1-12.

Adi Yasran Abdul Aziz (2011). Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti. GEMA® Online Journal of Language Studies. 11(2), 121-136.

Adi Yasran Abdul Aziz (2012). Analisis Koda Berdasarkan Kekangan dalam Dialek Kelantan. GEMA® Online Journal of Language Studies. 12(4),1127-1145.

Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop & Nur Farahkhanna Mohd Rusli (2014). Pengglotisan Geseran /s/ dalam Bahasa Kerinci. GEMA® Online Journal of Language Studies.14(3), 225-

Amir Hakim Usman (1988). Fonologi dan Morfologi Bahasa Kerinci Dialek Sungai Penuh. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Jakarta: Universitas Indonesia.

Chomsky, Noam & Halle, Morris (1968). The Sound Pattern of English. New York.

Jones, Daniel (1972). An Outline of English Phonetics. New York: Cambridge University Press.

Farid M. Onn (1980). Aspect of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farid M. Onn (1984).Konsep-konsep Dasar Teori Fonologi Generatif. Seminar Linguistik Transformasi-Generatif (3-5 Ogos 1984: Kuala Lumpur).

Farid M. Onn (1988). Konsep-Konsep Dasar dalam Teori Fonologi Generatif dlm. Nik Safiah Karim (pynt.). Linguistik Transformasi Fonologi Generatif: Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farid M. Onn (2015). Saya dan Fonologi Bahasa Melayu: Mendekati Tatabahasa Sejagat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Kerinci https://ms.wikipedia.org/wiki/Kerinci (Atas talian) Muat turun pada 18 Ogos 2015.

Jakub Isman (1958). Kerinci Phonology. Bloomingtoon: Indiana University.

Mohd. Isa Farhy Yassin (1971). Sistim Bunyi Loghat Kerinci dan Perbandingannya dengan Bahasa Melayu Standard. Majalah Dewan Bahasa. XIII(3),162-169.

Mohd. Sharifudin Yusop (2011). Status Dialek Duano dan Dialek Kanaq berdasarkan Petunjuk Sosioantropologi Bahasa. Kedinamikan Bahasa dan Budaya: Isu dan Trend. Serdang: Penerbit UPM.

Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A. H. & Rahim Aman (2013). Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA® Online Journal of Language Studies. 13(3), 211-222.

Newton, Brian (1997). The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek Phonology. Cambridge: Cambridge Universiti Press.

Nik Safiah, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roca, Iggy & Johnson, Wyn (1999). A Course in Phonology. USA: Blackwell Publisher Inc.

Roca, Iggy (2003). Generative Phonology: Linguistic Theory Guides. Second Edition. Edited by Richard Hudson. London and New York: Routledge.

Rozaimah Rashidin & Nor Diyana Saupi (2011). “Kata Ganti Nama dalam Dialek Kerinci”. Jurnal Linguistik. 14,1-16.

Shahidi A.H dan Rahim Aman (2011). An Acoustical Study of English Plosives in Word Initial Position produced by Malays. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal of English Language Studies. 17(2), 23 -33.

Schane, Sanford A. (1992) (Terjemahan Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin). Fonologi Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yunus Maris (1980). The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad (2013). Aspek Fonologi Bahasa Melayu: Daripada Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin dan Mohd Sharifudin (2010). Mandala dan Sikap Bahasa Etnik Bhuket. Jurnal Aswara. 5(2), 85-96.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021