Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara (Malay Politeness: Conversational Context Analysis in Talk Show)

Indirawati Zahid, Arina Johari

Abstract


Kesantunan Melayu merupakan kesantunan yang digunakan dalam masyarakat  Melayu – terikat dengan norma dan nilai masyarakat itu sendiri. Kesantunan Melayu (KM) merupakan hasil proses penggabungan dan modifikasi model Asmah (2000), Awang (2007) dan Tenas (2011). KM ini terbentuk daripada tiga faktor, iaitu peranan, kuasa dan perbezaan taraf sosial (PKS), tajuk (T) dan peraturan (Per.). Selain dari itu, faktor air muka (maruah) tercakup dalam PKS.  Kajian ini menggunakan KM untuk menganalisis konteks perbualan struktur isi pemeran komunikasi dalam rancangan bual bicara bertajuk “Celik Mata, Reset Minda Orang Yang Tenang” yang diterbitkan oleh radio IKIM.fm. Pemeran komunikasi terdiri dari pengacara (PC), tetamu undangan (TU), pemanggil (PG) dan soalan FB (FB). Dalam struktur ini terdapat 16 konteks perbualan dengan 484 dialog. Analisis yang dilakukan mempunyai dua objektif, iaitu  pengaplikasian KM dan kecenderungan penggunaan KM oleh pemeran. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan analisis kuantitatif. Dapatan analisis memperlihatkan  aplikasi variasi KM, iaitu  KM lengkap PKS+T+Per. dan tidak lengkap – melibatkan dua KM dan satu KM. Dapatan analisis memperlihatkan TU cenderung menggunakan faktor PKS+T dan PKS+T+Per. PC pula cenderung terikat dengan faktor Per. Sementara PG terikat dengan faktor T dan Per. dan FB, yang  memperlihatkan kecenderungan faktor T+Per. Ini memperlihatkan bahawa KM diaplikasikan oleh pemeran komunikasi sesuai dengan peranan mereka dalam rancangan tersebut. Kesimpulannya KM dikawal secara mutlak oleh konteks dan pemeran komunikasi.

 

Kata kunci: Kesantunan Melayu (KM); pemeran komunikasi; konteks perbualan; faktor dan situasi bebas konflik

 

ABSTRACT

Malay politeness is the politeness used in the Malay community - bound by the norms and values of society. Malay Politeness (KM) is a result of merging and modification process of Asmah (2000), Awang (2007) and Tenas (2011) model. KM was formed by three factors, which are role, power and differences in social status (PKS), titles (T) and rules (Per.). Air muka (dignity) is included in PKS. KM was used to analyze conversational context of content structure of the talk show titled “Celik Mata, Reset Minda Orang Yang Tenang” published by radio IKIM.fm. Communicator consist of host (PC), invited guest (TU), callers (PG) and FB (FB) questions. There are 16 conversational contexts with 484 dialogues in this structure. The analysis has two objectives, the application of KM and the tendency of KM used by the cast. Text analysis and quantitative research design are employed in the study. Findings show variation of KM is applied, which includes complete KM PKS+T+Per. and incomplete - involving two KM and one KM.  Findings show that TU tend to use PKS+T and PKS+T+Per. factor. PC was bound to the Per. factor. While PG is bound by the T and Per. and  FB, which showed a tendency of T+Per. factor. This shows that KM is applied by the communicator in accordance with their role. In conclusion, KM is absolutely controlled by the context and the communicators.

Keywords: Malay politeness (KM); communicator; conversational context; factors and context free situation

Full Text:

PDF

References


Abd. Ganing Laengkang. (2015). Analisis Kesantunan Bahasa dalam Ceramah Motivasi Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Serdang: Penerbit Adam Muslim.

Arina Johari & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu dalam Ujaran Memberi dan Meminta Nasihat. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 16(2), 73-94.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P. & Levinson, S. C. (1987). Politeness Some Universals in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Gagne, N.O. (2010). Reexamining the Notion of Negative Face in Japanese Sociolinguistic Politeness of Request. Journal Language & Communication. Vol. 30(2), 123-138.

Grice, H.P. (1975). Logic and Conversations dlm Cole, P. & Morgan (Ed). Syntax and Semantic: Speech Act (pp. 41-58). New York: Academic Press.

Indirawati Zahid. (2005). Bahasa Bebas Konflik. Dewan Bahasa, 24-27.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman

Mao Lu Ming, R. (1994). Beyond Politeness Theory: Face Revisted and Renewed. Journal of Pragmatics. Vol. 21, 451-486.

Matsumoto, Y. (1988). Reexamination of The Universality of Face: Politeness Phenomena in Japanese. Journal of Pragmatics. Vol. 12, 403-426.

Noriati Abd. Rashid. (2013). Kesantunan orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohaidah, M., Ahmad, M. M., Adi Yasran, A.A., & Hasnah, M. (2013). Faktor Kesopanan dan Strategi Komunikasi dalam Genre Perbincangan di Televisyen. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(3), 163-178.

Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim & Normaliza Abd Rahim. (2012). Celahan dalam Perbualan Pemandu Pelancong Malaysia dan Pelancong Jepun. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(3), 849-863.

Sanat Md. Nasir. (1998). Konsep Penting Dalam Pengajian Melayu dlm

Sanat Md Nasir dan Rogayah A.Razak (Ed.). Pengajian Bahasa Melayu Memasuki Alaf Baru (hlm. 113-125). Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sanat Md. Nasir. (2000). Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Kertas kerja dibentang di Seminar Kebangsaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 28 Oktober 2000.

Sanat Md. Nasir. (2001). Teori Atqakum Dalam Pemikiran Pengajian Melayu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Bahasa dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 18-19 Jun 2001.

Sara Beden. (2016). Analisis Kesopanan Berbahasa dalam Novel Melunas Rindu. Tesis Ph.D tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sara Beden & Indirawati Zahid .(2016). Pemetaan Struktur Peristiwa Bahasa: Komunikasi Bebas Konflik. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 16(1), 67-87.

Sara Beden dan Indirawati Zahid. (2017). Analisis Konteks Peristiwa Bahasa Melunas Rindu: Aplikasi Model Leech dan Grice. Akademika Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities. Vol. 87(1), 17-34.

Tenas Effendy. (2011). Kesantunan dan semangat Melayu. Pekanbaru: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Thornborrow, J. (2007). Narrative, Opinion and Situated Argument in Talk Show Discourse. Journal of Pragmatics. Vol. 39, 1436-1453.

Yeung, N. T. (1997). Polite Request in English and Chinese Business Correspondence in Hong Kong. Journal of Pragmatics. Vol. 27, 505-522.

Zainal Abdin Ahmad (Za’ba). (1950). Malay Manners and Etiquette. JMBRAS. XXIII.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adaman. (2011). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. Vol. 12(2), 321-328.

Zhan, K. (1992). The Strategies of Politeness in Chinese Language. Institute of East Asian Studies, University of California, Berkeley.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2018-1804-11

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021