Kata Soal Bila Dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi

Abstract


Konstruksi ayat soal dalam dialek membentuk satu fenomena yang sangat menarik. Kata soal yang sama di dalam suatu ayat soal boleh mempunyai dua posisi yang berbeza, iaitu di awal ayat atau di akhir ayat dalam dialek Melayu Utara. Oleh yang demikian, satu kajian lapangan telah dijalankan di Daerah Baling. Berpandukan analisis deskriptif ke atas data dialek Melayu Utara di Baling, Kedah, kajian ini mendapati kata soal bila boleh mempunyai kedua-dua posisi, iaitu di awal dan di akhir ayat. Posisi di awal ayat dikenali sebagai posisi in situ manakala posisi di akhir ayat dikenali sebagai posisi bergerak. Posisi in situ amat bertentangan daripada bahasa baku bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan menghuraikan kata soal bila melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995) untuk menjawab persoalan dari segi posisi sebenar kata soal tersebut.  Analisis sintaksis mendapati bahawa KOMP sememangnya mempunyai [uwh] yang kuat tetapi kekuatan berkenaan tidak mampu mewajibkan kata soal tersebut bergerak ke posisi skop dalam dialek Melayu Utara. Sebaliknya, analisis ini telah mendakwa bahawa posisi Spek FKOMP di hadiri oleh Op (operator kosong) pada posisi Spek FKOMP untuk menyemak fitur [uwh] yang kuat pada KOMP’. Kehadiran Op pula menghalang pergerakan kata soal argumen ke posisi skop. Analisis ini mendapati bahawa kata soal yang in situ atau bergerak tidak menjadi masalah untuk menyemak kesemua fitur sebelum Cetusan untuk menandakan suatu ayat soal itu gramatis. Oleh yang demikian, fenomena dua posisi yang berbeza untuk kata soal bila adalah fenomena yang spesifik bahasa bagi dialek Melayu Kedah.


Keywords


kata soal, dialek kedah, in situ, subjek, sintaksis.

Full Text:

PDF

References


Adger, D. (2004). Core syntax: A minimalist approach. Oxford: Oxford University Press.

Asmah Hj. Omar. (1977). The phonological diversity of the Malay dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chomsky, N. (1986). Barriers. Cambridge, Mass: MIT Press.

Chomsky, N. (1995). The minimalist program. Cambridge, MA: MIT Press.

Haegeman, L. (1994). Introduction to Government and Binding Theory. Ed. ke-2. Oxford: Blackwell.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2005). Analisis sintaksis ke atas enklitik ‘-nya’ dalam bahasa Melayu. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Ajid Che Kob, & Harishon Radzi. (2009a). Sintaksis kata soal argumen dialek utara bahasa Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Johor, 235-242 .

Fazal Mohamed B. Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Ajid Che Kob, Harishon Radzi. (2009b). Apa menyoal siapa atau siapa menyoal apa?: Analisis Minimalis kata soal dialek utara. Jurnal Linguistik 9, 73-93.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009c). Struktur sintaksis frasa nama bahasa Bateq. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 9(1), 47-61.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (in press, 2011). The syntactic structure of a noun phrase: Austroasiatic vs. Austronesia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities.

Francis, W. N. (1983). Dialectology: An introduction. London: Longman.

Marsden, W. (1812). A grammar of the Malayan language with an introduction and praxis. London: Cox and Baylis.

Mashudi Kader. (1981). The syntax of Malay interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Hj. Abdul Razak. (1995). The syntax and semantics of quantification in Malay: A government and binding approach. Unpublished Ph.D Thesis. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (ed.). (1995). Tatabahasa Dewan Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Weiß, Helmut. (1998). Syntax des Bairischen. Studien zur Grammatik einer natürlichen Sprache. Berlin: Tübingen.

Za’ba. (1962). Ilmu mengarang Melayu. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021