Keberkesanan Strategi Metakognisi dalam Pengajaran Bacaan dan Kefahaman Menggunakan Teks Ekspositori

Yahya Othman, Dayang Raini Pakar

Abstract


Kajian ini mengkaji kesan penggunaan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan pemahaman Bahasa Melayu menggunakan teks ekspositori. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai prestasi pencapaian pelajar dalam pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi serta menilai kesan penggunaan strategi tersebut dalam pengajaran membaca dan memahami teks. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti strategi-strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam ketiga-tiga proses membaca (sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian melibatkan 60 orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei Muara. Sampel dibahagikan kepada dua buah kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan melibatkan seramai 30 orang pelajar bertahap sederhana. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Manakala analisis One Way Ancova digunakan untuk menentukan kesan penggunaan strategi metakognisi terhadap pengajaran bacaan pemahaman. Berdasarkan analisis ujian-t, terdapat perbezaan min prestasi pemahaman bacaan yang signifikan antara skor kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, t (60) = 12.96, p < 0.0. Analisis data One Way Ancova, p= 0.00 < 0.05 (F-ratio = 493.22/2.25 = 219.41 p < 0.05) juga membuktikan kesan penggunaan strategi metakognisi yang signifikan terhadap pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar ketika menjalani proses membaca adalah pelbagai. Secara keseluruhannya, strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam kajian ini terbukti dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap teks bacaan.


Keywords


strategi metakognisi; pengajaran; bacaan dan kefahaman; teks ekspositori; eksperimen kuasi

Full Text:

PDF

References


Boulware-Gooden, R., Carreker, S., Thornhill, A. & Joshi, R. (2007). Instruction of metacognitive strategies enhances reading comprehension and vocabulary achievement of third-grade students. Reading Teacher. Vol. 61(1), 70-77.

Caliskan, M. & Sunbul, A. (2011). The effects of learning strategies instruction on metacognitive knowledge, using metacognitive skills and academic achievement (Primary Education Sixth Grade Turkish Course Sample). Educational Sciences: Theory and Practice. Vol. 11(1), 148-153.

Cubukcu, F. (2008). Enhancing vocabulary development and reading comprehension through metacognitive strategies. Issues in Educational Research. Vol. 18(1), 1-11.

Eilers, L. H. & Pinkley, C. (2006). Metacognitive strategies help students to comprehend all text. Reading Improvement. Vol. 43(1), 13-29.

El-Koumy, A. (2004). Metacognition and reading comprehension: Current trends in theory and research. ERIC Document #ED490569.

Fotovatian, S. & Shokrpour, N. (2007). Comparison of the efficiency of reading comprehension strategies on Iranian University students' comprehension. Journal of College Reading and Learning. Vol. 37(2), 47-63.

Houtveen, A. M. & van de Grift, W. M. (2007). Effects of metacognitive strategy instruction and instruction time on reading comprehension. School Effectiveness and School Improvement. Vol. 18(2), 173-190.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2009). Kerangka dan panduan bagi kurikulum dan penilaian bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan: Negara Brunei Darussalam.

Jafari, D. & Ketabi, S. (2012). Metacognitive strategies and reading comprehension enhancement in Iranian inetermediate EFL setting. International Journal of Linguistic. Vol. 4(3), 1-14

Karami, S. & Hashemian, M. (2012). The relationship between metacognitive strategies and reading comprehension in Iranian female L2 learners. International Journal of English. Vol. 2(4), 58-64.

Keene, E. (2007). Assessing comprehension thinking strategies. USA: Shell Education.

Korabiak, K., & Mete, N. (2004). ICT in the discipline of reading. Muat turun pada 27 Januari 2010, dari http://www.uoregon.edu /~moursund /Digital Age1 /Project-Reading.pdf.

Kozar, O. (2010). Towards better group work: seeing the difference between cooperation and collaboration. English Teaching Forum. Vol. 48(2), 16-23.

Kragler, S. & Martin, L. (2009). "I tried to make it not confusing by fixing it": describing six first graders' use of strategies to understand text. Reading Psychology. Vol. 30(6),

-538.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

McTavish, M. (2008). "What were you thinking?": The use of metacognitive strategy during engagement with reading narrative and informational genres. Canadian Journal of Education. Vol. 31(2), 405-430.

Saemah Rahman & John Arul Philips. (2006). Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik pelajar university. Jurnal Pendidikan. Vol. 31, 21-39.

Scharlach, T. (2008). START comprehending: students and teachers actively reading text. Reading Teacher. Vol. 62(1), 20-31.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan falsafah teori dan praktis. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Shaila, M. & Trudell, B. (2010). From passive learners to critical thinkers: preparing EFL students for university success. English Teaching Forum. Vol. 48(3), 2-9.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu. Vol. 1(1), 89-107.

Wan Normeza Wan Zakaria & Nor Aishah Buang. (2012). Analisis Struktur Teks Dalam Kemahiran Membaca Teks Ekonomi, GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol 12(1), 295-309

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2008). Proses dan strategi membaca berkesan. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2008). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. Muat turun pada 27 Januari 2010, dari http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

Yahya Othman, Ghazali Mustapha, Roselan Baki & Shamsuddin Ahmad. (2008). Proses pemahaman daripada perspektif metakognitif dalam kalangan pelajar universiti. Pertanika Journal of Social Science and Humanities. Vol. 16(2), 213-223.

Zamri Mahamod. (2008). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zubidah Majid. (2002). Keberkesanan strategi kognitif terhadap pencapaian kosa kata bahasa Melayu pelajar-pelajar bukan Melayu. Muat turun pada 30 Mac 2012 dari http://psasir.upm.edu.my/10997/1/FPP_2002_26_A.pdf


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021