Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Jurulatih Debat

Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes Sha’ari, Amizan Helmi Mohamad

Abstract


Pendebat bahasa Arab di peringkat sekolah menengah kebangsaan merupakan pelajar yang petah bertutur dalam bahasa Arab. Mereka memperolehi kemahiran bertutur melalui sesi latihan debat yang dijalankan di sekolah. Sesi tersebut diajar oleh guru jurulatih debat dengan menggunakan pendekatan tersendiri bagi mencapai kepetahan bertutur. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti apakah pendekatan pengajaran kemahiran bertutur yang digunakan oleh guru jurulatih debat bahasa Arab dalam membimbing pendebat petah bertutur bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh guru jurulatih debat dalam pendekatan pengumpulan perkataan dan ayat, pendekatan pengukuhan dan pendekatan aplikasi. Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi tiga pendekatan tersebut. Borang tersebut diedar kepada 34 orang guru pelatih debat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama pilihan. Hasil dapatan menunjukkan guru jurulatih debat selalu menggunakan kesemua aktiviti yang dinyatakan dalam ketiga-tiga pendekatan. Antara aktiviti yang mendapat min tertinggi dalam mengumpul perkataan dan ayat ialah mencari makna perkataan baharu dalam subjek bahasa Arab melalui kamus Arab-Melayu. Dalam pengukuhan perkataan dan ayat pula, aktiviti yang mendapat min tertinggi ialah membetulkan kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar.  Dalam aplikasi perkataan dan ayat pula antara aktiviti yang mendapat min tertinggi ialah  menyuruh pelajar menterjemah ayat atau perkataan yang tidak difahami dan menyuruh mereka membuat ayat pendek. Kajian ini mencadangkan supaya pendekatan pengumpulan perkataan dan ayat, pengukuhan serta aplikasi hendaklah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah untuk meningkatkan pencapaian kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar. 

Keywords


bahasa Arab; debat; bertutur; pendekatan berdebat; kemahiran bahasa Arab

Full Text:

PDF

References


Abd al-cAlim Ibrahim. (1994). Al-Muwajjih al-Fanni li Mudarrisi al-Lughah al-cArabiyah. Misr: Dar al-Macarif.

Abdul Halim Mohamad. (2005). Kelayakan Guru Bahasa Arab dalam Pengajaran Bahasa Arab: Satu Kajian Kes. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 4, Hlm. 323-333.

Ain Nabihah Ahmam. (2011). Tacyin Akhta’ Lughawiyah fi Jumlah cArabiyah lada Talamiz al-Sanah al-Rabicah bi al-Madaris al-Thanawiyah al-Diniyah bi Wilayah Selangor. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Al-Naqah dan Tucaymah. (2003). Al-Kitab al-Asasi li Taclim al-Lughah al-cArabiyah li al-Natiqin bi Lughat Ukhra. Riyad: Umm al-Qura.

Ali cAbd al-Wahid (ed). (1962). Muqaddimah Ibn Khaldun. Al-Qahirah: Lujnah Bayan.

Alias Baba. (1999). Statistik Penyelidikan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ashinida Aladdin, Afendi Hamad dan Mohd Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PPBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing: Satu Tinjauan Awal. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 4(1), 1-16.

Ashinida Aladdin. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 645-666.

Ata’, Ibrahim Muhammad. (1996). Turuq Tadris al-Lughah al-cArabiyah wa al-Tarbiyah al-Diniyah. Al-Qahirah: Maktabah Nahdah Misriyah.

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat dan Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(1), 325-337.

Azhar Hj. Ahmad, Hosen Marip dan Morsalin Pawi. (2008). Kajian Tinjauan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Negeri Sarawak. Prosiding Wacana Pengajian Islam , Siri 6, Hlm. 635-645.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Bailey, K. M. (2005). Speaking. New York: McGraw-Hill.

Brown, H. D. (2001). Teaching by Principles: An Interactive Approach to Language Pedagogy. New York: Addison Wesley Longman Inc.

Buku Cendera Hati. (2012). Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Nusantara 2012. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Daud Abdul Kadir. (2011). Ittijahat Jadidah fi Mucalajah Mushkilat al-Kalam lada Mutacallimi al-Lughat al-Ajnabiyah. Prosiding Language & Education Conference 2011, 554-589.

Ellis, Rod. (2003). Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Muhammad Arsyad Abdul Majid dan Wan Haslina Wah. (2012), Penggunaan Bahan Pembelajaran dalam Kursus Bahasa Arab, GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(1), 215-233.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah dan Muhammad Sabri Sahrir. (2012). Penggunaan Bahasa Arab Lisan dan Hubungannya dengan Strategi Pengurusan Sumber. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 505-520.

Ghazali Yusri, Nik Mohd. Rahimi dan Parilah M. Shah. (2010). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 10(3), 15-33.

Goh Ying Soon, Azman Che Mat. (2010). Panduan Strategi Belajar Bahasa Asing: Khusus untuk Pelajar-pelajar Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. UiTM Shah Alam: UPENA.

Guilford, J.P., Fruchter, B. (1978). Fundamental Statistic in Psychology and Education. 6th Edition. Tokyo: McGraw-Hill Kogakusha Ltd.

Hussayn, Radi cAbd al-Rahman. (2000). Turuq Tadris al-Lughah al-cArabiyah. Sacudi cArabiyah: al-Khabti.

Ibnu Khaldun. (1987). Muqaddimah Ibnu Khaldun. Beirut: Dar Qalam.

Ismail, Hasanain Ahmad. (2011). Al-Lughah al-cArabiyah li al-Natiqin bi Ghayriha Bayna Tacallum wa Takallum fi al-Jamicah al-Islamiyah al-cAlamiyah. Prosiding Seminar Antarabangsa Bahasa CELPAD, UIA.

Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohamad Rahimi, Mohd Amin Embi dan Zambri Mahamod. (2009). Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Pengguasaan Bahasa Arab. Journal of Islamic and Arabic Education. Vol. 1(1), 41-46.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak dan Mohd Amin Embi. (2002). Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Kelantan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 497-509.

Kamarulzaman Abdul Ghani. (2011). Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Berasaskan Ujian Kloz dalam Kalangan Pelajar di SMKA. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 11(2),53-66.

Kamarulzaman Abdul Ghani dan Nik Mohamad Rahimi. (2005). Menilai Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi: Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, Siri 4, 345-354.

Khadijah Salma Ahmad Ali. (2011). Anshitah Musacidah fi Tacallum Lughah cArabiyah lada Talabah al-Sanah al-Thalithah bi Kulliyah Dirasat al-Lughat al-Ra’isah bi Jamicah al-cUlum al-Islamiyah al-Maliziyah. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Loga Baskaran. (1990). Pengajaran Kemahiran Bertutur. Jurnal Dewan Bahasa. Vol. 34 (4), 260-264.

Luoma, Sari. (2004). Assessing Speaking. Cambridge: Cambridge University.

Lubna Abdul Rahman, Wan Azura Ahmad. (2007). Mucawiqat Istikhdam Lughah cArabiyah fi al-Kalam li al-Natiqin bi Ghayriha. Prosiding Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa, UIA.

Madkur, cAli Ahmad. (1987). Nahj Tarbiyah Islamiyah: Usuluhu wa Tatbiqatuhu. Kuwayt: Maktabah Fallah.

Madkur, cAli Ahmad dan Iman Ahmad. (2006). Taclim Lughah cArabiyah li Ghayr al-Natiqin Biha: Nazariyah wa Tatbiq. Al-Qahirah: Dar al-Fikr.

Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2012). Istiratijiyah al-Muhakat wa Turuquha fi Taclim al-Insya’ wa Tacallumihi cala Mustawa al-Shahadah al-Diniyah al-Maliziyah (STAM). Tesis Master. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Mahmud Mohamad Ali dan Nur Sabila Muhamad Ali. (2011). Dawr Nashat Munazarah fi Tanmiyah Maharah Lughah cArabiyah. Prosiding International Language Conference 2011. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Hanan. (2011). Asbab Khawf lada Talabah Jamicah Malaya fi Kulliyah Islamiyah fi Muhadathah. Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhamadul Bakir Yaakub. (2011). Facaliah Tanmiyah Tariqah Kalimah Miftahiyah li Iktisab Mufradat cArabiyah fi Madaris Thanawiyah Maliziyah. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah.2 (bil. Khas), 93-112.

Nadwah Ibrahim. (2011). Istikhdam Istiratijiyat Tacallum lada Jamiciyin Natiqin bi Ghayr Lughah cArabiyah. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. 2 (bil. Khas), 135-145.

Nasimah Hj. Abdullah. (2006). Permasalahan dalam Pembelajaran bagi Pelajar Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab) di KUIS dan Cara Mengatasinya. Prosiding Wacana Pengajian Islam , Siri 5, 199-208.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Zamri Mahamod dan Kamarulzaman Ab. Ghani. (2008). Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Jurnal Pendidikan. Vol. 33, 3-8

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2000). Tahap Kemahiran Bertutur Bahasa Arab antara Jantina, Latar Belakang Keluarga, Tahap Minat dan Pencapaian dalam Peperiksaan. Jurnal Pendidikan. Vol. 24, 141-154.

Nur Amirah Ismail. (2011). Istiratijiyah Tanmiyah Muhadathah bi al-Lughah cArabiyah lada Talabah Sanah Ula fi Jamicah cUlum Islamiyah Maliziyah li al-cAmi al-Dirasi 2010/2011. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nur Azimah Ibrahim. (2009). Tahaddiyat allati Tuwajihu Tullab Sanah Rabicah fi Maharat Muhadathah fi Kulliyah Dirasat al-Lughat al-Ra`isah bi Jamicah al-cUlum al-Islamiyah al-Maliziyah. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nurhamimi Zainul Abidin dan Muhamad Fiham Muhammad Ghalib. (2012). Istiratijiyat Tullab Ghayr al-Mutakhassisin fi Lughah cArabiyah fi Tacallum Maharat al-Kitabah cAbra Barnamij Wiki. Journal of Islamic and Arabic Education. Vol. 4 (1), 31-44.

Nur Malihah Miswan. (2010). Facaliyat Istikhdam Mucjam Uhadi Lughah fi Tarjamah Nusus lada Talabah Sanah Rabicah bi Kulliyah Dirasat al-Lughat al-Ra’isah. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nur Zaliha Ahmad. (2011). Taclim Lughah cArabiyah Ittisaliyah li Talabah Sanah Thalithah fi Machad Islami Bandar Baru Salak Tinggi. Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nur Syaifura. (2011). Iktisab Maharah al-Muhadathah lada al-Darisin fi al-Masaq al-Thanawi al-Thalith fi Madrasah Sultan

Zaynal al-cAbidin Thanawiyah Diniyah cAliyah bi Teranjanu (SMAASZA). Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Rafidah Rahman. (2004). Manhaj al-Tadris al-Kalam fi al-Lughah al-cArabiyah. Jurnal Nadi Adab. Vol. 2(2), 21-39.

Rim Adil al Turk. (2011). Iktisab Maharah Muhadathah li al-Natiqin bi Ghayr al-cArabiyah bi Istiratijiyah Lucbiyah: Tamthil Adwar Namuzajan. Prosiding Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011, 310-319.

Rosni bin Samah. (2009). Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 555-569.

Scott Thornbury. (2007). How to Teach Speaking. England: Pearson.

Sekaran, U. (1992). Research Method for Business: A Skill Building Approach. 2nd Edition. New York: JohnWiley & Son.

Syakirah Mohd Razman. (2004). Penggunaan Kamus dalam Pembelajaran BAK: Satu Tinjauan di Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga di Empat Buah SMKA. Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syamsuddin M. Nor. (2011). Tashih Akhta’ Sarfiyah li al-Natiqin bi Ghayr al-cArabiyah. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. 2 (bil. Khas), 229-246.

Tucaymah, Rushdi Ahmad. (1989). Tacallum al-cArabiyah li Ghayr al-Natiqin biha. Ribat: ESISCO.

Tinggari, Saleh Mahjub. (2011). Istiratijiyat Tacallum Maharah al-Kalam lada Darisin Maliziyin. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. Vol. 2(1), 51-74.

Wizarah al-Tarbiyah al-Maliziyah. (2003). al-Manhaj al-Mutakamil li al-Madrasah al-Thanawiyah: al-Saff al-Awwal. Kuala Lumpur: DBP.

Yayan Nurbayan. (2011). Using the Imitating Modul Techniques on Insya’ Teaching for Improving the Student’s Writing Ability in Thesis. International Journal for Educational Studies. Vol. 4(1), 99-106.

Yasir Ismail dan Rahmah Osman. (2011). Munazarah Wasilah li al-Tacayush bayna Afrad wa Atraf Mutabayinah fi Mujtamac. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. 2 (bil. Khas), 282-301.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Mohd Ala-Uddin Othman. (2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 11(2), 67-82.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.